in

Sebenarnya Gadget dan YouTube Juga Baik Untuk Anak-anak, Ini Buktinya!

Gadget untuk kanak-kanak
Gadjet sebenarnya ada juga kebaikan untuk kanak-kanak

Gadget dan YouTube

Sebelum saya bermula, saya minta ibu-bapa yang membaca penulisan ini supaya buang segala tanggapan negatif yang anda sedia ada sekarang dan kosongkan fikiran untuk menerima pendapat yang tidak popular ini.

Saya yakin, ibu-bapa masa kini kebanyakannya beranggapan gadget, sama ada telefon bimbit ataupun tablet adalah satu perkara yang tidak termasuk dalam keperluan perkembangan minda anak-anak atau dengan kata singkatannya tidak baik untuk mereka. Tidak kurang tanggapan negatif ibu-bapa ini yang mengganggap jika anak-anak dibiarkan bersama gadjet, anak ini akan menjadi anti sosial, bermasalah dan lain-lain lagi.

Kebaikan gajet kepada kanak-kanak
Zaman sekarang telefon bimbit adalah satu keperluan dalam kehidupan seharian manusia.

Pada pendapat saya, ini adalah tanggapan yang salah dan seperti mencari alasan di dalam kurangnya kawalan ibu-bapa terhadap anak sendiri. Ini kerana, segala yang negatif itu datang dari kebergantungan 100% kepada gadjet dan tiadanya seliaan serta kawalan di dalam apa yang anak-anak lihat dan buat dengan gadjet mereka. Apa juga benda jika tidak diselia dan dikawal akan membawa kemudharatan.

Dari pengalaman saya sendiri, kedua-dua anak saya didedahkan dengan gadjet seawal umur 1 tahun. Saya yakin pada tahap ini, ramai ibu-bapa yang membaca penulisan ini akan mendengus marah dan silap-silap ramai yang sudah beranggapan saya bapa yang merosakkan anak.

Perlu kita buang tanggapan dan mitos mengenai anak akan sakit mata, rabun jika lama menggunakan gadget. Ini adalah mitos dan boleh dihapuskan terus dengan mengurangkan “brightness” di telefon atau gadjet yang digunakan oleh anak. Lagipun adalah menjadi tanggungjawab kita menetapkan had berapa lama anak akan menghabiskan masa bersama gadget.

Sekarang, cuba anggap yang gadget itu adalah peranti untuk pembelajaran dan YouTube adalah platform untuk anak mengembangkan minda mereka. Buang yang negatif, ambil yang positif. Kita ambil peluang menggunakan teknologi yang ada sekarang untuk kebaikan anak-anak.

Gajet dan implikasinya kepada kanak-kanak
Gajet atau telefon bukan saja untuk berhubung tetapi hampir 99% urusan seharian hanya di hujung jari.

Kita mula dengan kesedaran ibu-bapa tentang betapa pentingnya kita menjadi pengawal tentang masa dan konten yang dilihat oleh anak kita. Tetapkan berapa lama dan hari-hari yang boleh untuk anak melayari youtube.

Dengan ini, ibu-bapa akan mempunyai kuasa tambahan terutamanya kepada anak-anak yang berumur 3 atau 4 tahun ke atas. Gunakan gadget sebagai hadiah atau reward untuk sesuatu perkara atau benda yang kita mahu anak kita buat. Contohnya habiskan makan baru boleh guna gadget dan sebagainya.

Kadang-kala ibu bapa tidak tahu apa yang boleh disajikan kepada anak. Jadi ramai yang tidak nampak faedah yang gadjet serta youtube dapat beri kepada anak-anak.

BACA JUGA : AWAS! Jangan Izinkan Anak Install Aplikasi Whatsapp, WeChat & Sebagainya Dalam Smartphone

Perkara yang penting untuk ibu-bapa ialah menentukan apa yang anak-anak tengok di youtube. Ini perlu dimulakan pada peringkat awal supaya anak-anak tidak terus ke arah video yang tidak sesuai atau kartun yang tidak berfaedah. Ianya seperti membina jalan minda untuk anak mula belajar. Di sini saya senaraikan channel-channel dan carian yang berguna untuk perkembangan minda anak.

Super Simple Songs

Super Simple Songs
Antara channel youtube yang terbaik untuk anak pada peringkat 1 tahun ke atas. Mempunyai video yang pelbagai sesuai untuk anak mengenal huruf bentuk dan macam-macam lagi.

Pinkfong

pinkfong
Channel youtube yang terkenal dengan lagu Shark Doo Doo.

The Gigglebellies

The Gigglebellies
Channel yang mempunyai banyak lagu-lagu kanak kanak dan pra sekolah. Penuh warna-warni tapi tidak secomel channel yang lain.

ABCKidTV

ABCKidTV
Channel yang sesuai untuk mengajar anak mengenal huruf.

KidsTV

Kids TV
Mempunyai pelbagai video lagu-lagu pra sekolah.

Emily Tube

Emily Tube
Channel yang sesuai untuk kanak-kanak perempuan.

Hooplakidz

Hooplakidz
Pelbagai video lagu-lagu pra sekolah.

SupriseFun TV

SupriseFun TV
Channel untuk anak melihat anak-anak bermain dan buka egg suprise.

Little Baby Bum

Little Baby Bum
Banyak video lagu-lagu untuk anak bawah 3 tahun yang menarik.

Dave and Ava

Dave and Ava
Sesuai untuk anak membiasakan diri dengan lagu medium English dengan animasi yang menarik dan comel.

Chu Chu TV

Chu Chu TV
Antara channel yang bagus untuk pembelajaran English anak-anak.

FGteev

gadget
Channel medium English yang sesuai untuk anak berumur 4 atau 5 tahun ke atas.

Omar dan Hana

Omar dan Hana
Antara channel Malaysia yang terbaik. Bagus dengan pelajaran dan tauladan beserta lagu-lagu yang comel.

Upin Ipin

upin dan ipin
Carian yang terkenal buat rakyat Malaysia. Banyak video yang baik untuk dipelajari dari kisah-kisah mereka.

Boboiboy (channel Monsta)

Gajet
Antara kartun Malaysia yang terkenal. Juga baik untuk masa santai anak.

Apa sebenarnya yang anak-anak dapat dari video ini semua?

✔ Untuk video peringkat awal, anak-anak dapat didedahkan dengan Bahasa Inggeris yang ternyata penting di dalam kehidupan terutamanya apabila mereka mula melangkah ke alam persekolahan. Anak-anak kecil kadar pembelajarannya cepat. Jika didedahkan pada peringkat awal, mereka akan mudah memahami konsep percakapan dan pertuturan Bahasa Inggeris.

✔ Pembelajaran pra sekolah yang penting seperti mengenal huruf, nombor dan warna.

✔ Lagu-lagu pra sekolah banyak memberi manfaat dan hiburan santai buat anak.

✔ Kisah-kisah tauladan dari video Omar dan Hana dan Upin Ipin akan dapat diserap oleh anak kecil.

✔ Membina minda imaginasi anak. Anak-anak yang mempunyai daya imaginasi yang tinggi adalah anak-anak yang bijak.

✔ Anak berumur 2 tahun sudah boleh mengenal huruf, nombor dan warna.

Penulisan saya ini adalah untuk memberi kuasa tambahan kepada ibu-bapa dan memberi cadangan laluan pendedahan dunia youtube buat anak-anak anda. Anak-anak yang didedahkan dengan video-video berguna seperti ini akan mendapat manfaat yang lebih dari anak-anak yang dilarang dari menggunakan gadjet.

Hasilnya, anak-anak yang didedahkan dengan “kebebasan dalam kawalan” ibu-bapa ini akan lebih memahami konsep Bahasa Inggeris dan pembelajaran asas semasa pra sekolah dan sehinggalah mereka masuk ke darjah 1. Mereka akan mudah menerima pembelajaran baru di sekolah kerana sudah memahami konsep pembelajaran dari peringkat awal lagi.

Di harap dengan penulisan ini juga dapat membuang padangan negatif ibu-bapa mengenai penggunaan gajet oleh anak-anak kecil ini.

gajet
Anak-anak harus didedahkan dengan teknologi gajet dengan dipantau ibu bapa.

Kuasa di tangan anda, terpulanglah kepada anda untuk menggunakan teknologi yang sedia ada sekarang untuk kebaikan anak-anak atau tidak. Kerana pada pendapat peribadi saya, gadjet dalam kawalan dan pendedahan yang betul adalah amat berguna kepada perkembangan minda anak-anak.

Perlu diingatkan yang gadjet ini sememangnya membantu tetapi yang paling penting ialah masa bersama keluarga. Anggap gadjet ini sebagai medium pelajaran tetapi kasih sayang kepada anak perlu datang dari ibu-bapa sendiri.

Jangan lupa juga untuk memantau video yang dilihat anak bagi memastikan mereka tidak menyimpang dari tujuan asal pendedahan pembelajaran mereka ini.

Gunakan kuasa gadjet ini sebaik mungkin. Contohnya jika anak taknak makan, bagitau kat mereka yang dia hanya boleh guna gadjet jika habis makan. Perlu bagi anak tahu kita yang berkuasa menentukan sama ada dia boleh atau tak boleh menggunakan gadjet. Ini secara tidak langsung dapat membentuk disiplin anak.

Semoga dapat memberi manfaat.

Silakan share penulisan ini jika mahu.

Penulis: Akhtar Syamir

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0