in ,

Sedapnya Menjilat jari, Resepi Daging Ketumbar Dato’ Rizalman Menjelang Raya Korban. Bawang Banyak Lagi Sedap Dan Penyediaannya Mudah

Sedapnya Menjilat jari, Resepi Daging Ketumbar Dato’ Rizalman Menjelang Raya Korban. Bawang Banyak Lagi Sedap Dan Penyediaannya Mudah

Sedapnya Menjilat jari, Resepi Daging Ketumbar Dato’ Rizalman Menjelang Raya Korban. Bawang Banyak Lagi Sedap Dan Penyediaannya Mudah
Siapa yang pernah mengikuti dan pernah mencuba, Memang sudah tahu betapa lazatnya resepi ini dari Dato’ Rizalman ini. Sebenarnya resepi ini datangnya daripada Raja Permaisuri Agong, Tetapi menjadi viral apabila seorang pereka fesyen terkenal, Dato’ Rizalman telah kongsikan di story instagramnya.

Nak buat pun mudah saja. Cuma perlukan 7 bahan yang mudah sangat nak jumpa. Kata Rizalman, lagi sedap, daging yang dah siap itu, diambil sedikit dan goreng dengan nasi, campur pulak ‘cabai melaka’.

Dalam perkongsian, Rizalman tak berikan sukatan yang tepat, tapi kita masih boleh agak-agak berapa jumlah bahan yang digunakan.

Lagipun, dalam masakan Melayu inikan terkenal dengan sukatan ‘agak-agak’. Jadi, mak-mak bolehlah agak-agak sendiri ikut kesesuaian resepi yang disertakan ini. Wartawan Mingguan Wanita sendiri dah cuba, dan terbukti kesedapannya.

Sekelip mata daging goreng ketumbar ni licin dinikmati anak-anak, tak sempat pun nak simpan-simpan.

Bahan-bahan :
1 kilo daging (dihiris nipis, cuci bersih dan tapis)
3 biji bawang Holland (hiris kasar)
4 sudu besar ketumbar
3 sudu kicap (ikut brand kegemaran masing-masing)
Garam
Gula
Serbuk perasa
Cara memasak:

Daging gaul sebati dengan biji ketumbar, gula, garam, serbuk perasa dan kicap. Ejas rasanya ikut kesesuaian lidah masing-masing.

Masukkan minyak yang banyak dalam kuali. Setelah panas, masukkan daging yang dah digaul sebati tadi. Nanti waktu menggoreng tu akan keluar air daging tu. Jangan panik, kacau je kerap bagi daging masak dengan rata.

Bila air daging tu dah tak ada, masukkan bawang Holland yang dah siap hiris. Goreng sampai daging dan bawang tu nampak karamel. Bolehlah tutup api.

*Jangan panik tengok minyak tu. Dah memang resepi ni guna banyak minyak. Nanti masa nak makan, tapislah minyak tu.

Waktu nak hidang tu, tapislah minyaknya. Kalau nak buat nasi goreng, ambil sedikit daging ketumbar goreng dengan minyak, dan tumislah dengan nasi. Tambahkan cili bagi rasa lebih ‘kick’.Siap!..Selamat mencuba..!

Sumber: Rizalman / Mingguanwanita / majalahilmu.com

BACA : Rugi Tinggalkan Solat Sunat Qabliyah & Ba’diyah, Dua Rakaat Allah Janjikan Kita Rumah Di Syurga

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di mediamaklumat

Written by angah k k

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0