Qi Razali enggan terlalu memilih cari calon isteri
Pelakon dan pengacara, Qi Razali atau nama sebenarnya Qushairi Mohammed Razali Wong memaklumkan dia kini sedang mencari calon isteri yang bukan dalam industri hiburan memandangkan sudah beberapa gagal dalam menjalin hubungan percintaan.
Menurut laporan mStar, dia mahu menjadi lebih terbuka dalam mencari pasangan hidup berikutan usianya sudah semakin meningkat.
View this post on Instagram
“Mungkin selepas ini saya dah tak memilih sangat dah, kalau ada pun yang cukup membahagiakan sudah memadai. Selepas ini saya akan lebih terbuka dan mungkin orang biasa sahaja. Biar saya seorang sahaja yang berada dalam industri ini.
“Kalau orang biasa dia mungkin kurang tahu selok belok mengenai industri ini jadi pemikiran dia akan lebih seimbang,” katanya.
Malah, aktor yang berusia 46 tahun itu tidak meletakkan paras rupa sebagai ciri-ciri untuk menjadi teman wanitanya walhal dia hanya mahukan seseorang yang memahami dirinya dengan baik.
Baca lagi di : Gadis Sabah ‘Angkat’ Etnik Murut-Nabai, Berbusana Tradisi0nal Terima Ijazah Sarjana Di UK
“Ramai yang anggap saya memilih yang cantik sahaja tapi sebenarnya yang cantik itu yang pertama saya nampak. Yang saya kenal (hati) itu sebenarnya yang akan saya simpan.
“Cantik itu memang perlu ada tapi untuk perkahwinan yang lama saya perlukan seseorang yang betul-betul kena dengan jiwa saya.
“Saya pernah bernasib baik (dalam percintaan) suatu ketika dulu, tapi masa itu saya mungkin muda sangat. Tapi bila saya pula yang dah bersedia, jumpa pula pasangan sebaliknya,” ujarnya lagi.
View this post on Instagram
Qi Razali enggan terlalu memilih cari calon isteri
Dalam pada itu, Qi mengakui arwah ayahnya pernah terkilan apabila mengenangkan dia satu-satunya anak yang masih belum membina mahligai.
Baca lagi : Pengetua Sekolah Jadi Rider Grab Demi Kutip Dana Sekolah Agama Bu4t Warganet Tersentuh
Terdahulu, Qi pernah dikaitkan dengan beberapa artis wanita tanah air seperti penyanyii Yuna dan juga Nelydia Senrose.
Sumber: mStar (Maszuhaira Sarimin)
Loading…