in

‘Sejak Bila Kau Skandal Dengan Laki Aku?’ – Wanita Sangka Suaminya Ada Skandal, Padahal…

surprise bugna

Zaman sekarang ramai dilihat menjadikan pekerjaan sebagai surprise delivery adalah salah satu cabang mencari pendapatan dalam kehidupan mereka. Perkara inilah yang dikongsikan oleh salah seorang daripada mereka dengan penuh kelakar apabila satu kejutan yang telah dirancangkan akhirnya menjadi kejutan lain yang tidak disangka-sangka membabitkan skandal.

surprise
Memang terkejut habis!!

“Kisah Benar surprise delivery hari ini.. Panjang sikit tapi tersangatlah surprise..”

Perkongsian daripada Yue Sharif mengatakan bahawa sebelum ini ada lelaki yang telah bergelar suami didapati membuat tempahan sejambak bunga untuk diberikan kepada isterinya. Menurut beliau lagi, lelaki terbabit dikatakan sangat teruja untuk memberikan kejutan itu tersebut terhadap isterinya memandangkan hari jadi isterinya itu akan tiba tidak beberapa lagi.

kejutan bunga
Terkadang kejutan yang dibuat boleh disalahertikan.

Seperti peniaga lain, segala urusan jual beli telah dilakukan melalui Whatsapp sahaja memandangkan medium ini dilihat sebagai cara yang paling cepat, ringkas dan mudah. Malahan, rata-rata orang ramai pada masa kini menggunakan Whatsapp dan Facebook.

“Ketika kita sedang sibuk nak delivery kat wife dia tadi, tiba-tiba wife dia sendiri yang call kita..”

Ketika itu, Yue memaklumkan dia merasa sangat terkejut kerana mendapat satu panggilan daripada isteri lelaki terbabit. Sebelum ini, perkara sebegini tidak pernah lagi berlaku. Sebaik sahaja Yue menjawab panggilan itu, dia sangat terkejut dengan kata-kata yang disampaikan oleh isteri pelanggannya itu yang beranggapan Yue mempunyai skandal dengan suaminya.

skandal
Isteri mana yang tak marah kalau tahu suami ada skandal dengan perempuan lain.

“Kau kenapa minta duit laki aku? Siap jumpa kat Mahkota bagai! Berapa lama dah kau skandal dengan laki aku ni?”

“Mentang-mentang laki aku polis, kau nak menggatal ek? Bla bla bla.. Aku nak jumpa kau!”

Yue turut memberitahu bahawa wanita terbabit turut mengeluarkan akta-kata kesat yang ditujukan kepadanya. Walau bagaimanapun, Yue menerima pelawaan wanita tersebut untuk berjumpa dengannya kerana dia berada di tempat yang betul dan tidak menipu.

“Okay dik, nak jumpa kat mana?”

“Apa adik-adik? Kau datang kat Jusco sekarang! Aku kat sini!”

pertemuan
Gambar Hiasan

Yue turut memberitahu bahawa niatnya memanggil wantia terbabit kerana umurnya baru sahaja 26 tahu dengan tanpa membuang masa Yue bergegas kelaur pergi berjumpa dengan wanita tersebut.

“Sampai Jusco, kita call1 dia siap bawa bunga yang husband dia tempah. Dia bagitahu tempat, pakai baju apa siap!”

Lebih mengejutkan Yue apabila dia mendapati wanita terbabit turut membawa dua sehingga 3 orang kawannya yang disifatkannya sebagai bodyguard yang mungkin untuk memukulnya.

bergaduh
Siap bawak bodygurad!

“Kita jumpa dia, kita senyum. Muka dia macam singa wei tapi cantik orangnya. Kecil molek! Kalau kita kepit celah ketiak pun lemas dah ni!”

Dengan tanpa membuang masa Yue dengan segera menerangkan kepada wanita tersebut berkaitan dengan hal yang sebenarnya.

“Puan ***, ini bunga yang suami puan suruh saya hantar pada puan. Atas urusan pembelian bunga inilah saya berhubung dengan suami puan tu. Berjumpa pun sebab dia nak buat payment hari itu.”

“Sekarang ini, bila sampai je bunga ini ke tangan puan, bermakna urusan saya selesai. Puan ada apa-apa lagi urusan dengan saya?”

Sejambak Bunga
© Yue Shariff

Yue memaklumkan bahawa dia berterus terang dengan cara yang sangat lembut dan turut bimbang sekiranay wanita tersebut langsung tidak mahu mempercayainya. Sebaik sahaja selesai bercakap benar, wanita tersebut dilihat terus diam membisu dan kelihatan wajahnya yang putih itu merah padam akibat menahan rasa malu yang teramat sangat.

“Yang bodyguard pun dia. Sendu! Nak marah ke, nak nangis ke kita tak tahu! Dia cuma cakap perlahan ‘terima kasih’..”

Jadi, untuk semua kaum perempuan iaitu isteri, ini adalah satu pengajaran untuk anda semua. Apabila berlaku kejadian sebegini, anda haruslah mengkaji atau menyelidik terlebih dahulu sebelum serang melulu, akibatnya memang malu yang dapat.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0