in

Sekiranya Anda Menggunakan Kad Kredit Ketika Membeli-Belah, Sila Berhati-Hati Dengan Taktik Terbaru Ini..

Penggunaan nombor PIN atau lebih tepat lagi dikenali sebagai Personal Identification Number pada setiap kad kredit sangat baik dan telah memudahkan urusan dalam kehidupan seharian orang ramai biarpun perkara ini masih lagi baru didedahkan kepada rakyat Malaysia.

Walaupun ianya dikatakan amat memudahkan urusan harian, tetapi ianya juga boleh berlaku berbagai masalah kerana pihak bank terpaksa memperbaharui mesin kad kredit yang akan digunakan.

Menurut laporan The Star, ciri-ciri terbaru telah ditambah ke dalam mesin kad kredit terkini termasuklah tip screen (wang upah), tidak diketahui ramai pelanggan malah ia juga dikatakan tidak semua orang mengetahui tentang ini termasuklah kakitangan bank itu sendiri.

Pada tip screen berkenaan, pelanggan sepatutnya memasukkan jumlah wang upah yang mereka ingin berikan. Tetapi dek kerana ramai yang masih lagi tidak tahu dengan fungsinya, mereka hanya menekan nombor PIN apabila mesin tersebut diberikan kepada mereka.

Satu kejadian telah berlaku terhadap seorang netizen yang turut berkongsi tentang kejadian itu di media sosial dengan harapan perkara yang sama tidak lagi akan berlaku kepada orang lain apabila menghadapi situasi yang sama.

“Juruwang tersebut mengatakan transaksi saya tidak berjaya dan dia menyuruh saya memasukkan nombor PIN semula. Namun kemudian, saya dapat tahu yang sebelum skrin tersebut menunjukkan paparan nombor PIN, ada satu lagi paparan yang meminta berapa banyak wang upah yang ingin saya berikan.

“Nombor PIN saya telah menjadi amaun wang upah dan saya secara tidak sengaja telah membayar dua kali ganda harga hidangan tersebut.”

Walau bagaimanapun, pelanggan terbabit bernasib baik kerana perasan tentang kesalahan yang telah dilakukannya itu dan dia telah meminta juruwang berkenaan mengembalikan semula wang itu secara tunai.

Manakala, seorang lagi pelanggan yang dikenali sebagai Jonathan Looi, 28, turut sama hampir menjadi mangsa dengan kejadian yang hampir sama. Menurutnya, dia mula merasa kelainan apabila nombor PIN yang dimasukkannya itu dapat dilihat dan tidak seperti selalunya yang berubah bentuk asterik, lapor WOB.

“Saya bernasib baik kerana tersedar sebelum menekan butang ‘enter’. Saya rasa mesin kad kredit ini memang diprogramkan dengan gaya seperti itu dan staf restoran sepatutnya maklumkan saya mengenai ciri baru ini.

‘Juruwang tersebut beri saya mesin kad kredit tanpa berkata apa-apa dan saya ingat ia seperti proses pembayaran biasa di mana saya masukkan PIN dan tekan ‘enter’,” jelasnya.

Kejadian tersebut telah beberapa kali berlaku semenjak dua bulan lalu selepas mesin kad kredit terbaru diperkenalkan. Malahan sebuah restoran di Pulau Pinang turut melatih pekerja mereka bagi menyelesaikan permasalahan sebegini.

Menurut Penolong Pengurusnya, “Baru-baru ini pihak bank memperbaharui mesin dan sejak dari itu, kami akan menekan butang enter sehinggalah kami dapat melihat paparan bayaran yang betul. Setakat ini, kami belum lagi mengalami sebarang masalah bayaran tip yang salah. Kami juga telah memaklumkan staf untuk memastikan mereka menekan butang enter dan langkau ciri terbaru tersebut.”

Ekoran daripada isu ini, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M Mohamed Idris telah turut menasihatkan pihak bank bagi memaklumkan kepada pelanggan agar sentiasa berwaspada dengan ciri-ciri terbaru tersebut.

Anda harus memastikan dan melihat paparan skrin terlebih dahulu sebelum meneruskan dengan menekan butang enter.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

2 Comments

Leave a Reply

2 Pings & Trackbacks

  1. Pingback:

  2. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments