in

Selepas 4 Tahun Ingin Isteri Hamil Akhirnya Terbongkar Suami Salah ‘Pintu’

pasangan tak dapat anak

Setiap pasangan yang berkahwin tumpuan utama pastinya untuk mendapatkan zuriat sebagai penyeri rumah tangga selain melengkapkan hubungan suami isteri dalam sesebuah keluarga. Begitu juga impian pasangan muda ini yang telah berkahwin selama 4 tahun tetapi masih belum mendapatkan cahaya mata mereka.

Pasangan suami isteri yang berusia 26 dan 25 tahun ini berasal dari daerah Bijie, China telah mengambil keputusan untuk menjalani pemeriksaan bagi mengetahui apakah masalah yang dihadapi mereka memandangkan sehingga sekarang masih lagi belum mendapat anak lapor Metro UK.

Pasangan terbabit telah berjumpa dengan seorang doktor pakar iaitu Pakar Obstetrik, Dr Liu Hongmei untuk menjalani pemeriksaan kesihatan ke atas diri masing-masing bagi mendapatkan jawapan mengapa sungguh sukar untuk mendapatkan anak.

suami isteri susah dapat anak
Rupanya si suami langsung tidak tahu perkara sebenar. – Gambar hiasan.

Walau bagaimanapun, sesuatu yang amat mengejutkan telah berlaku selepas doktor berkenaan mendapat tahu daripada si suami bagaimana cara melakukan persetubuhan pasangan berkenaan.

Menurut doktor tersebut, si suami menjelaskan bahawa, mereka kerap juga melakukan hubungan intim sebagai usaha untuk mendapatkan zuriat dan setiap kali itulah si isteri akan mengalami kesakitan yang luar biasa tetapi si isteri biarkan saja dan menahan kesakitan kerana berniat untuk mendapatkan anak.

Menerusi penjelasan yang disampaikan oleh pasangan berkenaan, doktor tersebut pada mulanya beranggapan berkemungkinan si isteri menghidap sejenis penyakit yang diberi nama sebagai Ginekologi.

Walau bagaimanapun, selepas pemeriksaan telah dijalankan, terbukti si isteri masih lagi mempunyai dara yang tidak terusik dan pasangan berkenaan dipercayai langsung tidak tahu tentang perkara ini.

Doktor berkenaan seterusnya melakukan pemeriksaan di bahagian punggung wanita berkenaan dan doktor akhirnya mendapat jawapan yang sah bagaimana selama ini si suami tersilap ‘tempat’ atau tersalah ‘pintu’ dan yang lebih mengejutkan kesilapan mereka itu berulang selama empat tahun lamanya.

kesukaran mendapatkan zuriat
Pasangan ini bernasib baik kerana berjumpa doktor. – Gambar hiasan.

Menurut doktor tersebut lagi, pasangan ini masih muda remaja dan mereka sangat sihat selepas empat tahun berkahwin, tetapi masih lagi tidak mempunyai zuriat dan isteri tidak dapat mengandung selain itu mereka juga tertekan dengan pertanyaan dan persoalan yang diajukan oleh keluarga.

Baca : Doktor Ini Dedah Cara Mendapatkan Anak Kembar Dengan 8 Tips Rancang Peluang Terbaik & Dr Hamid Arshat

Doktor terbabit akhirnya memberikan buku panduan untuk melakukan hubungan suami isteri dengan betul pada pasangan berkenaan sebelum mereka dibenarkan pulang ke rumah selepas menjalani pemeriksaan kesihatan.

Berita gembira akhirnya terjawab selepas beberapa bulan dari tarikh pemeriksaan berkenaan wanita terbabit dikhabarkan telah pun hamil. Kerana amat gembira dengan perkhabaran tersebut pasangan berkenaan telah memberikan hadiah dengan menghantar seekor ayam hidup dan 100 biji telur ayam kepada doktor tersebut yang telah bersara sebagai penghargaan dan hadiah.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments