in

Semak CCRIS Online Melalui eCCRIS Bank Negara Malaysia

semak ccris online 2018

Bagaimana cara untuk buat semakan tentang penyata atau laporan CCRIS melalui eCCRIS secara atas talian? Terkini, orang ramai yang ingin tahu lebih lanjut tentang semak CCRIS online tidak perlu lagi pergi ke ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNM) semata-mata untuk semak laporan CCRIS atau harus menunggu selama dua minggu untuk menerima penyata tersebut melalui emel.

Cara semak CCRIS online kini lebih mudah dengan menggunakan sistem eCCRIS secara atas talian yang membolehkan sesiapa sahaja mendapat akses serta buat semakan secara serta merta walau di mana sahaja berada tanpa perlu menghadirkan diri ke BNM.

Apa Itu CCRIS?

CCRIS adalah singkatan daripada Central Credit Reference Information System atau lebih tepat lagi dalam Bahasa Melayu iaitu Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat yang mana ia adalah satu sistem pangkalan data di bawah kelolaan Bank Negara Malaysia yang turut mengumpul semua maklumat kredit para peminjam dari sebarang institusi kewangan seperti bank-bank dan juga syarikat insurans.

semakan ccris ptptn untuk semak nama blacklist
Sila daftar CCRIS online untuk dapatkan laporan dan penyata tanpa perlu pergi BNM.

Penyusunan semula maklumat kredit peminjam diproses oleh CCRIS dalam bentuk laporan kredit yang disediakan untuk diberikan kepada yang berkenaan selaku peminjam atau institusi kewangan yang akan anda langgani atau telah dilanggani sekiranya diminta. CCRIS juga merupakan antara sumber maklumat yang sering digunakan oleh kebanyakan institusi kewangan bagi memberi bantuan kepada mereka untuk membuat pemeriksaan sejarah kredit peminjam yang sedia ada atau bakal peminjam mereka.

CCRIS tidak membuat sebarang penilaian seperti ramai yang beranggapan ianya adalah seperti senarai hitam atau blacklist. Walau bagaimanapun, CCRIS sekadar menyediakan penyata dan laporan dari maklumat kredit bagi setiap peminjam.

Apa Itu CTOS?

Agak berbeza dengan CCRIS, CTOS dan juga RAMCI (RAM Credit Information) yang kedua-duanya turut ada menyediakan kad laporan kredit anda. Ini bermakna, setiap orang yang akan tersenarai dalam laporan CTOS atau RAMCI sekiranya terdapat sebarang kegagalan membuat pembayaran semula atau membayar balik pinjaman, bil telefon atau bil utiliti.

Ia juga termasuk dengan apa-apa tindakan status bankrap atau litigasi. Jika nama anda tersenarai dalam rekod laporan CTOS dan juga RAMCI, peluang untuk anda mendapatkan sebarang pinjaman dari institusi kewangan dan sebagainya agak sukar untuk mendapat peluang pinjaman dan mungkin tidak diluluskan.

Cara Semak CCRIS Online Melalui eCCRIS

Platform dalam talian yang disediakan oleh BNM ini dipanggil sebagai eCCRIS adalah satu kemudahan untuk orang ramai yang ingin mengakses dan check laporan atau penyata CCRIS mereka secara online. Melalui semakan eCCRIS ini juga para pengguna boleh mengawal serta memantau dan juga membuat pengesahan kedudukan kredit dengan lebih mudah.

Semakan ccris Bank Negara Malaysia
Cara semak CCRIS online sangat mudah melalui portal eCCRIS BNM

Para pengguna eCCRIS juga dibolehkan untuk mengemukakan sebarang pertikaian atau permohonan pengesahan data secara langsung dengan institusi kewangan menerusi eCCRIS untuk meminda sebarang maklumat yang tidak betul atau mengesahkan data mereka dalam penyata CCRIS milik mereka.

Perkhidmatan eCCRIS yang disediakan secara percuma ini telah beroperasi sepenuhnya pada setiap hari dari jam 6.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam iaitu dari hari Isnin hingga Jumaat, kecuali jika cuti umum.

Bagaimana cara mendaftar eCCRIS online serta membuat semakan CCRIS melalui eCCRIS? Berikutnya dikongsikan cara membuat pendaftaran dan cara menyemak secara atas talian.

Pendaftaran CCRIS Secara Online

Orang ramai harus melakukan lima langkah berikutnya untuk mendaftar dan cara yang dikongsikan sangat ringkas dan mudah dilakukan.

1. Untuk pendaftaran, anda dikehendaki hadir di mana-mana pejabat Bank Negara Malaysia atau ke cawangan Angensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) di seluruh Malaysia.

2. Sila sahkan identiti anda dengan menggunakan MyKad di kiosk CCRIS dan jangan lupa daftarkan nombor telefon bimbit anda. Untuk perniagaan, sijil pendaftara syarikat (SSM) dan surat kebenaran diperlukan bagi individu yang dibenarkan mendaftar sebagai wakil atau pihak syarikat.

3. Kemudian, anda akan menerima PIN 6 digit yang dihantarkan ke telefon bimbit yang telah didaftarkan sebelumnya.

4. Sila layari laman web eCCRIS untuk semak CCRIS online seperti yang berikut:

https://eccris.bnm.gov.my/

Jangan lupa masukkan nombor kad pengenalan MyKad dan juga PIN 6 digit ketika mendaftar masuk untuk kali pertama.

5. Kemudian, sila tetapkan ID pengguna diikuti kata laluan yang dipilih, pilih imej dan juga frasa keselamatan peribadi serta harus menetapkan 3 soalan keselamatan bersama jawapan sebagai langkah keselamatan.

Video Panduan Semakan CCRIS

Berikut dikongsikan panduan buat semakan dalam talian dengan cara mudah. Sila ikuti langkah-langkah yang ditunjukkan.

Cara Dapatkan Laporan atau CCRIS Report

Berikut dikongsikan bagaimana cara untuk mendapatkan akses bagi laporan CCRIS yang biasanya dipanggil sebagai CCRIS report oleh pengguna.

check blacklist bank negara online
CCRIS Self Check Online
  1. Sila layari laman sesawang eCCRIS
  2. Sila log masuk dengan menggunakan ID Pengguna serta kata laluan yang didaftarkan sebelum ini. Anda boleh membuat pilihan paparan versi sama ada Bahasa Melayu atau English dengan klik sahaja di bahagian sebelah atas di kanan skrin.
  3. Sila klik pada butang ‘ENQUIRY’ kemudiannya sila pilih ‘Self Enquiry – Individual’.
  4. Sila klik pada kotak ‘I AGREE dan tekan butang ‘REPORT ENQUIRY’ untuk mendapatkan paparan laporan CCRIS report online anda yang terkini.
  5. Jika anda ingin memuat turun salinan fail report berkenaan dalam bentuk PDF, sila klik pada butang ‘DOWNLOAD’ yang disediakan.

Isi Kandungan Penyata/Laporan CCRIS

Melalui penyata CCRIS dapat dilihat ia menunjukkan semua rekod pembiayaan serta pembayaran balik peminjam dengan institusi kewangan untuk jangka masa atau tempoh 12 bulan yang lepas.

Rekod kredit tersebut antaranya yang termasuk dalam CCRIS seperti pinjaman peribadi, pinjaman pembelian rumah atau kedai, pinjaman PTPTN, kad kredit, pembiayaan untuk membeli kenderaan serta pembiayaan untuk perniagaan dari bank.

Jenis Hutang Yang Termasuk Dalam CCRIS

Dikongsikan juga beberapa senarai hutang yang dimasukkan dalam CCRIS:

  1. Pinjaman PTPTN
  2. Kad Kredit
  3. Pinjaman Perumahan/ Kedai
  4. Pembiayaan perniagaan daripada bank
  5. Pembiayaan pinjaman peribadi bank
  6. Pembiayaan pembelian kenderaan seperti kereta dan sebagainya

Laporan kredit berkenaan dipecahkan kepada 3 bahagian iaitu Kredit Belum Jelas (Outstanding Credit), Akaun Di Bawah Pemerhatian Khas (Special Attention Account) dan juga Permohonan Untuk Kredit (Application For Credit). Untuk setiap rekod pinjaman turut disertakan dengan segala butiran seperti nama institusi peminjam, status pinjaman, jumlah baki yang belum jelas, jenis kemudahan kredit, rekod pembayaran selama 12 bulan yang lepas (angka 0 adalah petanda bayaran telah dijelaskan on time serta tiada sebarang tunggakan) dan sebagainya.

Pertanyaan Tentang Semakan eCCRIS Online

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan yang berkaitan dengan eCCRIS, anda boleh melihat dan boleh muat turun fail berbentuk PDF dipautan berikut, Panduan Pengguna dan Soalan Lazim yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia.

Atau anda boleh juga menghubungi pihak terbabit dengan eCCRIS dengan menghubungi mereka di talian BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465 mengikut waktu operasi dari jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang pada setiap Isnin hingga Jumaat (cuti umum dikecualikan).

Semakan Nama Peminjam dan Penjamin Blacklist CCRIS dan CTOS

semakan ctos ccris report
Laporan kredit atau rekod CCRIS dan CTOS akan menentukan permohonan peminjam diluluskan atau tidak.

Senaraihitam atau blacklist CCRIS dan CTOS boleh dikatakan sebagai satu kurungan atau tahanan untuk sementara sahaja selagi hutang peminjam belum dijelaskan atau tidak membuat pembayaran hutang.

Ramai yang beranggapan CTOS dan CCRIS adalah satu sistem yang menyenarai hitam peminjam. Sebenarnya, ia dapat merekodkan aktiviti peminjam sama ada telah membuat pembayaran semula dengan baik atau sebaliknya.

Jadi, semua maklumat berkenaan dijadikan sebagai salah satu sumber oleh kebanyakan instiyusi kewangan untuk membuat pemeriksaan terhadap sejarah pinjaman atau kredit peminjam serta turut menilai risiko yang akan berlaku sebelum memberikan sebarang kelulusan terhadap permohonan pinjaman baru.

Semakan Laporan Kredit CTOS

Berikutnya turut dikongsikan pautan bagaimana untuk anda buat semakan dan check laporan kredit CTOS secara online. Jika anda mempunyai kemusykilan, anda juga boleh menghubungi pihak CTOS menerusi service center atau anda boleh mendapatkan semua maklumat yang anda inginkan di laman web berikutnya mengikut tajuk disediakan:

Diharap panduan dan cara semak CCRIS online dapat membantu anda untuk membuat semakan CCRIS self check online dan CTOS yang dikongsikan ini bermanfaat kepada anda serta turut memberi bantuan untuk memantau serta mengesahkan kedudukan kredit termasuk laporan dan rekod pembayaran balik pinjaman yang akan terus memantapkan lagi semua urusan kewangan anda di masa akan datang.

Baca: Tips Beli Rumah Pertama dan Panduan Lengkap Pembelian Mengikut Kelayakan

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments