in

Semakan Daftar Pemilih Pilihan Raya PRU14 (SPR Online 2018)

Semakan Daftar Pemilih dan Lokasi Mengundi

Adakah anda sudah bersedia untuk mengundi dan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia yang layak dalam pilihanraya umum pada PRU14 2018 nanti? Sudahkah anda semak daftar mengundi dan semak tempat mengundi? Anda boleh membuat semakan daftar pemilih untuk mengetahui status pendaftaran jika anda berkelayakan atau tidak sebagai pengundi.

Semakan Daftar Pemilih Pilihan Raya 2018

Panduan semakan, cara membuat pendaftaran dan cara daftar mengundi juga boleh dibuat segera, malahan anda juga boleh semak tempat mengundi, DUN dan juga Parlimen melalui internet. Anda disarankan membuat semakan cara semak melalui SMS sekiranya tidak boleh membuat semakan online atau tiada capaian internet dan sebagainya.

Anda wajib tahu lokasi mengundi iaitu di mana tempat mengundi yang betul mengikut maklumat kad pengenalan. Sekiranya anda pengundi baru yang belum mendaftar, sila buat pendaftaran jangan berlengah lagi, adalah lebih baik mendaftar sekarang atau dapatkan borang daftar mengundi di pusat pendaftaran SPR. Sila ambil tahu dan cek semua ahli keluarga isi rumah anda sama ada mereka sudah membuat semakan daftar pemilih atau tidak.

Semakan Daftar Pengundi Online dan SMS

Bagi individu yang pernah mendaftar boleh semak tempat mengundi, buat semakan nama dan ketahui lokasi tempat daerah mengundi, selain boleh dapatkan maklumat pemilihan Dun dan juga Parlimen dengan cara mudah buat semakan daftar pemilih melalui online dan SMS.

Semakan mengundi 2018
Semakan daftar pengundi secara online adalah kaedah yang paling cepat dan mudah.
  1. Layari Laman Web Semak Daftar Pemilih SPR.
  2. Sila Masukkan IC / NOMBOR KAD PENGENALAN (tanpa “-” atau “space”).
  3. Masukkan Aksara Captcha
  4. Maklumat semakan adalah seperti Daftar Pemilih Terkini Suku 1 Tahun 2017 yang diwartakan pada 20 Jun 2017

Semak Daftar Pemilih Isi Rumah

Untuk makluman semua, SPR juga telah menyediakan satu kemudahan kepada semua pemilih untuk membuat semakan pengundi lebih dari seorang secara serentak atas talian iaitu semakan daftar pemilih isi rumah untuk seisi keluarga atau seluruh ahli yang menduduki sebuah rumah yang sama.

Kemudahan ini membolehkan sesiapa sahaja yang mendiami sesebuah rumah atau telah mendaftar menggunakan alamat yang sama untuk buat semakan mengundi bagi mengesahkan sama ada penghuni rumah tersebut telah didaftar di tempat mengundi atau kawasan Parlimen, DUN, Daerah lokasi mengundi dan lokaliti yang sama untuk seisi rumah.

Untuk semakan bagi isi rumah pada ketika ini mempunyai masalah teknikal dan akan dikemaskinikan oleh pihak SPR tidak lagi. Walau bagaimanapun, anda disarankan melayari laman www.spr.gov.my untuk keterangan lanjut bagi semakan pemilih isi rumah.

Cara Semak Pendaftaran Pemilih Melalui SMS

Cara semak daftar pemilih melalui sms adalah kaedah yang sangat mudah dan cepat dengan membuat semakan melalui telefon bimbit sahaja. Sila ikuti langkah yang berikut:

Taip SPR SEMAK No I.C (Contoh 860112025733) dan hantar ke 15888

Taip SPR No I.C (Contoh 860112025733) dan hantar ke 15888

Buat Panggilan ke Call Center

Cara buat semak daftar pemilih juga boleh dibuat dengan menghubungi nombor telefon seperti yang berikut : 03-8892 7000

Pusat Pendaftaran

Anda boleh mendaftar di pusat pendaftaran SPR Suruhanjaya Pilihan Raya seperti yang dikongsikan di bawah :

  • Ibu Pejabat SPR Malaysia
    Aras G, Menara SPR
    No.2, Jalan P2T, Presint 2
    62100 Putrajaya
    No. Telefon: 03-88927000
  • Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri
  • Maklumat pejabat-pejabat pos
  • Kaunter SPR melalui Program Outreach
  • Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri.
  • Penolong Pendaftar yang dilantik daripada kalangan parti-parti politik, agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan

Syarat Kelayakan Pendaftaran Pengundi

Kepada anda yang berusia lebih dari 21 tahun, anda layak untuk menjadi pengundi dan sekiranya anda belum mendaftar sila buat pendaftaran di mana-mana pusat pendaftaran yang berdekatan dengan tempat tinggal anda kerana selama sepanjang tahun SPR telah melaksanakan sistem pendaftaran, ini bermakna anda boleh mendaftar pada bila masa sahaja.

Anda layak dan wajib mendaftar sebagai pengundi dengan syarat anda memenuhi semua syarat-syarat yang berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Sudah mencapai umur 21 tahun;
  • Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia; dan
  • Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuatkuasa
Semakan Daftar Pemilih SPR Pilihan Raya 2018
Pengundi perlu semak pusat mengundi dan tempat dengan betul sebelum mengundi sebagai seorang pemilih berdaftar.

Baca : BN Akan Turunkan Cukai Berkaitan Hartanah Sekiranya Dapat Menawan Selangor Pada PRU14 Nanti

Cara Mendaftar Sebagai Pengundi

A. UNTUK PEMILIH BIASA

Cara untuk daftar sebagai pemilih atau pengundi biasa yang boleh mengundi, anda perlu:

  • Datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran;
  • Serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang seterusnya mengisikan borang pendaftaran anda;
  • Semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisi adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan;
  • Menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan
  • Dapatkan salinan borang SPR pendaftaran itu dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.

B. UNTUK PENGUNDI TIDAK HADIR

Anggota Tentera

Pendaftaran PTH dari kalangan ATM dilaksanakan oleh pegawai-pegawai JRP-ATM. Untuk mendaftar sebagai PTH, anda perlu:

  • Menghubungi petugas-petugas SPR yang dilantik dari kalangan pegawai JRP;
  • Serahkan kad pengenalan tentera anda dan MyKAD (untuk pasangan) kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda.
  • Apabila diserahkan kembali borang yang telah diisikan, semak borang pendaftaran yang lengkap di isi dan pastikan semua maklumat lengkap yang diisikan adalah tepat/ betul, sebelum menurunkan tandatangan;
  • Turunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan;
  • Dapatkan salinan borang pendaftaran dan sila simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran draf Daftar Pemilih Pilihanraya Tambahan.

Informasi:

  • Pusat Mengundi anggota ATM dan pasangan adalah ditetapkan mengikut alamat tempat bertugas anggota ATM tersebut.
  • Hanya anggota ATM dan pasangannya sahaja yang layak mendaftar untuk PTH. Anggota keluarga yang lain perlu membuat pendaftaran sebagai pemilih biasa dan Pusat Mengundi ditetapkan menggunakan alamat kediaman pemohon (sebagaimana dalam kad pengenalan).
Semakan SPR Pilihan Raya 2018
Setiap seorang rakyat Malaysia yang berkelayakan, wajib mendaftar sebagai seorang pemilih walau berada di luar negeri.

WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERADA DI LUAR NEGARA

Pendaftaran PTH dari kalangan penjawat awam atau pelajar di luar Negara serta pasangan mereka dilaksanakan oleh pegawai-pegawai pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan/ Konsulat Malaysia di luar negara. Untuk mendaftar sebagai PTH (luar negara), anda perlu:

  • Datang sendiri ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luarnegara;
  • Serahkan MyKad atau pasport anda kepada petugas SPR dilantik yang akan akan mengisi borang pendaftaran anda;
  • Nyatakan alamat tempat tinggal di LuarNegara anda, pekerjaan anda dan nombor siri borang A kepada petugas untuk diisikan dalam sehelai kertas A4 dan dikepilkan dengan borang pendaftaran anda.
  • Semak borang daftar yang telah diisi dan pastikan maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan;
  • Turunkan tandatangan anda setelah berpuas hati; dan
  • Dapatkan salinan borang daftar pemilih dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan.

Soalan Lazim dan Jawapan Pilihan Raya Umum (PRU14)

1. Macam mana cara nak tukar lokasi tempat mengundi dalam daftar pemilih SPR ke alamat baru?

Mereka boleh berurusan dengan semua Pusat Pendaftaran dan Penolong Pendaftar Pemilih yang dibenarkan oleh SPR untuk membuat pendaftaran tukar alamat.

2. Adakah boleh membuat pendaftaran pemilih dengan menggunakan kad pengenalan lama yang mempunyai 8 digit itu?

Boleh. Peraturan yang digunapakai sekarang membenarkan penggunaan kad pengenalan lapan digit untuk mendaftar sebagai pemilih.

3. Apakah itu yang dimaksudkan dengan pengundi hantu?

Istilah sebenar pengundi hantu bermaksud, pengundi yang datang untuk membuang undi di tempat mengundi dengan menggunakan Kad Pengenalan palsu atas nama pengundi lain yang berdaftar dalam daftar pemilih SPR. Penipuan dan penyamaran seperti ini adalah satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan boleh dihukum penjara tidak kurang dua (2) tahun atau didenda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

4. Dimanakah saya boleh membuat semakan status pendaftaran pemilih?

  1. Di Ibu Pejabat Pilihan Raya SPR, Malaysia
  2. Di Pejabat Pilihan Raya Negeri
  3. Sistem Semakan Daftar Pemilih (online)
  4. Aplikasi Mudah Alih MySPR Semak (Apps)
  5. Unit Outreach SPR

Kepada anda yang masih lagi belum buat sebarang pendaftaran, sila daftar dengan segera jangan tunggu tarikh akhir daftar mengundi kerana masa tidak akan menunggu kita dan mungkin kita akan lupa atau sila check di laman semak SPR sama ada nama anda sudah didaftarkan atau tidak. Anda juga boleh daftar mengundi di pejabat pos. Marilah kita sama-sama menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang rakyat Malaysia yang bebas membuat pilihan dan undi. Selamat mengundi.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.