in

“Semoga tenang di sana…”- Abang rider konvoi iringi sahabat ke rumah abadi

“Semoga tenang di sana…”- Abang rider konvoi iringi sahabat ke rumah abadi

Umum mengetahui bekerja sebagai seorang penghantar makanan atau mana-mana sahaja pekerja sentiasa ‘bermain’ di jalan raya sememangnya berisiko besar untuk berdepan dengan kemalangan tanpa mengira waktu dan tempat.

Terbaharu, tular sebuah video memaparkan rakan seperjuangan penghantar makan atau mudah dipanggil rider ini mengiringi jenazah sahabat mereka yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Melaka tempoh hari.

Menerusi hantaran dikongsikan oleh pengguna dikenali Captain Pujaan, dia yang juga merupakan salah seorang daripada kumpulan rider dilihat mengiringi van jenazah yang membawa sahabat seperjuangan mereka pergi ke rumah abadinya.

“Semoga kau tenang di sana sahabat, Muhammad Radzi Bin Ramdan. Sampai sini saja pertemuan kau bersama kami. Doa kami iringi untuk kau wahai sahabat,”tulisnya di ruangan kapsyen pada hantaran tersebut.

Malah, turut kelihatan semangat persaudaraan yang kuat antara geng rider dengan menunggang motorsikal yang digunakan untuk mencari rezeki mengiringi jenazah dari mula hingga ke akhir proses pengebumian arwah sahabat mereka.

Semangat kesetiaan yang ditunjukkan bagi memberi penghormatan terakhir kepada sahabat mereka mendapat perhatian ramai dan sehingga kini video tersebut telah meraih lebih sejuta tontonan.

@captainpujaan Semoga Engkau Tenang Disana Sahabat Muhammad Radzi Bin Ramdan. Sampai Sini Je Pertemuan Engkau Dengan Kami. Doa Kami Iringkan Untuk Kau Wahai Sahabat. #alfatihah #grabfoodmelaka #riderjalanan ♬ Salam Terakhir – Dato’ Sudirman

Al-fatihah buat arwah

Rata-rata netizen turut mengucapkan takziah di ruangan komen dan meluahkan rasa simpati dengan tragedi yang menimpa nasib kawan mereka. Malah, warganet juga menitipkan doa kepada arwah.

Sumber: TikTok @captainpujaanSumber: TikTok @captainpujaan

 

 

 

Written by comel np

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0