in

Setiap Anak Malaysia Yang Dilahirkan Mulai 1 Januari 2018 Akan Terima RM200 – ADAM50

Setiap anak Malaysia yang dilahirkan bermula pada 1 Januari 2018 sehingga 2022 akan menerima Dana Tabungan RM200 menerusi unit Amanah Saham di Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Sumber: Berita Harian

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata sedemikian sewaktu pembentangan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini, lapor Bernama.

Perdana Menteri berkata, skim tersebut yang pertama kali diperkenalkan bagi menjamin masa depan generasi TN50 yang dikenali sebagai Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50).

Menteri Kewangan itu turut berkata, kerajaan turut memperuntukkan RM250 juta bagi pendidikan generasi TN50 yang juga digunakan bagi penubuhan pusat Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Sumber: Berita Harian

Pusat berkenaan bertujuan membentuk kaedah pembelajaran terkini selain melatih guru pakar STEM menggunakan fasiliti institut pendidikan guru sedia ada dengan kerjasama Akademi Sains Malaysia.

Dalam masa sama, peruntukan itu juga digunakan untuk mempertingkatkan modul komputer sains termasuk program koding dalam kurikulum sekolah rendah dan menengah yang kini telah wujud di tingkatan 1 dan tingkatan 3.

Berikutnya adalah rakaman video Bicara Bajet 2018 dari Berita Harian Online.

Bicara Bajet 2018 #bajet2018 #bhtv #bhonline #nstonline #metrotv

Posted by Berita Harian Online on Thursday, 26 October 2017

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0