in

Hadiah istimewa, Sharnaaz Ahmad zahir penghargaan buat ibu dan bekas isteri

Sharnaaz Ahmad

Sharnaaz Ahmad zahir penghargaan buat ibu dan bekas isteri

Sempena Hari Ibu hari ini, pelakon popular, Sharnaaz Ahmad atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad menzahirkan kata-kata penghargaan buat ibu dan bekas isterinya, Noor Nabila telah berjaya menarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh aktor yang berusia 38 tahun itu di laman Instagramnya, kehadiran dua insan tersebut telah memberi banyak kesan positif dan merupakan hadiah paling istimewa dalam kehidupannya selama ini.

“Tanpa kalian berdua, saya tak akan berada disini. Terima kasih mama dan mummy Nabila, selamat hari ibu dan kepada semua ibu di luar sana, kami sayangkan anda!” ujarnya di ruangan kapsyen.

Baca lagi : Ibu Tunggal Yang Hebat, ‘Tak Sibuk Cari Pengg4nti’ ~ Berjaya Genggam Master Di UK “Demi Tuntut Ilmu”

Sharnaaz Ahmad

Netizen terharu dengan sikap Sharnaaz

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap positif yang ditunjukkan oleh Sharnaaz yang masih menjaga baik hubungan dengan bekas isterinya meskipun sudah lama berpisah.

Baca lagi : Akui Pernah Lalui Zaman Jahil, Nabil Ahmad Solat Qada 17 Rakaat Sebelum Subuh

Sharnaaz Ahmad

Sekadar info, Sharnaaz Ahmad dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Jebat Jaydan. Bagaimanapun, mereka telah membuat keputusan untuk berpisah pada 9 Julai 2020.

Sumber: Sharnaaz Ahmad

Written by Ferdaus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0