Si bulus tersepit bawah Jambatan Pulau Pinang, nasib baik ada abang APM jadi hero
SEEKOR anak kucing berjaya diselamatkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selepas ditemui tersekat di pertengahan tiang di Jambatan Pulau Pinang.
Anggota JPAM bertungkus-lumus menyelamatkan seekor kucing yang tersangkut.
Mereka memaklumkan bahawa terdapat seekor anak kucing terjatuh dan tersangkut tiga meter dari aras atas jalan di tiang 89 dari Seberang Perai menghala ke Pulau Pinang.
Menerusi hantaran yang dikongsikan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pulau Pinang di Facebook, Pusat Kawalan Operasi Daerah Timur Laut menerima panggilan kecemasan daripada pemancing.
Anggota APM menggunakan jentera lowering system untuk memastikan keselamatan anggota ketika operasi menyelamat dilakukan.
Anak kucing tersebut berjaya dibawa keluar selepas satu jam operasi dijalankan dan ia dibawa pulang untuk dirawat.
Kes tersebut dipercayai terjadi kerana anak kucing memasuki enjin ketika di rumah dan seterusnya terjatuh di atas jambatan.
Sumber : Mstar
Loading…