in

Resepi Ikan Siakap Stim Limau Simple dan Paling Sedap

resepi masakan ikan siakap stim limau ala thai

Resepi masakan ikan siakap stim limau ala Thai ini sangat mudah dibuat dengan menggunakan bahan-bahan yang senang didapati selain cara masak iaitu kukus sahaja sangat sedap dan simple. Lebih baik masak sendiri di rumah daripada beli di kedai kerana kesedapan lauk ini hampir sama saja.

Resepi siakap stim limau ini dikongsikan oleh seorang wanita pengguna Facebook yang sememangnya terkenal dengan masakan-masakannya yang sedap dan menarik perhatian ramai netizen iaitu Puan Afy Al Habibi. Beliau berkongsi resepi, gambar dan cara-cara untuk memasak masakan ini dari awal sehingga ke akhir dan juga beberapa tips dan petua.

Resepi Ikan Siakap Stim Limau Simple dan Mudah

ikan siakap stim limau

Masakan ini adalah antara hidangan diet yang sesuai untuk dicuba. Rasa segar dengan masam limau dan gabungan semua bahan boleh buat ikan licin diratah begitu sahaja.

Bahan hiris:
– 1 batang serai
– 1 inci halia
– 3 tangkai cili padi hijau & merah*
– lada benggala (tambahan)*
– 1 tangkai daun ketumbar (gunakan juga tangkainya)*
– 5 helai daun purut

resepi ikan siakap stim simple

Bahan lain:
– 6 biji tomato ceri*
– 5 biji asam boi  (rendam dulu dengan air panas untuk hilangkan warna putihnya)

Bahan bertanda * disimpan sedikit untuk hiasan tabur.

Cara memasak:

Anda perlu satukan semua bahan yang telah siap dihiris itu tadi ke dalam mangkuk seperti yang ditunjukkan di dalam gambar. Kemudian masukkan sos ikan sehingga menutupi kesemua bahan tadi.

siakap stim kukus

Walau bagaimanapun, terpulang kepada anda untuk mengurangkan atau melebihkan kadar sos ikan, ini kerana masing-masing punya citarasa. Jika sedikit, mungkin rasanya tidak seperti disangkakan.

siakap masak stim ala Thai

Seterusnya masukkan dua sudu besar bawang putih yang telah siap digoreng rangup untuk mendapatkan kelainan rasa pada masakan ini. Saya goreng dengan menggunakan minyak jagung.

ikan siakap stim halia

Perahkan limau nipis sebiji ke dalam mangkuk itu tadi. Limau kasturi juga boleh digunakan untuk mendapatkan rasa masam.

Untuk mereka yang ingin diet, tambahkan 1/2 sudu besar gula merah. Nak guna gula putih pun boleh, terpulang kepada anda untuk menentukannya.

Masukkan 1/2 gelas air kosong dan tak perlu masukkan garam kerana sos ikan itu tadi telah pun masin. Kemudian kacaukan kesemuanya sehingga rata dan sekata.

cara masak siakap

Panaskan pengukus sehingga airnya mendidih. Kemudian sediakan ikan siakap yang telah siap disiang. Cara belah ikan terpulang kepada kehendak dan cara masing-masing.

Letak ikan siakap itu ke dalam kertas aluminium foil seperti di dalam gambar dan tuangkan sos tadi ke atas badan ikan.

siakap kukus limau

Tutupkan ikan dengan kertas aluminium foil supaya dapat mengelakkan wap air yang menitik dari tudung pengukus ke dalam ikan. Kukus sehingga 10 atau ke 15 minit.

Setelah ikan masak, saya alihkan ikan ke dalam pinggan. Anda perlu berhati-hati untuk elakkan ikan menjadi hancur sewaktu mengangkat atau mengalihkan ikan ke dalam pinggan.

siakap stim asam boi

Taburkan dengan semua bahan hiasan yang dihiris tadi. Juga sedikit bawang putih goreng untuk menaikkan warna.

Maka siaplah sudah resepi masakan ikan siakap stim limau ala Thai yang sangat digemari ramai ini. Sebenarnya cara masak ikan siakap ini secara stim ini berbeza-beza mengikut kreativiti masing-masing selain bahan-bahannya juga diubah-ubah.

resepi siakap stim limau sedap

Selain limau nipis ada juga yang menggantikan dengan limau kasturi, lemon dan juga melebihkan bahan seperti halia yang terbukti terkenal dengan khasiat yang dimilikinya.

Baca : Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa Simple Sedap dan Mudah

Begitu juga jenis ikan, selain siakap, ikan kembung juga sering digunakan dan ikan bawal tetapi ikan siakap adalah yang paling sedap jika dimasak seperti ini. Kata orang lebih manis serta sesuai untuk mereka yang ingin diet kerana cara masaknya tidak menggunakan sebarang minyak.

Terima kasih kepada Puan Afy Al Habibi kerana berkongsi resepi ikan siakap masak stim limau untuk semua pembaca. Semoga perkongsian ini akan dapat membantu dan memudahkan anda untuk merealisasikan masakan ini sendiri di rumah. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments