Setiap hari semua suri rumah pasti akan memikirkan apa yang ingin dimasak untuk menjamu suami dan anak-anak. Jika dimasak menu makanan yang sama saja tentulah ahli keluarga akan jemu melihatnya. Apa kata hari ini anda cuba memasak resepi ikan siakap tiga rasa untuk dimakan seisi keluarga.
Mungkin ramai yang memikirkan masakan ikan siakap tiga rasa ini susah untuk dibuat memandangkan bahan-bahannya banyak dan perlu diteliti setiap satu. Sebenarnya cara masak siakap 3 rasa ini tidak susah, anda hanya perlu mengikut resepi ini yang dikongsikan.
Resepi ikan siakap tiga rasa pada kali ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Afy Al Habibi yang berkongsi gambar masakannya kepada semua. Bermula dengan bahan-bahan masakan sehinggalah cara masak ikan ini.
Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa Simple

Kalau sambut hari bermakna, mesti ikan siakap antara menu hidangan kan? Jadi cikgu kongsikan masakan siakap yang boleh buat semua makan bertambah.
Buat sendiri lagi jimat. Beli ikan siakap baru 8.90 seekor. Hias cantik-cantik jadilah macam menu masakan kat kedai Siam.
Untuk bahan-bahan resepi ikan siakap tiga rasa ini ada di nyatakan pada setiap gambar, sila ikuti langkah-langkah cara membuat dan sediakan bahan-bahannya dengan betul, pasti masakan ikan anda itu menjadi.
Perapkan ikan 1/2 jam dengan bahan yang telah ditumbuk:

– 2 hiris halia
– 3 ulas bawang putih
– 1/2 sudu kecil garam
* Cikgu suka belah ikan ala ‘fillet‘ macam kat atas ye.
* Isi ikan akan lebih rangup dan sedap.

Selepas diperap, tabur rata 3/4 sudu besar tepung jagung di depan dan belakang ikan.
* untuk elak ikan melekat dan isinya lebih rangup.

Goreng ikan dalam minyak yang panas dan banyak. Angkat setelah ikan garing pada kedua-dua bahagian.

Terus letak atas daun salad yang telah dihias. Sementara itu, sediakan bahan yang perlu dipotong:

- 1/2 biji bawang merah- dadu
- 1/2 biji bawang Holland- dadu
- 2 ulas bawang putih – dadu
- 2 helai daun limau purut
- 2 hiris halia- hiris memanjang
- 3 tangkai cili padi merah
- 1 tangkai cili besar hijau
- 1 batang serai- hiris serong
- 1 hiris nanas- hiris dadu

Gunakan minyak gorengan ikan siakap tadi sedikit. Masukkan semua bahan yang dipotong kecuali cili dan nenas.

Kemudian masukkan pula 1 senduk bahan kisar;
– 1/2 biji bawang merah
– 1/4 biji bawang Holland
– 1 ulas bawang putih
– 2 hiris nipis serai
– 1/4 hiris nipis halia
Tumis sehingga naik bau dan sedikit garing.

Masukkan pula 1 1/2 senduk cili kering kisar. Tutup kuali dengan penutup seketika. Biarkan ia pecah minyak.

Tambahkan 1 senduk cili sos Life.

Masukkan juga 1 sudu besar sos tiram.

Masukkan 3/4 gelas air asam jawa (secubit asam jawa + 3/4 gelas air) Kacau sekata dengan api sederhana perlahan.

Perasakan dengan :
- 1 3/4 sudu besar gula
- 3/4 sudu kecil garam
- 1/2 sudu besar perencah Hilal
Segala kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri.

Akhirnya masukkan potongan nenas sebelum ditutup api. Masukkan juga sedikit cili potong tadi.

Siap! Curahkan kuah ini atas badan ikan.
Baca juga : Masakan Ikan Buntal Terbukti Sedap, Wanita Ini Kongsi Cara Masak Ikan Ini Dengan Betul. Berani Makan?
Inilah hasilnya selepas berhempas pulas memasak ikan siakap 3 rasa ini.

Ada sesetengah resepi dan cara masak siakap 3 rasa ini mereka campurkan dengan air belacan yang mana bertujuan untuk menyedapkan lagi rasa masakan ini iaitu masam, masin dan manis.
Walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan versi dicampurkan dengan belacan itu sama ada dari negeri Kelantan, Terengganu atau Kedah dan juga negeri Thai.
Semoga perkongsian resepi ikan siakap tiga rasa ini membantu anda untuk memasak masakan ini serta memudahkan kerja anda menyediakan bahan dan menjimatkan masa anda. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.
Loading…