Sihir pemisah (sihir tafriq) atau dipanggil sihir pelalau penghalang jodoh adalah satu jenis sihir yang dibuat untuk memisahkan hubungan cinta, tunang, pasangan kekasih, suami isteri atau pun ahli keluarga sehingga wujudnya kebencian serta permusuhan dan berlakunya perbalahan atau pergaduhan di antara mereka.
Bagi suami dan isteri pula, penceraian selalunya terjadi jika terkena sihir ini yang biasanya dihantar oleh seseorang yang bertujuan dan berniat jahat. Bagaimana sihir pemisah dihantar biasanya dengan menggunakan khidmat bomoh dengan bermacam cara.
Amalan ilmu hitam dan juga sihir pemisah suami isteri ini adalah satu perbuatan yang dilakukan untuk merosakkan hubungan orang dan dengan cara ini penghantar sihir telah memuja dan mendekatkan dirinya serta meminta tolong daripada jin, iblis dan syaitan dengan menggunakan jampi serapah bagi mendatangkan kesan yang buruk kepada orang yang ingin disihirnya.
Terkena Sihir Pemisah Suami Isteri

Seorang ustaz dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin telah berkongsi bagaimana pesakitnya seorang perempuan yang datang bersama suaminya untuk membuang sihir yang dialaminya iaitu sihir pemisah suami isteri yang dikatakan hampir merosakkan rumah tangga mereka.
Si isteri begitu membenci suami sehingga langsung tidak dapat bersama walaupun tinggal sebumbung. Pasti ada saja yang tidak kena di mata pasangan ini sehingga perkara kecil menjadi pergaduhan dan pertengkaran. Kemudiannya, masing-masing akan merasa kecewa.
Memang sangat ramai yang datang untuk berubat kerana masalah terkena sihir pemisah. Yang menyedihkan pasangan suami isteri yang telah berkahwin sejak 4 tahun langsung tidak dapat tidur bersama sedangkan mereka saling sayang menyayangi.
Apabila mereka ingin bersama tiba-tiba si suami tiada selera dan ianya berlarutan sehingga 4 tahun lamanya. Sebelum ini mereka sangkakan hanya penyakit biasa serta turut pergi mengurut dan mendapatkan rawatan hospital, namun tiada sebarang perubahan.
Suami kerap kali menjadi seperti tiada nafsu apabila hendak bersama dan isteri pula menjadi cepat marah walaupun hanya kerana perkara kecil sekecil-kecilnya dan suamilah menjadi tempat isteri melepaskan kemarahan. Walau bagaimanapun, apabila mereka berjauhan, isteri sangat-sangat merindui suaminya.
Baca : Cara & Tips Sembuhkan Diri Sendiri Dari Gangguan, Sihir, Ilmu Hitam dan Santau.
Ketika pasangan ini datang ke pusat perubatan rawatan Islam untuk mendapatkan rawatan, mengubati serta berikhtiar untuk membuang sihir pemisah ini. Si isteri secara tiba-tiba tidak sedarkan diri selepas ustaz membuat bacaan Ruqyah terhadapnya sebagai cara merawat serta menyembuhkan sihir pemisah jodoh ini.
Ustaz tersebut turut berkomunikasi dengan ‘benda’ yang telah merasuk ke dalam badan wanita itu tadi. Perbualan mereka seperti yang dikongsikan di bawah :
Saya : Kenapa kamu ganggu dia?
Pesakit : Dia milik aku! Aku tak akan buat dia bahagia sampai bila-bila! Aku akan buat suami dia benci dengan dia. Aku buat suami dia menjadi tiada na.fsu dengan dia. Kerana aku sayangkan dia. Aku tak dapat dia, suami dia pun tak akan dapat dia sampai bila-bila.
Saya : Lepaskan dia bagi mereka bahagia, benda yang dah lepas biarkan dah lepas. Dia bukan milik kamu. Dia dah bersuami.
Pesakit : Aku tak akan lepaskan dia selagi dia (tunjuk ke arah suaminya) tak lepaskan dia. Jika dia ceraikan dia (isteri) baru aku akan lepaskan dia, kau faham atau tidak, lepaskan dia? (Sambil merenung tajam ke arah suaminya).
Aku tak akan bagi mereka bahagia dan mereka tak akan dapat zuriat sampai bila-bila haha. Aku kunci nafsu suami dia, aku buat isteri dia ini jadi benci dengan suaminya. Aku nak mereka bercerai. Bila mereka bercerai baru la aku rasa puas.
Tanpa berkata panjang saya teruskan rawatan membuang sihir pengasih ini, syukur Alhamdulillah dengan izin Allah, saya dapat keluarkan jin yang menumpang di badan wanita tersebut. Apabila si isteri sedar terus mereka berdua menangis kesedihan.
Suami isteri ini memegang antara satu sama lain sambil menitiskan air mata. Mereka tidak menyangka mereka terkena sihir pemisah pembenci ini akibat perbuatan sihir yang ditujukan kepada mereka suami isteri.
Tak putus-putus dari mulut si isteri memohon maaf pada suami kerana apabila beliau marah, ianya seolah-olah tidak dapat kawal perasaan. Bila marah seperti ada bisikan yang menyuruh meminta cerai dari suaminya. Kadang-kadang suami tidak ada buat salah apa pun, perasaan nak marah dan jadi benci pada suami tanpa sebab.
Hanya orang yang pernah alami sahaja yang tahu bila terkena sihir pemisah ini. Sihir pemisah juga boleh terjadi jika kita ada gangguan saka keturunan, sebabnya saka kebiasaannya akan amat menyayangi cucunya. Insha Allah nanti saya akan bercerita pula tentang saka.
Cerita di atas adalah kisah benar yang berlaku kepada pesakit saya. Tapi tak semua yang percaya. Hanya yang pernah mengalami dan mempunyai pengalaman sahaja yang tahu dan rasa penderitaannya. Jika lambat diubati atau tiada penawar untuk batalkan sihir pelalau ini ia boleh mengakibatkan perbalahan, penceraian, perpisahan, rumah tangga retak dan sebagainya.
Sihir pemisah ada banyak jenis sihir pemisah. Ada yang terkena sihir pemisah suami isteri, sihir pemisah pembenci kasih dan sayang dengan kekasih, cinta, tunang, sahabat, ibu dan anak, sihir pemisah dengan keluarga, sihir pelalau perkahwinan, perniagaan dan sebagainya.
Siapa yang terkena sihir memang tidak akan sedar mereka mempunyai simptom sihir. Untuk mengetahui sama ada terkena gejala sihir atau tidak, sila lihat ciri-ciri atau tanda terkena sihir pemisah, buatan orang dan kesan sihir adalah seperti di bawah.
Tanda-tanda Terkena Sihir Pemisah
- Kerap sakit belakang, bahu tengkuk dan urat belikat kerap sakit
- Kerap sesak nafas, sakit dada dan ulu hati
- Kerap rasa resah gelisah, berdebar-debar tanpa sebab terutama waktu asar ke atas
- Kerap sakit kepala walau makan ubat tetap sakit
- Kerap kembung perut, sendawa angin
- Kerap rasa berdenyut-denyut di bahagian sulit
- Kitaran haid tak normal
- Lambat mendapat zuriat
- Menjadi rimas, lemas, cepat nak marah bila berdepan suami atau isteri
- Kerap bergaduh besar walaupun perkara-perkara kecil
- Ketika marah kerap meminta cerai
- Tidak suka tidur bersama
- Na.fsu tiada terhadap suami atau isteri
- Tercium bau badan busuk, hanyir, nafas berbau pada badan pasangan
- Suka bersendiri di dalam bilik
- Tidak suka tempat-tempat yang bising
- Sukar atau susah tidur pada waktu malam
- Kerap mimpi baby menyusu dan bermain bayi
- Kerap mimpi ular, kala jengking dan binatang berbisa
- Kerap mimpi pasangan kita curang
- Perasaan curiga cemburu buta yang kuat
- Kerap bermimpi tempat kotor busuk
- Kerap terbau kemenyan
- Bila berjauhan dengan pasangan perasaan rindu sayang amat-amat menebal
- Kerap teringat merindui seseorang yang tidak dikenali dan dikenali
- Menjadi resah gelisah terdengar azan dan ayat suci Al Quran
- Kerap bermimpi bersekedudukan dengan orang lain
Di atas adalah serba sedikit tanda-tanda terkena sihir pemisah yang sering dialami oleh mereka yang pernah merasainya. Sekiranya anda mempunyai banyak tanda seperti di atas, carilah langkah atau cara untuk menangani sihir ini atau dapatkan rawatan Islam berhampiran dengan anda untuk menghilangkan sihir ini.
Jangan sampai anda tidak lagi boleh mengatasi dan semuanya terlambat untuk diubati kerana ia boleh mengakibatkan kemusnahan rumahtangga, cinta, kekasih, tunang hubungan dengan kawan, adik-beradik, keluarga dan sebagainya.
Berikutnya kami kongsikan ayat pembatal sihir atau bacaan doa untuk mengelakkan sihir seperti terkena sihir santau, gangguan jin dan saka yang boleh dijadikan sebagai penawar terbaik atau cara membatalkan sihir pemisah daripada Penawar Sihir As-Syifa dan disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus.
Doa Elak Sihir
Semoga dijauhkan semua perkara perbuatan sihir ilmu hitam yang akan berlaku pada kita dan keluarga kita. Amin! Semoga perkongsian tentang sihir pemisah suami isteri ini akan membantu dan bermanfaat kepada anda semua di luar sana.
One Comment
Leave a Reply