in

Ini Adalah Sisi Gelap Yang Orang Lain Tidak Nampak Di Putrajaya – Netizen

Apabila ada sesiapa saja yang mengatakan dia tinggal di Putrajaya, pasti ramai yang akan berkata, WOW, kedengaran seperti gah dan hebat. Kenapa? Tetapi realitinya hanya mereka dan penduduk mereka sahaja yang mengetahui kebenarannya.

Walau bagaimanapun, satu aduan daripada salah seorang penduduk di sebuah perumahan di bandar tersebut pada baru-baru ini menjadi viral kerana dikatakan telah membuat pendedah tentang ‘sisi gelap’ Putrajaya yang tidak segah seperti namanya.

Cukai Pintu RM914 Sahaja?


Lif rosak berulang kali, terpaksa menapak ke aras 17 bersama dengan anak kecil.



Tidak perlu ditanya tentang soal kebersihan di kawasan tersebut!


Mohd Redzuan Abd Rahim mendakwa, itulah sisi gelap yang tidak pernah disebut dalam mana-mana akhbar.

“Ingat kerja dengan kerajaan dan tinggal di Putrajaya, hidup boleh jadi senang-lenang?” tulisnya melalui Facebook.

1. Semalam balik kerja dapat surat cukai pintu cuma RM924 je. (Tak payah la terkejut sangat) Putrajaya kan.

2. Hari ini balik kerja lif rosak (buat kali ke 3 dalam 4 bulan). Usai solat, makan di luar balik rumah rupanya technician baru sampai. Nak tak nak menapak juga sampai aras 17 dengan anak-anak (4 & 2 tahun) juga isteri. Lif ni baru sangat beroperasi tak sampai 6 bulan. Kali pertama berlaku 17 lif rosak serentak, dan ada yang masih tak pulih hingga sekarang.

3. Caj penyelenggaraan bulanan RM260 sebulan tiada kolam,gym, gate guard, parking extra (selalu parking penduduk kena kebas) lambat bayar kena surcaj. Kebersihan? Tak pernah nampak cleaner sapu depan rumah. Tangga kecemasan jangan tanya.

Ini dark side yang orang lain tak nampak,(yang buruk di Putrajaya ni tak akan jumpa dalam paper)ingat jadi penghuni di Putrajaya kerja “Gomen” semua pun senang lenang.

Yang masih tinggal di kuaters hargailah nikmat dan kemudahan. (Boleh ambil peluang menyimpan).

Oh lupa, pemaju perumahan ni ialah SP Setia (so called paling hebat di Malaysia)

Perkhidmatan lif oleh Hyundai Elevator.

Inilah nasib kita, rakyat Malaysia hanya layak untuk benda-benda yang kualiti rendah.

Aduan rasmi? Agaknya penduduk buat tak.

Aduan lelaki itu telah menerima pelbagai reaksi dan respon daripada netizen. Rata-rata di antara mereka bersimpati dengan nasib Redzuan dan menggesanya untuk membuat aduan kepada pihak yang berkenaan.

“Sebagai pengguna, buat aduan ke PPIM jika ada agensi kerajaan tak nak membantu atau nak tunggu riuh baru nak bantu.

“Inilah nasib penduduk Putrajaya. Dari pihak pemaju pula, mereka cakap staf kerajaan ni tak sedar diri, beli rumah murah tapi nak kualiti kondo,” komen netizen.


Memang penat kot mendaki tangga sehingga ke tingkat 17 dengan membawa anak-anak kecil. Setiap tempat yang gah itu pastinya tersembunyi dan terselit kisah buruknya yang mungkin sukar untuk dilihat. Tak gitu?

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

One Comment

Leave a Reply

    One Ping

    1. Pingback:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published.

    Loading…

    0