Viral di laman sosial satu rakaman video yang dirakamkan oleh seorang pengguna Twitter yang memaparkan satu produk yang kini dijual di kedai barangan Hardware yang terkenal di Malaysia iaitu MR DIY yang mempunyai kalimah Allah dan Muhammad.
Menurut pengguna Twitter terbabit beliau mahu mendedahkan bagaimana satu pelekat kereta yang berbentuk tapak kaki yang mempunyai kalimah berkenaan yang telah dijual di kedai Harware berkenaan sama ada dengan sengaja atau tidak disedari oleh pihak berkenaan.
Perkongsian lelaki tersebut telah mendapat perhatian ramai serta menjadi topik hangat di laman Twitter yang turut mendapat retweet lebih dari 4000 sejak diviralkan bermula semalam. Pelbagai reaksi netizen yang dilihat berhubung perkara tersebut.
Ada netizen berpendapat bahawa pelekat kereta tersebut yang dibuat dengan menggunakan barangan kitar semula yang diperbuat daripada hiasan dinding yang mempunyai kalimah Al-Quran dan hasilnya beginilah jadinya.
Walau bagaimanapun, menurut mereka, sebagai penjual sepatutnya mereka lebih sensitif dengan perkara ini dan tidak menjual produk tersebut dengan sewenang-wenangnya memandangkan perkara ini seperti mempermainkan agama Islam di Malaysia.
Malahan ada yang turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan serta turut meminta sesiapa yang berkenaan dengan segera melaporkan perkara ini kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan juga pihak polis.
Berhubung dengan perkara tersebut yang kini menjadi perhatian ramai terutama umat Islam di negara ini, MR DIY telah tampil menjawab persoalan berkaitan dengan kekecohan tersebut di laman sosial.

Mereka turut membuat pengumuman bahawa telah pun menarik balik semua penjualan produk berkenaan dan juga memulangkan semua wang kepada sesiapa yang telah membeli produk tersebut..
Selain itu, MR DIY juga telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka di laman sosial seperti yang dipaparkan di atas.
Berikutan dengan kekecohan yang membabitkan kalimah Allah dan Muhammad SAW, Menteri Perdagangan juga telah memberikan maklum balas berkaitan dengan penularan kes sticker yang telah dijual di MR DIY.
ISU TULAR PRODUK MR DIY
Semalam ada isu tular tentang “car stickers” yang dijual di MR DIY yang mempunyai cetakan kalimah Allah dan Muhammad.
Sehubungan dengan itu, MR DIY telah mengeluarkan arahan untuk menarik semula barangan tersebut dari semua cawanganya.
Pls RT. pic.twitter.com/8K62DqWLY4
— Saifuddin Nasution (@saifnasution) February 7, 2019
Kepada sesiapa yang telah membeli sticker yang mempunyai kalimah Allah dan Muhammad SAW ini, anda diminta memulangkan semula kepada MR DIY selain harga pembelian barangan tersebut akan dipulangkan kepada anda dengan segera.