in

Lelaki Temui Straw Plastik Terendam Dalam Bekas Sabun di Premis Makanan

penggunaan straw plastik

Ramai rakyat Malaysia yang tahu tentang larangan pengguna penyedut minuman atau dipanggil juga sebagai straw plastik yang kini sedang diperluaskan hampir ke seluruh negeri sebagai cara untuk menangani pencemaran alam sekitar.

Disebabkan itu, sehingga kini kebanyakkan premis makanan seperti restoran sudah jarang menggunakan straw plastik dan sebagai alternatif mereka mengguna straw besi atau kertas untuk menyahut cabaran untuk tangani alam sekitar tercemar.

Straw Plastik Terendam Dalam Bekas Sabun

Walau bagaimanapun, terkini, seorang pengguna media sosial Twitter berkongsi satu gambar yang mencurigakan di sebuah sebuah restoran ketika mengunjungi premis itu sewaktu ingin mencuci tangan di sinki.

Gambar yang dikongsikan di Twitter ini memaparkan selonggok straw plastik yang berada di sinki yang telah direndamkan ke dalam sebuah bekas yang mengandungi cecair dipercayai sabun yang berwarna kehijau-hijauan.

kempen bersihkan alam sekitar
Gambar membukti straw plastik direndamkan dalam bekas air sabun.

Perkongsian beliau telah menarik perhatian ramai netizen malahan ada yang turut mengecam serta mempertikaikan mengapa beliau berkongsi gambar berkenaan dan posting itu disifatkan sebagai perkongsian yang tidak masuk akal.

Menurutnya, perkongsiannya itu adalah dengan tujuan untuk menyentuh isu kebersihan dan kesihatan. Berkemungkinan straw plastik yang direndam dengan cecair sabun itu akan digunakan semula memandangkan ianya diletakkan di dalam bekas bukannya di dalam tong sampah.

Beberapa netizen yang mempertikaikan perkongsiannya turut meluahkan pendapat masing-masing sehingga ada yang menyatakan jika sudu dan garfu boleh dipakai semula, mengapa tidak straw plastik sedangkan kedua-duanya akan dimasukkan ke dalam mulut.

Antara andaian netizen yang turut berkongsi pendapat mereka yang tersendiri dapat dilihat dengan jelas menerusi posting lelaki terbabit yang rata- rata di antara mereka seolah mengecam dan tidak bersetuju dengan pendapat lelaki ini.

“Lepas ni kalau dah habis minum korang tepuk straw biar pecah. Dah tu kalau dah basuh apa masalahnya? Bersih kan?”

“Straw tu jatuh dekat lantai kot. Ye lah, tengah nak isi straw baru dalam bekas, tiba-tiba bekas straw dengan straw tu jatuh. Tu yang diorang cuci tu. Nak buang pula sayang.”

Lelaki tersebut yang mengunjungi premis berkenaan seperti yang dilaporkan akhbar, dia dan isterinya pergi ke sebuah restoran nasi ayam bersama isterinya untuk mengisi perut pada hari Sabtu lalu.

viral di twitter
Perkongsian Mohamad Azizi di Twitter mendapat kecaman ramai netizen.

Sewaktu dia ingin mencucikan tangan di sinki sebelum makan, dia merasa terkejut selepas melihat sebekas straw plastik yang direndamkan di dalam air sabun.

Menurut beliau, dia merasa curiga dengan keadaan itu dan mungkin straw tersebut dibasuh dan akan digunakan semula serta diberikan semula kepada pelanggan lain yang mengunjungi premis tersebut, katanya.

Katanya lagi, dia pernah meminum air di restoran lain dan rasanya seperti sabun, namun dia menganggap kerana gelas itu tidak dicuci dengan bersih menyebabkan adanya rasa sabun. Sekarang barulah dia sedar bahawa mungkin kerana penyedut minuman yang direndam bersama air sabun.

Sekiranya perkara ini adalah benar, dia menganggapkan tindakan menggunakan semula straw plastik untuk diberikan kepada pelanggan lain adalah tindakan yang tidak sepatutnya malahan tindakan itu adalah pengotor.

Semoga semua pemilik premis makanan tidak mengambil tindakan sebegini demi kerana mengejar keuntungan semata-mata tanpa mementingkan keselesaan pelanggan dan juga kesihatan bersama. Kitar semula straw plastik adalah tidak wajar sama sekali.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0

Comments