in

Stress Nama Panjang- Telatah Anak Kecil Ini Menangis Bikin Netizen Terhibur

Nama Panjang

Ada antara kita yang mempunyai satu nama panjang dan unik sehingga kadangkala berbelit lidah orang nak menyebut.

Nama yang diberikan kepada kita mempunyai maksudnya yang tersendiri dan ada juga yang mempunyai makna yang unik. Ada juga yang mempunyai nama yang sangat panjang sehingga kadangkala boleh buatkan kita menjadi stress jika hendak mengisi nama di dalam borang dan sebagainya.

Adik Ni Stress Sebab Nama Panjang Sangat Sampai Menagis Dia Nak Isi Buatkan Netizen Terhibur

Nama Panjang

Jangan kata kita je yang stress, kanak-kanak pun boleh jadi stress di buatnya kalau nama panjang sangat. Sama macam satu videonya yang dikongsikan oleh Page Gula Pop iaitu mengenai video seorang kanak-kanak perempuan yang menangis kerana stress namanya terlalu panjang. 

Apa yang membuatkan netizen geli hati ialah kanak-kanak tersebut menangis kerana namanya yang terlalu panjang dan mengadu seperti orang dewasa. Ia menampakkan lagi kanak-kanak tersebut comel dan mencairkan hati netizen

Membebel Dengan Maknya Sebab Letak Nama Terlalu Panjang

Apa yang lagi mencuitkan hati, anak kecil membebel sambil mengadu dengan maknya sebab nama terlalu panjang dan minta maknya untuk menukar kepada nama yang lebih pendek sama seperti adiknya.

Telatah adik kecil ini membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya akan merasa terhibur terutama sekali dengan kecomelanya sewaktu dia sedang membebel dengan maknya

Baca Juga: Pengorbanan Ayah Menjual Nasi Beriani RM 10 Sambil Bawa Anak Kecil Membuatkan Netizen Kagum

Apa Kata Netizen??

Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen meninggalkan pelbagai komen, ada yang merasa lucu dengan video tersebut dan ada juga yang sebaliknya.

 

Nama Panjang

Bertabah lah dik.. Mak ayah kau happy sgt masa dapat ko tu…kalau boleh semua nama yg dia org rasa sedap dia org nak bubuh.. pernah rasa masa exam SRP.. Mmg stress bai! . Tapi bkn sebab nama sendiri yg panjang.. Nama sendiri seketul je.. Nama ayah yang 3 ketul panjangnye.. Nak tulis lagi.. Nak lorek lagi.. Mmg stress..🤪

Nama Panjang

 

Halahaiii..sabo la dek yee..mak bapak awak tu letak nama panjang² pasai nak uji bakal menantu nnti sekali lafaz ke idok..hehehe😅

Nama Panjang

 

kita komen yg positif ja… anak sis pun nama panjang2 ada 3nama.. jgn stress anakku syg… tulis ja hat pendek dulu.. cikgu tak marah pun.. anak sis darjah 6 baru nampak dia tulis penuh nama dia 🤣🤣 dulu pun dia marah… katanya mama la ni bg nama panjang2… anggap la sebagai latihan penulisan n latihan jari jemari..

 

Dalam pada mas ayang sama, ada juga yang memberikan nasihat kepada bakal ibu bapa supaya meletakkan nama yang lebih pendek agak tidak memberikan menyukarkan urusan di masa akan datang

Nama Panjang

Bla ada mak ayah dtg sblm pgi JPN sy sll nasihat nma baby tu jgn pjg².nnt ia mnyulitkn urusan ibu ayah n ank tu sdiri bla dh masuk sklh..bla daftar pesakit kecil pn sll je jpa nama yg pjg². Jenuh la nk mnulis menaip kdg tu ejaan dtambah plk dgn huruf yg sbnrnya tak perlu pn.sdhnya tulis lain bunyi lain. Sy ada baca ust kta nama ank pjg² ni blh mmudaratkn ksihatan krn berat n xserasi.btol la kot sbb rata² pesakit kecil yg sy daftar kbnyakn nma pjg..

 

Kesimpulanya, tidak kiralah berapa panjang nama anak anda yang hendak anda letak, pastikan ia tidak terlalu sukar untuk di sebut dan pastikan ia membawa maksud yang baik.

 

 

 

 

Written by yusuf

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0