in

‘Orang Perempuan Zaman Sekarang Tak Pandai Beraksi, Disebabkan Itulah Suami Minta Layanan Dari Geng Kunyit’

Punca utama orang lelaki yang dikatakan turut terjebak dalam hubungan terlarang iaitu hubungan songsang dengan geng kunyit pada masa kini adalah disebabkan kesilapan kaum wanita itu sendiri katanya!

Inilah kenyataan berani mati seorang lelaki yang dikenali sebagai Nur Khalaf Zulkafli di akaun Facebook miliknya yang dilihat telah meminta supaya orang ramai tidak lagi menghentam dan mengecam kaum ‘geng kunyit’, katanya.

Menurut lelaki terbabit menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman sosial, gejala homoseksual pada zaman sekarang semakin berleluasa adalah disebabkan oleh ramai wanita yang dikatakan tidak tahu untuk melayani nafsu serta kehendak suami itu sendiri di ranjang.

Katanya gejala homoseksual semakin berleluasa disebabkan ramai wanita yang tidak tahu melayani nafsu dan kehendak suami di ranjang.

“Lelaki kunyit ni ‘tumbuh’ sebab korang. Korang yang tak pandai jaga suami, tahu tidur je tak pandai beraksi. Sebab tu suami lari, tak payah nak anti sangatlah dengan kunyit.”

Kenyataan lelaki yang begitu berani ini telah menimbulkan kontroversi sehingga menerima pelbagai reaksi serta turut mencetuskan perbalahan antara netizen di laman sosial di atas kenyataan berani matinya itu.

Gambar Hiasan

Rata-rata netizen dilihat telah mengecam serta mengutuk tindakan lelaki tersebut serta turut menyifatkan kata-katanya itu sangat keterlaluan seolah-olah langsung tiada pegangan agama dengan membuat kenyataan menyokong golongan yang dilaknat Allah itu.

Walau bagaimanapun, segelintir netizen turut mengambil positif dengan kata-kata lelaki berkenaan dengan menasihati semua wanita supaya turut sama memperbaiki diri demi untuk kebahagiaan rumah tangga mereka.

Berikutnya adalah antara komen-komen netizen yang mempunyai pendapat serta pandangan mereka yang tersendiri terhadap kenyataan lelaki tersebut.

“Geng kunyit memang semuanya bodoh ke? Kau tak tahu dosa ke?”

“Betul juga apa dikata, orang perempuan sekarang memang ramai yang tak tahu layan suami.”

“Patutlah ramai lari pada kunyit, layanan memang tiptop.”

Sebenarnya, sekiranya sesiapa sahaja yang inginkan rumah tangga mereka bahagia, kunci utama dalam sesuatu hubungan itu adalah kejujuran serta sama-sama berusaha untuk ke arah yang lebih baik agar hubungan itu terus berpanjangan.

Berikutnya adalah rakaman video geng kunyit yang pernah menjadi kontroversi satu masa dulu yang kini tersimpan rapi di laman YouTube.

Namun, sekiranya suami memilih ‘geng kunyit’ bukan satu jalan penyelesaian selain kepuasan, malahan sengaja menunjukkan kebodohan kerana apa sahaja alasan anda, yang haram itu tetap haram sampai bila-bila, betul tak? Apa pendapat korang?

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0