in

Suami Curang Tipu Isteri Beratus Kali & Jangan Ditipu Lagi Sekarang

suami curang menipu isteri

Suami curang adalah sesuatu yang amat sukar diterima oleh seorang isteri yang amat menyayangi dan mengasihi suaminya sepenuh hati selama ini. Tetapi siapa sangka lelaki yang dipujanya itu sanggup menipunya dan kehadiran orang ketiga menjadikan remuk hati isteri kecewa tak terhingga.

Apakah salah dan silap isteri sehingga suami curang tidak diketahui. Apa lagi yang harus dibuat si isteri agar suaminya berpuas hati. Segalanya dianggap lengkap baik dari segi menghias diri, menjaga makan minum suami, menjaga hati malah bermacam lagi termasuk memastikan tidur suaminya diulik mimpi indah setiap hari tanpa hampa di hati.

Tergamaknya seorang suami berbuat demikian kepada isteri, berbohong dan menipu menjadi makanannya setiap hari. Tidakkah ada rasa kasihan pada isteri? Apakah nasib dirinya selepas ditipu seolah dipersendakan? Walau apa sekalipun berlaku, hidup ini perlu diteruskan. Begitulah perkongsian Akhtar Syamir iaitu isteri berhentilah ditipu suami sendiri.

Suami Curang Sanggup Tipu Isteri Berkali-kali

Isteri, berhentilah ditipu suami

Cara mengajar suami curang sehingga terperangkap
Isteri sering ditipu suami yang kononnya keluar untuk mesyuarat, sebaliknya?

Saya tak faham kenapa isteri yang dah ditipu berkali-kali ini masih lagi setia tak bertempat? Baru-baru ini kecoh lagi pasal penyanyi lelaki tu.

Curang ini adalah penyakit. Ia bukanlah satu kesilapan, tetapi ianya adalah kesalahan. Pilihan itu dibuat tuan empunya badan, bukan tanpa disengajakan.

Bukan tiba-tiba boleh terus menjalinkan hubungan dengan orang lain. Bukan tiba-tiba boleh mesej tanya khabar bersayang-sayang bagai. Bukan tiba-tiba boleh keluar bersama. Bukan tiba-tiba boleh terlanjur.

Jangan salahkan “bertepuk sebelah tangan tak jadi”. Habis sibuk nak tarik rambut orang lain sedangkan suami sendiri yang menggatal. Orang yang nak ditarik rambut tu hanya sekadar pelengkap je kepada kecurangan, kalau suami sendiri tidak sengaja mencari cinta lain, memang takkan jadi apa-apa. Kalau bukan dengan dia, dengan orang lain dia akan buat.

Masalah besarnya ialah bila benda yang sama berulang-ulang. Dari sini kita dah tahu yang dia tidak mahu berubah. Anda di rumah sibuk menjaga anak, suami sibuk melayan perempuan lain. Kalau dia betul-betul mahu berubah, dia pasti tidak akan ulanginya lagi.

Ini semua terjadi bila privacy disalahertikan. Nak sangat beri privacy kepada suami. Hormat kononnya. Sedangkan sepatutnya selepas berkahwin itu, privacy peribadi sepatutnya sudah jadi privacy bersama. Bukan dikekalkan lagi seperti sebelum berkahwin.

Sekali lagi saya tekankan. Jika suami anda tidak beri anda lihat telefon dia, pasti ada yang dirahsiakannya. Sama juga dengan isteri. Dan sekali lagi saya tekankan, isteri yang tidak mahu melihat aktiviti suami di telefonnya adalah orang yang sentiasa takut dan menipu diri sendiri.

Baca : Suami Isteri Perlu Pantau Whatsapp Pasangan, Jangan Nanti Ada Yang Bergurau Perkara ‘Dalam Kain’

isteri terasa hati
Isteri yang takut nak ambik tahu hal telefon suami, dia menipu diri sendiri.

Akhirnya, telan sahaja pahit itu sampai ke tua. Nanti bila dah tua, lagi tiada pilihan lain selain menjadi orang yang tidak sepenting dahulu.

Jadilah isteri yang bijak. Jangan letak diri anda di tempat yang bakal menjadikan diri anda tidak bermakna.

Jangan yakin sangat dengan “sixth sense” seorang isteri kononnya boleh hidu itu ini. Anda tidak tahu selicik mana suami anda sebenarnya. Berhentilah kena tipu. Ambil tahu apa yang suami anda lakukan. Cegah sebelum terlambat.

Ada dua situasi ini, cuba anda pilih.

Situasi 1: Anda tahu suami telah mula menggatal, anda marah dia dan warning supaya jangan perkara itu berulang lagi serta sama – sama perbaiki hubungan sedia ada atau;

Situasi 2: Anda hanya tahu mengenai bini kedua suami setelah kelahiran anak ketiga madu anda.

Apa pilihan anda? Mencegah sememangnya lebih baik dari merawat. Hati yang dah dikelar pasti akan meninggalkan kesan. Hubungan pasti tidak akan sebaik dahulu.

Baca : Akibat Menipu Isteri Sebab Nak Makan Sedap, Suami Terima Padah

Jika suami jenis yang memang tidak mahu berubah, dah kantoi 3, 4 kali dah pun, jangan berdiam diri. Sila ke pejabat Agama secepat mungkin. Dapatkan bantuan mereka yang arif dalam hal ini. Sampai bila anda nak hidup dalam penipuan?

Mudah sahaja ditipu suami sendiri dan menipu diri sendiri. Anda tidak bahagia sebenarnya. Berhenti kata pada diri sendiri yang anda bahagia sedangkan suami sedang asyik melayan perempuan lain.

Sedarlah sebelum terlambat. Cegahlah sebelum terlewat. Semoga penulisan ini dapat membuka mata isteri yang dibuli suami yang curang ini. Kongsilah penulisan ini, saya yakin ramai yang sedang menjadi mangsa.

Jemput follow saya 👉 Akhtar Syamir atau BroOhsem Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.

Jom join SUPERGROUP TELEGRAM saya di mana saya kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.

Berikut kami kongsikan mengapa seorang suami itu tidak boleh menipu isteri dan yang disampaikan oleh Penceramah terkenal Ustaz Kazim Elias.

Semoga perkongsian tentang suami curang menipu isteri berkali- kali dan isteri mulai sekarang jangan ditipu lagi oleh suami mulai sekarang, akan membantu semua para isteri yang mempunyai masalah ini agar dapat meneruskan kehidupan selain membantu untuk menyelesai pergolakan rumah tangga masing-masing. Semoga bermanfaat.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Loading…

0

Comments