in ,

Kenapa Suami Isteri Bertengkar Kerap Bergaduh dan Tidak Bahagia

Hubungan dingin suami isteri bertengkar

Mungkin ada pasangan yang sudah berkahwin selalu tertanya-tanya mengapa rumah tangga mereka tidak bahagia seperti orang lain dan kenapa mereka suami isteri bertengkar dengan kerap sehingga terkadang bergaduh besar.

Sedari awal pernikahan sehinggalah sekarang ada saja yang tidak kena di mata isteri atau pun suami. Sehinggakan ketika mengandung mereka suami isteri bertengkar tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Siapakah yang bersalah dalam soal ini dan mengapa pertengkaran sering berlaku?

pergaduhan suami isteri dalam islam
Terkadang hampir setiap hari suami isteri bergaduh tanpa tidak diketahui punca.

Si suami pula tetap dengan pendiriannya dan tidak mahu mengalah, manakala isteri pula sering terasa hati dengan sikap dan kata-kata suami. Hubungan mereka menjadi dingin dan berlakulah pergaduhan mereka suami isteri serta rezeki pula selalu saja tak cukup menjadikan rumah tangga mereka tidak lagi bahagia seperti sebelumnya.

Kenapa pasangan suami isteri bertengkar dan sering bergaduh? Apakah hukum suami isteri bergaduh dalam Islam dan banyak lagi yang perlu diketahui oleh mereka yang sudah berkahwin. Perkongsian Ustaz Farid Rashidi ini WAJIB anda renungkan dan fikirkan untuk mencari apakah puncanya dan bagaimana untuk menyelesaikannya.

Selalu Suami Isteri Bertengkar Sebab Tak Baca Al-Quran?

Doa suami isteri bergaduh
Suami isteri wajib baca Al-Quran supaya terhindar dari sebarang gangguan. – Ustaz Farid Rashidi

Rumah yang sunyi sepi, tak pernah dibacakan dan didengarkan ayat-ayat al-Quran ia digelar seperti perkuburan.

Nauzubillahhi minzalik.

Bahkan Jin Syaitan suka ganggu rumahtangga yang melupai Allah SWT tau. Itu yang kerap suami isteri bertengkar dan selalu sangat suami isteri bergaduh, anak-anak bermasalah, tak tenteram, asal balik rumah jadi serabut.

Di dalam kitab Fiqhu Qiraatil Quranil Kareem, yang dikarang oleh Syeikh Said Yusof menyebutkan agar selalulah mengingati Allah SWT dengan membaca surah Al-Baqarah agar terhindar gangguan Syaitan.

Ini berdasarkan hadis:

لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi SAW bersabda: “Janganlah menjadikan rumah kamu seperti perkuburan, sesungguhnya syaitan lari daripada rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah”.

[Hadis Riwayat Muslim, no. 780]

Jadi, kepada suami isteri bertengkar dan yang kerap berbalah kalau tak mahu hantu Jin kacau di rumah bacalah surah Al-Baqarah selalu ya. Paling utama niat kerana Allah SWT. Pastinya akan jadi ibadah yang ada ganjaran istimewa.

Tak pandai baca al-Quran, belajarlah. Tak perlu malu walaupun usia dah lanjut. Gigi ada ke tak ada, itu bukan alasan. Bunyi fuhh fuhh… angin hembus celah gigi tak apa. Janji usaha ada.

Yang muda, jangan tunggu tua. Game, aplikasi hiburan boleh install di Handphone, apatah lagi nak install software al-Quran kan?

Yang dah pandai, apalagi dah hafaz. Alhamdulillah, kalian hebat dan insan terpilih. Jangan sia-siakan.

Boleh share, dan sebarkan kebaikan ke serata-rata ya. – Ustaz Farid Rashidi

Baca : Suami Isteri Mandi Bersama Digalakkan dan Jangan Malu Ini Sunnah Nabi

Oleh itu, mulai sekarang sekiranya anda adalah antara pasangan suami isteri bertengkar dan hubungan dingin serta sering bergaduh sesama sendiri, eloklah ikut semua nasihat dari ustaz ini supaya anda memperolehi apa yang dihajati iaitu hidup bahagia. Bacalah Al-Quran sebaik-baik agar kita sekeluarga terhindar dari segala gangguan jin dan syaitan serta hidup dalam penuh keberkatan. Semoga bermanfaat.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments