in

Suami Isteri Perlu Pantau Whatsapp Pasangan, Jangan Nanti Ada Yang Bergurau Perkara ‘Dalam Kain’

Cara jaga suami dan isteri
Suami dan isteri wajib untuk memantau Whatsapp pasangan.

Kes sebegini bukannya kes tidak mempercayai pasangan tetapi memantau Whatsapp pasangan adalah langkah yang terbaik untuk menangani sebarang maklumat mengarut atau gambar yang tidak baik akan diterima dalam group yang mereka sertai.

Setiap pasangan harus peka dengan keadaan ini, kenapa? Kerana cara orang yang dah kahwin menggunakan Whatsapp dilaporkan agak pelik dan lain dari yang lain. Asalnya hanya bergurau senda tetapi kekadang agak memalukan dan menyakitkan mata yang melihatnya. Sekiranya secara tiba-tiba si anak membuka telefon ibu dan ayah? Pasti haru biru dibuatnya.

Disebabkan itulah, tak kira sama ada suami atau pun isteri, anda disarankan memantau telefon pasangan anda setiap hari demi untuk mengelakkan perkara yang buruk akan berlaku dan sebelum hubungan rumah tangga terganggu dek kerana perkara yang tidak sepatutnya.

Suami isteri whatsapp
Terkadang tanpa disedari kita bersembang dalam group dengan perkara yang tidak sepatutnya.

Perkongsian dari Muhammad Ahmad ini harus dibaca oleh para isteri dan suami supaya lebih faham mengapa setiap pasangan diwajibkan memantau telefon ata sebarang akaun laman sosial milik pasangan anda. Jom baca!

Bergurau Dalam Group Whatsapp

Tuan puan. Tidak kiralah kita ini suami orang atau isteri orang. Tetap tidak boleh ‘bergurau senda’ dalam group whatsapp. Tetap tidak boleh kongsi gambar dedahkan aurat.

Saya pun hairan. Tidak malu kah seorang wanita bergelar isteri orang berbalas mesej berunsurkan lucah dengan suami orang.

BACA JUGA : AWAS! Jangan Izinkan Anak Install Aplikasi Whatsapp, WeChat & Sebagainya Dalam Smartphone

Malam tadi saya kena remove dalam satu group. Entah macam mana kawan saya add.(group bisnes)

Saya tegur beberapa kenalan. Tidak boleh kita isteri orang bercerita tentang hal ‘dalam kain’ kepada suami orang. Bukan main galak lagi mereka bersembang. Si lelaki lagilah melayan. Dalam group tersebut juga ramai lelaki bujang.

Bila ditegur kata kita tidak ‘sporting’. Amboi takkan nak ‘sporting ’ sehingga bebas berkata-kata, bergurau senda dengan lelaki orang?

Saya teringat satu hadith:

Abu Said al-Khudri berkata. Berkata Rasulullah:-

‎إِنَّ مِنْ أَشَرِّ النَّاسِ عِنْدَ اللَّهِ مَنْزِلَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ الرَّجُلَ يُفْضِي إِلَى امْرَأَتِهِ وَتُفْضِي إِلَيْهِ ثُمَّ يَنْشُرُ سِرَّهَا

“Seburuk-buruk manusia dipandangan Allah pada hari Kiamat ialah suami yang melakukan hubungan intim dengan isterinya kemudian menceritakan keintimannya kepada orang lain” [Hadith riwayat Muslim no: 1427.

Lihat juga firman الله dalam surah Al-Ahzab Ayat 32.⤵️

Sila Pantau Whatsapp Pasangan

Whatsapp
Kerana Whatsapp juga boleh menjadi punca keruntuhan sesebuah rumah tangga.

Tuan puan. Pantaulah whatsapp pasangan kita. Bukan hanya pantau HP anak sahaja. Dengan anak bukan main lagi larang ada HP takut terjebak dengan pornografi, tapi mak ayah sendiri bebas berkongsi gambar berunsurkan lucah.

Pasangan juga kita perlu pantau. Sebelum mereka leka dan terjebak dengan pornografi. sekurangnya kita dapat mencegah dari awal.

Saya tidak bersetuju jika ada yang melarang sport check HP pasangan. Kenapa perlu ada jurang antara kita? Apa yang mahu disembunyi kan?

Ingatlah maksiat menjauhkan kita dari Rahmat الله.
Maksiat akan memusnahkan institusi kekeluargaan.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments