Tidur berpelukan? Pelukan adalah salah satu cara untuk meluahkan rasa cinta dan kasih sayang terhadap seseorang yang tersayang terutamanya pasangan iaitu suami atau isteri. Ia bukanlah sekadar sentuhan secara fizikal tetapi ia juga diterjemahkan secara emosi.
Sekiranya sebelum ini, anda suami dan isteri sangat jarang tidur berpelukan bersama kerana sebab tertentu seperti panas, rimas dan apa saja sebab atau alasan, bolehlah bermula daripada sekarang iaitu hari ini.
Melalui satu kajian yang telah dilakukan tentang pasangan suami isteri yang tidur secara berpelukan pada setiap hari membuktikan sangat banyak mendapat kebaikan serta kelebihan yang tersendiri tanpa disangka-sangka.
Tidur berpelukan bersama suami isteri akan menambahkan lagi keharmonian rumah tangga serta turut menjalinkan hubungan perasaan dan juga perkongsian emosi sesama pasangan suami isteri. Malahan ia terbukti amat baik untuk kesihatan tubuh badan.
Kelebihan Tidur Berpelukan Suami Isteri
Sebenarnya, terlalu banyak kelebihan tidur berpelukan bersama suami isteri jika hendak dihuraikan satu persatu. Berikut kami kongsikan beberapa kelebihannya yang telah dibuktikan menerusi kajian yang telah dilakukan.
1. Mencegah Stress
Semasa anda tidur dengan seseorang yang anda sayangi, ia akan membantu meringankan fikiran serta dapat mengurangkan tahap stress. Lebih-lebih lagi jika anda seterusnya tidur berpelukan serta bercinta, manfaatnya sangat banyak dan lebih dari apa yang dijangkakan.
Perkara ini disebabkan ia dapat menghilangkan kesakitan serta dapat membantu tingkatkan peredaran darah kepada tisu-tisu yang lembut yang terdapat di dalam badan.
2. Menaikkan Kadar Hormon ‘Oxytocin’
Hormon oxytocin dikatakan juga adalah sebagai hormon cinta. Setelah mempunyai banyak hormon cinta yang dirangsang, jadinya akan bertambahlah kasih sayang dan rasa cinta itu sehingga ia dapat menghilangkan rasa dan perasaan kesunyian dan juga kemarahan.
3 .Tidur Lebih Nyenyak
Sekiranya adalah seorang yang amat suka tidur, mintalah dengan pasangan supaya memeluk anda ketika anda sedang tidur. Kajian telah membuktikan bahawa tidur berpelukan dengan secara automatik akan dapat membantu anda menyingkirkan sebarang masalah.
Antara masalah yang dapat disingkirkan adalah seperti kesukaran untuk tidur iaitu insomnia, akan dapat merasa lebih relax serta tidak lagi fikirkan hal-hal yang tidak berkaitan yang menyebabkan anda cepat melelapkan mata.
4. Baik Untuk Jantung
Tidur bersama pasangan dan bersebelahan dalam keadaan berpelukan amat juga baik untuk kesihatan jantung. Jadi, anda akan merasa aman serta kehangatan menjadikan jantung berada di tahap kelajuan normal sehingga tidak akan menyebabkan ketegangan pada jantung.
5. Bangun Penuh Bertenaga
Kebahagiaan dan kegembiran tidak akan pernah habis ketika bangun dari tidur, anda akan dapat melihat pasangan anda sentiasan berada di samping anda. Malahan, para pengkaji mendapati, anda akan merasa tenaga positif sentiasa ada dan melimpat serta bersemangat untuk berkerja.
Baca : Kenapa Suami Isteri Bertengkar Kerap Bergaduh dan Tidak Bahagia
6. Panjang Umur
Melalui satu kajian yang mendapati, seseorang yang sering berehat di samping pasangan yang dikasihinya akan membuatkan jantung, otak dan organ lain yang akan berkerja secara santai. Akhirnya tanpa disedari perkara ini akan meningkatkan mood anda dengan baik.
7. Tanda Luahan Kasih Sayang
Tidur berpelukan atau pelukan juga adalah sebagai tanda kasih sayang antara pasangan suami dan isteri. Ia jelas dapat memperbaiki hubungan kasih sayang walaupun ia pernah retak serta dapat menyuburkan lagi rasa cinta dan sayang selain dapat meningkatkan kepercayaan antara satu sama lain.
Jadi, mulai hari ini, sebaiknya anda tidur berpelukan bersama suami atau isteri dan selepas itu rasailah kelebihan yang terdapat padanya. Pasti anda akan terkejut sekiranya sebelum ini tidak tidur seperti itu. Semoga anda terus berbahagia bersama pasangan anda sehingga ke akhir hayat. Semoga bermanfaat. – Facebook
One Comment
Leave a Reply