in

Petua dan Tips Suami Murah Rezeki Yang Berkat dari Khairul Hakimin

cara supaya suami murah rezeki dan kaya

Ramai para suami yang berkerja siang dan malam tidak berkira dengan anak dan isteri untuk membelanjakan wang ringgit malahan ada yang tidak kedekut tenaga untuk menolong isteri. Kata orang, isteri juga berperanan dan punca akan menambahkan lagi rezeki suami tetapi apakah tips dan cara buat suami murah rezeki?

Pasti ada para isteri yang memikirkan bagaimana untuk menambahkan rezeki suami dan tak kurang juga yang membantu dari segi melakukan perkerjaan yang mendatangkan hasil wang ringgit. Walau bagaimanapun, sebenarnya banyak cara boleh dilakukan seperti doa nak suami murah rezeki dan sebagainya.

tanda rezeki yang berkat dari Allah bukan manusia
sesungguhnya rezeki daripada Allah SWT itu sangat luas tiada sempadan.

Seorang suami digalakkan membantu isteri serta ringan tulang untuk sama-sama melakukan apa saja tugas dan kerja di rumah. Cara yang amat dituntut adalah sedekah pada isteri walaupun bukan duit ringgit. Bersedekah itu adalah seperti sedekah waktu, sedekah tenaga dan sebagainya pasti akan menambahkan lagi rezeki suami.

Berikutnya adalah perkongsian dari Khairul Hakimin Muhammad yang berkongsi tentang petua atau tips suami murah rezeki yang boleh diamalkan oleh si suami demi keberkatan dan kebahagiaan dalam sesebuah keluarga yang telah dibina.

Tips Suami Murah Rezeki Yang Berkat

rezeki suami terletak pada isteri
Zikir dan doa adalah antara amalan menjemput rezeki yang perlu diamalkan untuk dimurahkan rezeki.

Semasa dengar kuliah maghrib beberapa hari lepas, Ustaz tersebut berpesan kepada kami semua, ayatnya begini:

Wahai suami-suami, kalau nak murah rezeki, buat ini:

1. Jika isteri dah siapkan minuman, makanan, hidang dah atas meja, kemudian beliau menjemput kita makan, kita pula sibuk dengan telefon, sibuk hal lain lagi, lalu biarkan ia sejuk, maka lambatlah rezeki masuk.

Mana rezeki yang telah terhidang, santuni rezeki itu sebaik-baiknya.

2. Jika pulang sahaja ke rumah, tiba-tiba anak-anak menerpa, cakap ayah nak itu ayah nak ini, pergi duduk. Cakap seorang demi seorang, cium dahi mereka walau kita tak mampu nak lunaskan setiap satunya, tak boleh marah, tak boleh herdik.

Sabar dan santun dengan anak-anak akan memurahkan rezeki seisi rumah. Allah suka orang yang sabar dengan si kecil yang tidak ada dosa.

Baca juga : Amalkan Suap Anak Dan Isteri Makan, InshaAllah Murah Rezeki

3. Bangun pagi, jika tidak kejutkan pasangan, kita sahaja yang bersiap dan biarkan isteri masih berdengkur, juga boleh mengurangkan rezeki rumah tangga. Mulalah sana tak cukup, sini rasa nak marah dan sebagainya.

Waktu pagi adalah masa terbaik untuk sama-sama bangkit dan bersyukur kerana masih hidup. Saling kejut dan minta bangun, adalah perbuatan baik menjemput rezeki masuk.

4. Usaha untuk beri wang belanja kepada isteri walau gaji kita masih kecil. Mula dengan RM10, RM50, letak dalam purse mereka. Biarkan ia berputik seperti cinta yang dulunya kecil hari ini sudah beranak 6.

Zaman ini memang era orang perempuan gajinya lebih besar, namun usaha memberi nafkah itu adalah pintu kepada banyaknya lorong rezeki.

5. Banyak-banyak bergurau dari marah. Tengok balik dalam rumah tangga semua. Banyak jenaka atau banyak sedih. Jika banyaknya ketawa, senyum dah gembira, itu tanda rezeki mahu masuk ke dalam rumah kita.

Namun jika orang di dalam rumah itu sering marah, sering tak suka itu ini, sering hatinya tak bahagia, mana ada makhluk mahu bertandang, termasuklah rezeki.

Begitulah. Semoga bermanfaat kawan-kawan.

Khairul Hakimin Muhammad.

Baca juga : Amalan Murah Rezeki Paling Mustajab (Pembuka Rezeki)

doa mohon rezeki dibuka pintu rezeki
Sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapa sama ada hidup atau sudah tiada. – Facebook

Antara Jenis-jenis Rezeki Dari Allah

  1. Rezeki yang telah dijamin
  2. Rezeki kerana usaha
  3. Rezeki kerana bersyukur
  4. Rezeki yang tak disangka
  5. Rezeki kerana istighfar
  6. Rzeki kerana berkahwin
  7. Rezeki kerana anak
  8. Rezeki kerana sedekah

Semoga perkongsian tentang tips supaya si suami murah rezeki ini akan dapat membantu para suami dan semua orang yang masih tertanya bagaimana untuk menambahkan rezeki yang dikatakan tersekat. Semoga bermanfaat.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments