in ,

Sanggup Kau Berpakat Dengan Mak Sendiri Mengaku Tak Kahwin – (Lelaki Berang Adik Perempuan Ditipu Bakal Suami)

kena tipu

Setelah seorang bapa itu pergi meninggalkan dunia ini, secara automatik segala tugas menguruskan sebuah keluarga itu akan dipikul oleh anak lelaki sulung iaitu abang. Semua tugas dan tanggungjawab yang dulunya dipikul ayah kini menjadi kewajipan seorang abang memastikan ibu dan adik-beradik yang lain terurus selain turut menjadi wali kepada adik-adik perempuan.

Disebabkan itu, terkadang kita akan dapat melihat seorang abang yang menggalas tugas ayah pasti bertukar perwatakannya menjadi seorang yang lebih tegas dan berpendirian demi kerana untuk melindungi ahli keluarga dan adik-beradiknya yang disayangi.

Baru-baru ini heboh di laman sosial dengan satu perkongsian seorang lelaki yang dikenali sebagai Kamazuki Junuh yang menarik perhatian ramai selepas beliau menyelar tindakan seorang lelaki yang didakwa telah berbohong terhadap adiknya.

Lelaki berkenaan dikatakan telah berpakat dengan emaknya dengan mengatakan bahawa beliau belum lagi berkahwin sehingga adiknya dan lelaki berkenaan bertunang. Dari perkongsian beliau di laman Facebook, Kamazuki dilihat amat berang dan marah selepas mendapat tahu lelaki berkenaan telah pun berkahwin.

Ekoran marah dengan berita tersebut, beliau mengambil keputusan untuk mendedahkan dan menyebarkan kenyataan beliau di Facebook dengan tujuan supaya orang ramai tahu tentang peristiwa ini.

Via Kamazuki Junuh

Silap besar kau henjut V-Tec kawasan taman perumahan kakak aku lepas kau bertunang dengan adik aku. Aku takde tapi ada orang sampaikan siap bagi nombor kereta. Aku sebenarnya malas ambil port tapi sebab kau dah buat harok tak ingat dunia nak juga aku tahu siapa bakal adik ipar aku.

Tak sampai sejam aku tahu siapa kau dan status kereta kau. Dengan adik orang lain kau bolehlah buat apa saja. Dengan adik aku tolong jangan.

Kalau kau nak kahwin dua, jumpa aku as a gentleman. Aku wali terdekat. Adik aku bukan sebatang kara kat JB ini. Cakap kat aku berapa duit kau ada, berapa biji rumah kau dah beli untuk bakal bini baru kau.

Yang aku marah bila kau menipu keluarga aku, conteng arang kat muka ahli keluarga aku. Mak aku naik bas dari Kelantan lah sial nak tengok anak bongsu dia bertunang. Menangis mak aku semalam bila tahu cerita sebenar.

Kau sanggup bersekongkol dengan mak kau sendiri mengaku bujang. Mak kau sendiri boleh turut datang ke majlis tanpa segan silu dan rasa bersalah. So aku nak tanya macam mana kau nak tebus balik maruah keluarga aku?

penipuan
Sumber: Kamazuki Junuh

Aku publickan post ini supaya kawan-kawan Honda aku sampaikan kat kau. Aku tahu kau IC merah. Aku tahu nama sebenar kau di IC. Silap besar kau pilih mangsa. Aku cuma kesian tengok bini dan anak kau yang berusia setahun itu.

Aku ada telefon kau tadi dan kau tahu siapa aku. Aku nak tahu apa kau nak buat untuk tebus balik maruah keluarga aku? Nak settle cara macam mana? Panjang ke pendek? Kecil ke besar? Aku On jer. Yang pasti kau kena bayar kos keluarga aku buat majlis sambut rombongan kau dan jangan lupa tiket bas mak aku datang ke JB.

So kepada owner Civic FD2R WXW202 yang aku ada ramai mutual friends kat sini aku tunggu call kau jer ni. Kau memang buat malu budak Honda. Korang yang kenal dia boleh sampaikan. Post ni public.

Berdasarkan perkongsian status Facebook yang terbaru dari Kamazuki, dia mengatakan lelaki berkenaan langsung tidak pernah datang untuk berjumpanya walaupun sudah menyatakan kesudiannya untuk berkahwin dengan adik perempuannya.

Selepas majlis pertunangan itu, isteri Kamazuki ada memberitahu bahawa lelaki terbabit memandu keretanya seperti di Litar Sepang. Bermula dari situlah, Kamazuki yang merupakan peminat dan pecinta Honda telah bertindak membuat siasatan terhadap lelaki berkenaan.

pembohongan
Via The Reporter
kahwin tipu
Via The Reporter

Inilah yang dikatakan dah kahwin mengaku bujang.

Sumber : Kamazuki Junuh

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments