in ,

Syarat Belanja RM20 Baru Dapat Minyak Masak Peket Buat Pelanggan Naik Angin

Syarat Belanja RM20 Baru Dapat Minyak Masak Peket Buat Pelanggan Naik Angin

PETALING JAYA – Sebuah pasar raya terkenal didakwa meletakkan syarat perlu berbelanja RM20 terlebih dahulu sebelum dapat membeli minyak masak peket.

Menerusi satu video yang tular di media sosial hari ini, sebuah pasar raya terkemuka telah meletakkan syarat mengarut bagi pelanggan yang mahu mendapatkan minyak masak.

Menurut video tersebut, seorang pelanggan mendakwa penjaga kaunter pasar raya terbabit telah menyembunyikan minyak masak yang ingin dibelinya.

“Mana ada syarat macam ni, saya tidak kira saya nak beli minyak masak juga. Mana ada kena belanja RM20 dulu baru boleh beli minyak.

” Saya orang Malaysia, saya nak beli juga saya tidak kira, ” jelas perakam video itu.

Rata-rata orang ramai juga turut tidak bersetuju dengan syarat yang diletakkan pasar raya tersebut dan meminta agar pihak berkuasa memantau perkara itu dengan segera.

“Video dah ada, apa lagi tunggu serbu sahaja jenis kedai macam ni. Apa hak dia letak syarat bodoh begitu,” jelas Hizami Mad.

“Boleh pula letak syarat macam tu, habis tu mana hak orang kita, minyak masak peket memang untuk rakyat.

“Cerdik betul tauke pasar raya ni, kerja nak untung saja orang ramai tengah susah ni semua harga benda naik, ” jelas Issey Chiku 2. – KOSMO! ONLINE.

Dalam rakaman tersebut, pelanggan ada sebut nama kedai

BACA : Anak sakit buah pinggang, ibu tunggal hidap tiroid gigih cari duit! Ikat perut ulang alik Pahang-KL asalkan si kecil dapat rawatan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di mediamaklumat

Written by angah k k

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0