in , ,

Tahniah Anak Ustaz Kazim Elias Beri Hadiah Buat Keluarga, Raih ‘Straight A’ SPM.

Tahniah Anak Ustaz Kazim Elias Beri Hadiah Buat Keluarga, Raih ‘Straight A’ SPM.

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 telah diumumkan hari ini (16 Jun) dan sudah pasti pelbagai gelagat dapat dilihat tidak kira daripada pelajar mahu pun ibu bapa.

Tahniah buat anak-anak yang berjaya dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2021! Yang tidak berjaya teruskan usaha, SPM bukan penentu segalanya.

Pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias meluahkan rasa syukur apabila anak yang ke-5 telah memperoleh keputusan cemerlang 9A yang baru diumumkan.

Anak ustaz Kazim dapat straight A

Menerusi hantaran di Instagram penceramah tersebut, telah berkongsi keputusan anak perempuannya, yang memperolehi kesemua A dalam setiap mata pelajaran yang diambil.

“Alhamdulillah.Syukur”

“Tahniah kpd anak ke5”

“Terima kasih kpd cikgu2..”

Tahniah!!

Melihat keputusan cemerlang, rata-rata netizen mengucapkan ucapan tahniah buat anak kepada pendakwah terkenal tersebut, kerana berjaya membanggakan kedua ibu bapanya.

Dengan didikan yang sempurna daripada kedua ibu bapa, sudah pasti dapat membesarkan anak-anak yang berjaya dalam akademik. Tahniah buat Ustaz Kazim Elias!

Sumber: IG Ustaz Kazim Elias

 

Written by angah k k

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0