in

Berdosa dan Dilarang Tajassus Iaitu Mencari Kesilapan Orang Lain

mencari kesalahan orang lain untuk menutupi kesalahan sendiri

Mungkin masih ada yang tidak tahu apakah maksud Tajassus yang terdapat dalam Al-Quran yang sebenarnya amat berdosa serta dilarang oleh Allah SWT.

Dalam Al-Quran jelas melarang perbuatan mengintip untuk mencari maksiat peribadi yang bukannya jenayah awam begitu juga dengan sengaja mencari kesilapan orang lain untuk menutupi kesalahan diri sendiri.

Maksud Tajassus juga telah diterangkan oleh Ustaz Farid Rashidi melalui perkongsian beliau di laman Facebook yang menyatakan kita berdosa dan dilarang Tajassus yakni mencari kesalahan orang, buruk sangka, membenci dan dengki.

Tajassus Mencari Salah Orang Lain

Entah kenapa hatinya tak pernah tenang bila tengok jiran sebelah atau tengok wall FB orang.

Jirannya rajin ke masjid, suka bersedekah pun salah. Dikatanya mahu menunjuk-nunjuk amal. Anak sambung belajar Universiti, kerjaya bagus pun difitnah bukan-bukan.

Beli kereta, rumah baru diumpatnya macam-macam. Padahal tidaklah dia menayang-nayang harta. Bela kambing, lembu, ayam banyak pun salah. Pendek kata ada saja tak kena dimatanya. Ada saja kesalahan yang dicari, diselidiki.

Itu cerita hakikat di alam realiti.

Tak kurang kisah alam media sosial pun begitu juga. Bahkan lagi dahsyat bila jari tak bermata berkata-kata. Semua nak dengki. Berniaga lebih sikit tak puas hati. Bergambar bersama keluarga, ada saja cakap-cakap buruk kat belakang. Jadi stalker geledah wall si dia hanya kerana mahu cari titik kesalahan.

Ya Rabbi… Kenapalah beriya benar sampai macam itu sekali. Tak bahagia dan tenang hati kita andai asyik buruk sangka dan membenci begitu.

Ingat ini kemas-kemas, jika kita orang beriman, berhentilah mencari-cari kesalahan orang (kecuali tajassus hal maksiat, mendatangkan mudharat umum), dengki, berprasangka buruk kerana ia berdosa.

Firman Allah SWT:

mencari salah orang lain

Mari hadam sabdaan Rasulullah SAW ini:

hukum tajassus dalam islam

[Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, hadis no. 6064 dan Muslim hadis no. 2563]

Baca : Hukum Meminta Maaf Tetapi Tidak Memaafkan dan Tak Dimaafkan

Sudah-sudahlah mengintip orang dan dengki tak ketahuan hala. Sedangkan keburukan dan dosa sendiri pun tak tertanggung.

Andai sudah terbuat, bersegeralah bertaubat pada Allah SWT. Minta maaf pada mereka yang disakiti itu. InsyaAllah, Allah SWT Maha Pengampun dan menerima taubat kita.

Bantu saya share pesanan ini ya. Sama-sama kita beringat. Untuk saya dan juga kalian.

Semoga perkongsian tentang maksud tajassus yang diterangkan oleh Ustaz Farid Rashidi ini akan menambahkan pengetahuan kita semua. Jauhilah perkara ini dan jangan mencari kesilapan dan kesalahan orang lain kerana ia berdosa.

Written by Iskandar Ariffin

Facebook dan Google antara perkara pertama yang menjadi teman setiap hari untuk mencari maklumat terkini sama ada dalam dan luar negeri. Kekadang bersukan bila perlu tetapi suka menonton wayang di rumah dan kurang makan waktu pagi tapi malam minum saja.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0