in

Tak cukup dibuang keluarga sebab beragama Islam, peniaga cendol ini pula ditipu RM3k oleh rakan sendiri

Tak cukup dibuang keluarga sebab beragama Islam, peniaga cendol ini pula ditipu RM3k oleh rakan sendiri

Kawan makan kawan, itu yang terjadi kepada seorang peniaga cendol terpaksa berputih mata apabila RM3,000 hilang selepas ditipu oleh rakan kenalannya yang mendakwa mahu membantunya untuk membuka sebuah kedai cendol di Terengganu.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh danish.firds di laman TikToknya, dia telah dihampiri oleh seorang individu ketika sedang bermain sebuah pesawat dron di Ampang, Kuala Lumpur.

Sebaik sahaja Danish selesai menerbangkan dronnya itu, secara tiba-tiba seorang lelaki memakai baju t-shirt biru berseluar putih datang menghampirinya bertanya dari mana dia boleh mencari imam yang berdekatan.

Hairan dengan pertanyaan lelaki itu, Danish memberanikan diri dengan meminta penjelasan kepada lelaki tersebut berkaitan masalah yang dihadapinya dan dari situlah, dia mengetahui kisah sebenar lelaki itu.

Keluarga tak bantu lelaki itu sebab beragama islam

Kasihan terhadap nasib malang yang menimpa lelaki itu, Danish bertindak membantunya dengan menghulurkan wang berjumlah RM50.00 serta memberitahu masjid yang berhampiran supaya lelaki itu dapat berjumpa dengan imam.

Apa yang lebih menyedihkan, lelaki itu mengalami kecederaan di bahagian kaki malah, dia turut memaklumkan bahawa keluarga tidak mahu menerima dirinya disebabkan dia beragama islam.

Malah, dia juga tidak mempunyai hala tuju selepas ditipu oleh rakannya yang telah menghilangkan diri bersama wang berjumlah RM3,000.

Sementara itu, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak terhadap nasib malang yang menimpa diri lelaki itu dan berharap urusan lelaki itu dipermudahkan.

Jom buka tabung untuk pakcik tu

Bukan setakat itu sahaja, ada segelintir netizen yang prihatin mahu membuka tabung bagi menyalurkan bantuan kelapa lelaki malang itu bagi meringankan beban serta masalah yang dihadapinya.

Tak tahu keadaan lelaki itu sekarang

Bagaimanapun, Danish memaklumkan dia tidak tahu keadaan lelaki itu selepas dinggalkannya di kawasan tersebut dan orang ramai boleh mencarinya di sekitar Surau Fatimah Az-Zahra’, Ampang jika mahu memberi apa-apa bantuan.

Sumber: TikTok danish.firds

BACA : Hidup Sebatang Kara, Demi Sesuap Rezeki Atuk Terbongkok Menjual Kacang Hingga Larut Malam, Atuk Tak Balik Jika Belum Habis Terjual

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di mediamaklumat

Written by angah k k

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0