in

Tak Mainlah Bagi Bunga-Bunga Ni Masa Konvo, Bagi BuahDurian Baru ‘Rare’!

Ini baru namanya kawan sejati! Walaupun harganya boleh tahan, tak mainlah bagi jambakan bunga sebagai hadiah konvokesyen.

Kisah graduan Taylor’s University, Mohd Ludwig menjadi sensasi Internet selepas gambarnya memegang sebiji durian sebagai ganti bunga pada hari graduasi tular di media sosial, lapor Sinchew seperti dipetik World of Buzz.

Eleh, tak payah tunjuk muka ‘toya’ la bang, sebenarnya bahagia dapat durian kan? Apapun, Ludwig tak menyangka disebabkan raja buah itu, dia menjadi terkenal sehingga diberi julukan ‘budak durian’.

“Durian ni diberi tiga rakan baik saya. Kami memang hantu durian, kalau boleh hari-hari kami makan durian. Sebab itulah mereka pilih durian sebagai hadiah graduasi saya.

Gambar hiasan

“Walaupun harga sejambak bunga yang dijual pada hari konvokesyen sangat mahal, pada saya durian adalah pilihan bijak sebab ia boleh dimakan kemudiannya,” katanya kepada Sinchew.

Mengenang semula hari graduasinya, Ludwig tak menyangka rakan-rakannya betul-betul menghadiahkannya raja buah itu. Pada awalnya dia ingatkan mereka hanya bergurau sahaja.

Penat jugalah seharian memegang buah yang agak berat itu. Apapun, memang berbaloi kerana dia dapat menikmatinya bersama keluarga.

“Sekelip mata sahaja durian itu habis disantap saya dan keluarga. Durian Udang Merah sememangnya sedap!” katanya.

Disebabkan Ludwig dan rakan-rakannya, beberapa penjual bunga tempatan menjadikannya sebagai inspirasi mereka. Kira jadi trendsetter la ni. Hebat!

Rata-rata netizen terhibur dengan kisah ini dan berharap akan bernasib baik seperti Ludwig.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0