in

Itu Adalah Hak Dia Kalau Tak Nak Percaya Al-Quran

siti kasim

“Itu Adalah Hak Dia Kalau Tak Nak Percaya Al-Quran, Tapi Jangan Buat Orang Lain Sesat Juga.”

Biadab! Peguam dan aktivis Siti Kasim sekali lagi dikatakan buat hal apabila dia telah dianggap menghina Nabi dan Rasul dengan memberi gambaran bahawa Nabi bersifat maksum sebagai pembohong, lapor Harakah Daily.

Tindakannya itu telah mendapat perhatian ramai dan pelbagai reaksi termasuk Dewan Muslimat PAS Kedah yang menyelar keceluparan peguam terbabit.

Tak Nak Percaya Al-Quran

Menurut Datuk Ustazah Siti Ashah Ghazali, kenyataan Siti Kasim itu secara tidak langsung telah mempamerkan kebodohannya serta kejahilan dirinya sendiri. Malah, ia merosakkan aqidahnya sebagai seorang Islam.

“Sirah Nabi Ibrahim yang diperintahkan menyembelih anaknya Nabi Ismail bukan cerita rekaan, malah ia dirakamkan oleh Allah Taala dalam Al-Quran.

“Kalau dia tidak mahu mempercayai Al-Quran, itu dia punya pasal tapi jangan mengeluarkan kenyataan mengheret kesesatan kepada orang lain!” katanya.

Siti Kassim dalam kenyataannya yang ditularkan di media sosial mendakwa mimpi Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail bukan dari Tuhan, sebaliknya bisikan syaitan.

komen netizen
komen netizen

Aktivis itu juga menganggap ibadat korban boleh merosakkan alam sekitar.

“Tanggapan bahawa Allah mahukan kita melakukan perkara tidak bermoral adalah berlawanan dengan keadilan Allah,” katanya.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0