in

Tak Reti Nak Siapkan Baju Sendiri Ke? Mengapa Jatuhkan Maruah Suami Depan Orang Lain?

suami mithali

Sebagai seorang suami, anda wajib tahu dan memahami tanggungjawab ketua keluarga bukan hanya menjadi pemimpin semata-mata tetapi perlu juga menguruskan kerja-kerja rumah yang dipikul isteri demi kebahagiaan rumah tangga yang dibina itu.

Tiada sebarang istilah untuk menjadikan suami sebagai seorang kuli atau orang gaji apabila berada di rumah. Suami juga perlu memainkan peranan penting untuk bersama-sama menguruskan rumah tangga agar lebih teratur dan kemas tiada sebarang masalah nanti.

Apabila kerjasama ada diantara pasangan suami isteri pastinya sesebuah rumah tangga itu akan menjadi lebih baik selain dapat merapatkan hubungan suami isteri dan dari situ juga pasti masing-masing akan memahami erti tanggungjawab yang harus dilaksanakan.

rumah tangga
Rumah tangga lebih bahagia jika suami berkerjasama dengan isteri.

Melalui kes terbaru ini, pakcik berkenaan mungkin telah terbiasa membiarkan isterinya membuat segala kerja di rumah. Walau bagaimanapun, tindakannya dengan menegur pasangan muda tersebut adalah sesuatu perkara yang tidak wajar kerana tidak semua orang akan boleh menerima dengan caranya seperti yang diceritakan dalam Kisah Rumah Tangga.

BACA : Suami Isteri Digalakkan Mandi Bersama, Jangan Malu Kerana Ini Sunnah & Cara Romantis Supaya Hubungan Lebih Erat

[wpshortcodead id=”5a395f6279c94″]

Kisah Rumah Tangga

Salam admin. Saya bukan nak cerita tentang rumah tangga saya tetapi lebih kepada nak meminta pendapat semua yang berada di sini. Memandangkan saya ini pun baru saja setahun jagung berkahwin.

Minggu yang lalu, saya ada pergi ke sebuah kenduri saudara terdekat. Saya duduk di meja sekali dengan satu keluarga ini. Seorang kakak, suami dia, tiga orang anaknya dan ada dua tiga orang pakcik makcik ini.

Semasa tengah makan, tiba-tiba baby kakak itu buang air. Kakak itu minta suami dia ambilkan beg baby dia dalam kereta untuk salin lampin. Sambil itu, kakak itu bertanya sekali dengan suami pakah dia ada bawa baju dia dengan anak-anak yang lain sekali tak?

Tiba-tiba pakcik yang duduk semeja dengan kami itu macam marahkan si ibu. Dia kata:

“Tak reti siapkan baju sendiri ke? Kenapa menjatuhkan maruah suami di depan orang lain dengan bertanyakan hal peribadi seperti itu di depan semua orang?

suami
Suami yang baik adalah suami yang sering membantu isterinya.

“Nanti kami semua ini ingat suami awak itu kuli di rumah. Awak tak patut bercakap seperti itu dengan suami,” katanya.

BACA : Wahai Para Isteri Yang Disayangi, Jangan Sesekali Sebut 9 Ayat Ini Kepada Suami

Pakcik itu berkata lagi, dia bukan nak memalukan kakak itu, tetapi lebih kepada nasihat kerana baginya cara kakak itu salah.

Kakak itu pun dah merah padam mukanya. Tetapi dia dan suami hanya senyum-senyum sahaja, mungkin sebab masih hormat pada orang tua.

Di sini saya ingin bertanya, betul ke bila orang luar tahu yang si suami membantu melakukan kerja-kerja isterinya akan menjatuhkan martabat seorang suami itu? Sebab saya dengar kakak itu bercakap dengan nada lembut saja, bukannya mengarah suaminya.

suami
Suami juga harus membantu isteri untuk buat kerja rumah.

Kita tidak tahu apa yang kakak itu dah buat untuk suami dan anak-anak dia di rumah. Mungkin mereka dah bahagikan tugas masing-masing. Tetapi bila orang lain terdengar kes ‘mengkulikan suami’ pula. Pelik tapi benar.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments