in

Tak sedar keracunan karbon monoksida dalam kereta, ibu panik badan anak tiba2 lembik

Tak sedar keracunan karbon monoksida dalam kereta, ibu panik badan anak tiba2 lembik

Kes berkenaan keracunan gas monoksida sudah beberapa kali terjadi dan ada diantaranya telah meragut nyawa mangsa.

Mana tidaknya, gas yang tidak berwarna itu selalunya berlaku disebabkan kebocoran di bahagian enjin kereta sehingga pemandu atau penumpang mengalami sesak nafas.

BACA : Dikecam koleksi mencecah ribuan Ringgit, CARMELITA pertahankan sebab tersendiri

Terhidu gas karbon monoksida dalam kereta
Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Nur Jalilah Leyla, dia telah berkongsi kejadian yang menimpa anaknya disebabkan terhidu gas monoksida didalam kereta.

Dalam postingnya yang panjang lebar, wanita itu memaklumkan yang tubuh anaknya tiba-tiba sahaja lembik dan mulai tidak sedarkan diri sebelum dia mengejarkannya ke hospital.

Anak2 nampak pucat


Dalam posting itu, pada awalnya dia menyedari bahawa anaknya seakan pucat ketika tidur ketika menghantar gambar tersebut kepada suaminya.

Badan lembik dan tak sedarkan diri
Kemudian anaknya mulai terjaga dan merengek namun tidak membuka mata. Tiba-tiba sahaja tubuhnya mulai lembik dan tidak menunjukan sebarang respon sehingga mereka panik.

Ketika memberhentikan kereta dan mendapatkan bantuan, dua orang anaknya turut tidak sedarkan diri. Mujurlah mereka mulai sedar tak lama selepas walaupun menangis.

Mereka dibantu oleh satu keluarga dan meminta mereka membawa kereta ke hospital dengan segera sambil mengikutinya dari belakang.

Syak ada kebocoran gas di bahagian ekzos
Dari awal pemandu yang mambantu mereka sudah mengesyaki bahawa ada kebocoran gas melihat daripada keadaan anak-anak kepada Jalilah yang tidak sedarkan diri.

Syukur mereka cepat bertindak dan pihak hospital mengesahkan yang kerena mengalami keracunan gas karbon monoksida serta kesemua ahli keluarga dalam pemantauan doktor.

Mujur semua selamat
Jelasnya, kejadian tersebut seperti satu mimpi negeri buat mereka dan reda dengan ujian Allah.

Mujurlah mereka menyedari dari awal apa yang berlaku dan dapat menyelamatkan nyawa masing-masing terutamanya ibu dan bapa mertuanya yang memandu kenderaan.

Pastikan kereta dalam keadaan baik jika mahu mulakan perjalanan
Di akhir perkongsian tersebut, wanita itu telah mengingatkan orang ramai supaya memeriksa dahulu kenderaan sebelum memulakan perjalanan jauh kerana sebarang kejadian tidak diingini boleh berlaku andai kita cuai atau lalai.

Dia juga sempat mengucapkan terima kasih kepada Mr Richard iaitu individu yang membantu mereka ketika dalam situasi panik ini sehingga semuanya mendapat rawatan di hospital.

Sumber: Facebook Nur Jalilah Leyla

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di mediamaklumat

Written by angah k k

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0