Semua orang Islam diwajibkan menunaikan rukun Islam yang kedua iaitu solat lima waktu semenjak dari kecil lagi. Walau bagaimanapun, segelintir daripada kita pasti ada yang masih lagi tidak menunaikannya termasuklah solat Jumaat bagi kaum lelaki.
Lebih menyedihkan, apabila dapat dilihat ada kaum lelaki tanpa segan silu yang masih berlegar di khalayak ramai ketika waktu solat Jumaat sedang dilaksanakan di masjid-masjid berhampiran. Malahan, mereka langsung tidak mengendahkan azan berkemundang dan dengan selamba bersiar-siar di kawasan berkenaan.

Terkini seperti yang dilaporkan Harian Metro, disebabkan itu, Negeri Sembilan telah mengambil satu langkah yang disifatkan sepatutnya dilakukan iaitu kaedah mengurangkan masalah lelaki Islam yang sering ponteng solat Jumaat dan turut mengharapkan supaya tiada lagi mereka yang berani meninggalkan solat yang wajib ini.
Menurut Pegawai Agama Islam Daerah (PAID) Kuala Pilah, Mohd Razalani Mohd Rais, hukuman dengan sebanyak RM1,000 dan penjara enam bulan akan dikenakan kepada lelaki Islam yang tidak menunaikan solat Jumaat tiga kali berturut-turut dengan ketiadaan uzur syarie dan sebab munasabah mengikut Seksyen 113 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan (EJSNS) 1992.

Belia juga turut memaklumkan bahawa pihaknya telah mengeluarkan surat pekeliling kepada 68 masjid pada 4 Januari lalu dengan tujuan untuk memberikan kesedaran berkaitan dengan kesalahan meninggalkan solat Jumaat dengan disengajakan.
BACA JUGA : Inilah 9 Amalan Hari Jumaat Yang Besar Ganjarannya
Tindakan itu telah dikuatkuasakan selepas menerima aduan daripada kariah di Kuala Pilah yang mendakwa adanya beberapa lelaki Islam yang masih berada di luar masjid dan berlegar-legar di kawasan premis perniagaan seerta di tempat awam ketika solat Jumaat berlangsung.

“Ia telah m,encemarkan imej agama Islam sendiri selain mencerminkan sikap kurang ambil peduli mengenai hukum.”
Beliau turut menambah, ini adalah merupakan kali yang pertama pihak mereka keluarkan arahan tersebut kerana ingin memastikan mereka iaiatu golongan yang tidak menunaikan solat Jumaat supaya hadir ke masjid setelah masuk waktu solat.

Menurutnya lagi, mereka juga telah membuat permintaan agar pihak pengurusan masjid di daerah tersebut untuk membuat sebaran, hebahan dan edaran kepada ahli kariah semasa solat Jumaat dan menampal pekeliling di papan kenyataan.
BACA JUGA : 10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Allah. Baca Supaya Ibadah Solat Kita Tidak Sia-Sia!

Solat Jumaat adalah wajib dan jangan sesekali meninggalkannya jika berupaya. Mungkin selepas ini semua negeri lain di Malaysia boleh juga turut sama seperti Negeri Sembilan.
One Comment
Leave a Reply