in

Taktik Licik Seorang Wanita Ajar Anak Kecil Mencuri Akhirnya Kantoi Apabila Dirakam Melalui CCTV

kes kecurian di tesco

Semakin hari semakin banyak kes-kes kecurian yang kita didengari di akhbar dan televisyen. Ini menunjukkan kegiatan ini semakin berleluasa tak kira walau di mana sahaja, malah tidak mengira jantina, tua dan muda. Kadangkala, baik wanita atau lelaki, mereka sudah terbiasa melakukan kecurian seolah-olah tiada rasa takut dan menganggap kegiatan itu sebagai satu kerjaya, mungkin.

Satu kes kecurian yang kini tular di laman Facebook apabila seorang wanita dan juga ibu kepada seorang anak kecil yang mengajar anaknya itu untuk mencuri. Taktik dan trik yang dilakukannya sangat licik, anda pasti seolah tidak percaya jika anda melihat bagaimana wanita tersebut lakukannya.

anak mencuri
Suspek seorang wanita yang membawa anak-anaknya bersama untuk mencuri.

Menurut perkongsian Tuan Asyraf, kejadian itu berlaku pada hari Khamis lalu kira-kira jam 7 petang dan kedainya itu terletak di Tesco Sungai Petani Selatan telah didatangi oleh seorang perempuan bersama dua orang anak kecilnya yang dipercayai telah mencuri telefon bimbit milik syarikatnya.

Wanita terbabit yang dilihat berusia dalam lingkungan 30-an yang dipercayai berasal dari Thailand yang dapat didengari menerusi perbualannya bersama anaknya yang masing-masing kelihatan seperti 8 dan 12 tahun itu.

anak mencuri
Mereka mundar-mandir melihat keadaan sekeliling terlebih dulu.
kes kecurian
Staff langsung tidak mengesyaki wanita itu adalah seorang pencuri

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku seolah-olah seperti telah dirancang oleh mereka sekeluarga apabila setibanya di kedai aksesori telefon itu. Mereka dilihat mundar mandir dalam kedai tersebut sambil kelihatan mata masing-masing memandang ke sana ke mari ke setiap sudut dalam kedai berkenaan.

“Mereka melangkah masuk ke dalam dan mereka berpaling ke arah kaunter banyak kali. Anak-anaknya mundar mandir dari maknya ke kaunter banyak kali.”

Kebiasaannya apabila pembeli datang ke kedai, pekerja atau jurujual pasti akan melayan pelanggannya itu tanpa memikirkan pelanggan itu adalah seorang pencuri. Sewaktu pekerja itu sedang melayan wanita terbabit, anak-anak wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan menuju ke kaunter untuk mencuri telefon bimbit yang terletak di atas kaunter tersebut.

BACA : ‘Sedih, Ingat Senang Ke Nak Cari Duit Tukar Tayar?’ – Wanita Kecewa Pencuri Ganti Tayar Buruk Di Tempat Parkir Hospital

kes curi
Dua anak wanita itu segera ke kaunter selepas ibunya dilayan oleh pekerja kedai.
kes anak mencuri
Bukti anak lelaki wanita itu mencuri telefon di kaunter.
kes kecurian
Kecurian ini dikatakan seolah-olah dirancang mereka sekeluarga.
kes curi
Anak lelaki wanita itu terus keluar dari kaunter selepas mengambil telefon.

[wpshortcodead id=”5a395f6279c94″]

“Staff melayan mesra maknya, anaknya pula buat kerja! Lepas anaknya ambil phone, maknya terus cepat-cepat melangkah keluar. Bagus modus operandi dorang ni!

Selepas kejadian tersebut berlaku, Tuan Asyraf dengan segera memuat naik rakaman yang didapati dari kamera litar tertutup (CCTV) ke laman sosial sebagai bukti dan tujuan untuk menyedarkan orang ramai akan tingkah laku keluarga terbabit. Tetapi tanpa disangka-sangka, ada juga mangsa lain yang turut mengalami kejadian yang hampir sama apabila barangan mereka pernah dicuri wanita terbabit.

kes curi
Bukti seorang lelaki yang telah mengalami nasib yang sama.

Asyraf juga mengharapkan perkongsiannya itu dapat menangkap pencuri dari keluarga berkenaan dengan segera kerana dia tidak mahu perkara yang sama akan berlaku lagi kepada orang lain selagi wanita tersebut dan anak-anaknya tidak ditangkap.

“Saya nak pesan, jika nampak tiga beranak ini di mana-mana, pegang mereka, tangkap mereka dan bawa ke balai polis berdekatan.”

Sebagai seorang wanita dan juga ibu sepatutnya wanita tersebut menunjukkan contoh yang baik terhadap anak-anaknya bukannya mengajar anaknya itu mencuri. Bagaimanakah masa depan anak-anaknya nanti di masa hadapan?

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments