in

Taktik Terbaru Penjenayah Tunjuk Tayar Kereta, Berhenti & Samun

taktik jenayah terbaru

Bermacam teknik dan taktik licik yang digunakan ramai penjenayah masa kini untuk menjalankan kegiatan mereka dengan memerangkap mangsa-mangsa demi mendapatkan keuntungan dan pendapatan yang mudah serta cepat seperti meragut, merompak, samun dan sebagainya.

Menipu orang ramai adalah senjata utama penjenayah dan berbagai taktik yang dilakukan mereka sehingga mangsa tidak langsung mengesyaki bahawa mereka telah ditipu sehingga menyebabkan ramai mangsa mengalami kerugian beribu ringgit di atas perbuatan licik si penipu.

meragut
Kejadian samun dan ragut sering berlaku walau di mana saja.

Walau bagaimanapun, satu taktik jenayah terbaru yang dapat dikesan telah dikongsikan oleh laman Facebook Polis Kedah bagaimana kejadian samun yang berlaku itu menggunakan taktik samun yang sangat licik dan kini semakin berleluasa.

Taktik Jenayah Terbaru Tunjuk, Berhenti dan Samun

Baru-baru ini telah dikesan taktik penjenayah yang cuba melakukan rompakan terhadap pemandu kereta yang sedang memandu di jalan raya.

TAKTIK YANG DIGUNA PAKAI PENJENAYAH SEPERTI BERIKUT:

penjenayah menyamun
Tunjuk pada tayar mangsa, berhentikan motor dan terus menyamun. – Polis Kedah

Menunggang sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki dan menunjukkan tanda isyarat tangan ke arah tayar bahagian kiri atau kanan.

Sekiranya pemandu tidak berhenti pada waktu itu, datang sebuah motosikal lain (kedua) dinaiki dua lelaki menunjukkan perkara yang sama bagi mewujudkan rasa khuatir dalam diri pemandu supaya memberhentikan kenderaan ke bahu jalan.

Apabila pemandu memberhentikan kenderaan, suspek akan turun dari motosikal dan menuju ke bahagian kiri atau kanan tayar dan meminta pemandu melihat kerosakan yang dialami.

Pada masa yang sama, motosikal yang dinaiki dua lelaki yang pertama turut memberhentikan motosikal mereka tidak jauh dari kenderaan mangsa.

Apabila mangsa keluar dari kenderaan atau menurunkan cermin kereta. Suspek dari motosikal pertama akan bertindak melarikan kereta mangsa atau memaksa mangsa untuk keluar dari kenderaan sebelum melarikan kereta.

NASIHAT :

Sekiranya anda berada dalam keadaan yang dinyatakan terus memandu ke balai polis berdekatan atau kawasan yang ramai orang atau berhenti di kawasan ‘safety point’ antaranya 7-Eleven dan stesen minyak 24 jam.

Tidak panik dan kenal pasti nombor kenderaan yang dinaiki suspek seperti (jenis motosikal, warna, nombor pendaftaran, bangsa, pakaian dan jantina).

Memastikan nombor telefon bilik gerakan mana-mana balai polis berdekatan.

Membunyikan hon kereta beberapa kali untuk menarik perhatian penggunakan jalan raya sekiranya berada dalam situasi kecemasan.

Jangan menggadai nyawa sekiranya berlaku pergelutan dengan suspek untuk mempertahankan harta benda. – Facebook Polis Kedah.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling sama ada di tempat awam, di jalan raya atau di mana-mana sahaja. Jangan terlalu mempercayai mereka yang tidak dikenali. Sekurang-kurangnya berjaga-jaga sebelum kejadian samun yang dilakukan oleh penjenayah seperti ini tidak lagi berlaku.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0