in

Takut Anjing Punya Pasal…..Video Kelakar Ni Hampir Mendapat 1 juta Tontonan

Takut Anjing Punya Pasal

Bila sebut sahaja takut anjing, pasti ramai antara kita mempunyai pengalaman atau moment yang tidak boleh dilupakan terutama sekali bila kena kejar anjing.

Bila kena kejar anjing sudah pastilah pada waktu itu kita akan mula merasa cuak dan sanggup melakukan apa sahaja. Terutama sekali waktu kanak-kanak dulu,sudah tentulah kita akan takut anjing.

Takut Anjing

Sanggup Terjun Ke Dalam Kereta Kerana Takut Anjing Dan Nak Selamatkan Diri

Mana tidaknya, anjing merupakan salah satu haiwan yang agak garang dan agak berbahaya kerana anjing biasanya akan mengejar dan akan menggigit sesiapa sahaja terutama sekali anjing liar. Justeru itu, tidak hairanlah jika sebelum ini banyak kes rider atau indivodu yang dikejar anjing dan ada juga yang telah digigit anjing.

Disebabkan itulah, setiap kali terserempak dengan anjing, ada yang mengambil langkah berjaga-jaga dan ada juga yang melarikan diri apabila dikejar anjing sampai ada yang sanggup meninggal barangan mereka seperti basikal dan sebagainya asalakan dapat menyelamatkan diri dari di gigit anjing.

Kalau sebelum-sebelum ini kita lihat abang-abang di kejar anjing atau di salak anjing tetapi berbeza pula perkongsian -ada kali ini.  Perkongsian kali ini adalah satu video dari tiktok jekpott_outlet mengenai seorang kanak-kanak yang takut anjing dan berusaha.menyelamatkan diri dengan masuk ke dalam kereta orang menggunakan tingkap.

Baca Juga: Pengorbanan Ayah Menjual Nasi Beriani RM 10 Sambil Bawa Anak Kecil Membuatkan Netizen Kagum

Takut Anjing

Basikal Awak Amik Dulu

Kalau kita terserempak dengan anjing pun takut begitu jugalah dengan adik di dalam video tiktok ini yang ketakutan kerana di kejar oleh anjing sehinggakan dia tertinggal basikalnya dan berlari masuk ke dalam sebuah kereta melalui tingkap pemandu sehinggakan pemandu kenderaan tersebut minta untuk mengambil basikalnya dahulu.

Cuak Punya Pasal Terus Masuk Ikut Tingkap

Momen paling kelakar apabila kanak-kanak tersebut sempat terjun ke dalam kereta tersebut melalui tingkap di sebelah pemandu.sehinggakan membuat pemandu kereta tersebut tercengang. Dalam pada masa yang sama pemandu kenderaan tersebut sempat menyakat kanak-kanak tersebut.

Apa Kata Netizen??

Menjengah ke ruangan komen tiktok tersebut, rata-rata netizen lucu dan geli hati dengan video tersebut.

Takut Anjing Punya Pasal

Tak sekarang ni, aku pening driver tu duduk kat seat mana sebenarnya? 😂

Takut Anjing Punya Pasal

20 Years later : Saya jatuh cinta pada dia ketika dia menyelamatkan saya dari anjing.

Ada Yang Teringat Moment Kena Kerja Dengan Haiwan Lain

Selain dari takut anjing, ada juga para netizen yang berkongsi kenangan lucu suatu ketika dahulu di mana mereka juga pernah dikejar oleh haiwan lain selain dari anjing.

Takut Anjing

aq ngn arwah member prnah joging masuk kampung org pstu terserempak dgn lembu then kna kjar pastu aq pgi pnjat pagar rumah org tgu lembu tu bla

pastu kitaorang bru perasan family rumah tu tgh santai minum petang.. dorang siap ckp lg “heyy nak rompak ke” 😂😂😂

 

Ada juga yang berkongsi pengalaman lucu pernah dikejar anjing suatu ketika dahulu

😂😂😂😂😂 Dia takut, sy pun penah tp saya panjat pagar rumah org😅 kelakar teringat nasib aunty india tu tolong halau anjing tu😂

 

Walaupun ia nampak kelakar tetapi kita perlu berhati-hati dalam apa jua keadaan terutama sekali ketia hendak bersiar-siar di luar rumah. Ini kerana, apa jua kemungkinan yang boleh berlaku. Kepada yang mempunyai anjing jagalah anjing elok-elok supaya tidak memberikan ancaman bahaya kepada orang lain terutama sekali kepada merka yang takut anjing.

Written by yusuf

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0