in

Kalau Bukan Ajal, Tiga Mangsa Nyaris Maut Tanah Runtuh Di Jalan Utama Jemaluang-Mersing

Tanah runtuh

Kebelakangan ini cuaca di Malaysia kelihatan agak sejuk dek kerana hujan yang turun hampir setiap hari yang menyebabkan berlakunya bencana alam seperti tanah runtuh, jalan licin dan sebagainya serta keadaan ini pasti menganggu pergerakan dan aktiviti harian orang ramai.

Ketika kita semua tidur nyenyak dan sedang bermimpi, rasa sejuk seperti di luar negara pada waktu malam akhir-akhir ini, satu kejadian tanah runtuh yang mendap di jalan raya telah berlaku dan hampir turut meragut tiga nyawa yang ketika itu melalui jalan tersebut.

mendapan tanah
© Malay Mail
Jalan rosak
© Facebook

Memetik laporan World of Buzz, kejadian yang menakutkan itu berlaku di laluan utama Jemaluang-Mersing yang dilaporkan hampir meragut nyawa tiga mangsa. Menurut Sinar Harian, kejadian tersebut telah berlaku pada awal pagi tadi di jalan yang berdekatan dengan Institut Latiahn Perindustrian (ILP) Mersing yang kini terpaksa ditutup atas sebab keselamatan sera sedang dalam proses pembaikan.

mendap
© Facebook
tanah runtuh
© Facebook

Mangsa kejadian tersebut yang dikenali sebagai Swee Ah peng, 60, pada ketika itu bersama dua penumpang yang lain menggunakan jalan berkenaan dan merasa terkejut dengan keadaan tanah mendap di situ secara tiba-tiba yang berkeluasan 70 meter dan kedalaman 15 meter sekaligus telah menyebabkan kenderaan yang mereka naiki itu terjatuh ke dalam gaung tanah yang mendap tersebut.

Mereka bernasib baik kerana ketiga-tiga mangsa dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan serta dalam keadaan stabil selepas bencana tersebut. Walau bagaimanapun, hanya Swee sahaja yang dikejarkan ke hospital dan dua lagi mangsa meneruskan perjalanan mereka untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Jalan mendap
© Malay Mail

Menurut Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, mereka telah mendapat panggilan kecemasan dari orang awam pada jam 2.30 pagi dan menyatakan yang kejadian tanah runtuh telah berlaku di kawasan berkenaan.

BACA JUGA : Kuala Lumpur, Petaling Jaya, & Johor Bahru Dikatakan Antara Bandaraya Yang Paling Memberhaya Di Dunia?

“Mangsa kejadian tersebut bersama penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius dan Swee telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.”

© Sinar Harian

Sementara itu, laluan berkenaan kini telah ditutup kerana tidak lagi selamat untuk dilalui oleh mana-mana kenderaan berat atau pun ringan dan dikhuatiri kejadian yang sama mungkin akan berlaku lagi. Disebabkan itu, pengguna boleh menggunakan jalan alternatif yang lain melalui jalan Nitar-Jemaluang untuk ke Johor Bahru atau pun Mersing.

tanah mendap
© Facebook
tanah runtuh
© Facebook

Laporan terkini, pihak JKR Mersing telah pun mengeluarrkan kenyataan bahawa kerja-kerja pemasangan tanda amaran telah pun dilaksanakan di temapt kejadian untuk mengelakkan pengguna jalan raya daripada melalui jalan tersebut yang disifatkan amat memberhaya kepada orang ramai dengan mendapan tanah yang berlaku.

Orang ramai yang sering menggunakan jalan tersebut dinasihatkan sentiasa memandu dengan selamat serta perlu menggunakan jalan alternatif dan sentiasa berhati-hati dengan keadaan semasa.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments