in

Tanda-Tanda Awal Gearbox Kereta Anda Mengalami Kerosakan & Cara Mudah Untuk Memperbaiki, Jangan Ambil Mudah!

Gearbox? Apabila ditanya kepada ramai wanita tentang ini, mungkin ramai yang pastinya mulut ternganga dan tidak tahu apakah sebenarnya gearbox. Bukannya tidak mahu mengambil tahu tentang kereta tetapi ianya agak sukar dan rumit untuk dikenalpasti. Jadi, memandu dan mengisi minyak sahaja yang mungkin mereka tahu untuk menggunakan kereta.

Segelintir orang ramai yang berpendapat bahawa sekiranya kerosakkan kereta yang membabitkan gearbox pastinya akan berhabis duit. Walau bagaimanapun, jika gear terkawal dan bertukar dengan sendirinya, itu tandanya gearbox anda mempunyai masalah yang besar. Perkara ini berlaku bukan hanya untuk kereta yang mempunyai gear auto sahaja, malah ianya juga boleh berlaku kepada kereta manual.

Jika anda seorang pemilik kereta, sila ambil perhatian tentang ini yang ingin kami kongsikan agar perkara yang tidak baik akan berlaku kepada kita semua di masa depan.

Jangan ambil mudah dengan gear auto anda, hakikatnya ramai dari kita yang tidak tahu seperti berikutnya;

•Gear auto perlu kena service?
•Setiap berpa kilomiter perlu service?
•Auto gear filter perlu kena tukar atau tidak?

Sekiranya tak maintain servis kereta, anda berkemungkinan berdepan dengan kos yang mahal untuk baik pulih semula sistem gear auto anda. Jom baca langkah-langkah awal untuk mencegah dan membaiki sistem gear auto anda.

Tanda-Tanda Awal Gearbox Kereta Rosak & Cara Senang Untuk Baiki

Untuk langkah keselamatan, kereta haruslah diselenggara dengan baik. Jangan ambil mudah, pandai guna, pandai jaga. Nak tahu apa tanda-tanda awal gearbox kereta anda bermasalah? Sesiapa yang bawa kereta auto, ini merupakan tanda-tanda awal:

1) Gear susah masuk (biasanya untuk gear manual)

2) Pada awal transmisi untuk auto terdapat sentakan yang agak kuat (contoh dari N ke D atau dari P ke D)

3) Terdapat ‘freeplay’ (ruang pertukaran gear) yang agak lama samada dari 1 ke 2,2 ke 3 dan 3 ke 4.

4) Kereta berbunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku.

5) RPM yang jadi tinggi tidak kembali asal setelah gear auto bertukar.

6) Berbunyi hentakan seperti ‘DUK’ setiap kali gear auto bertukar.

7) Gear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter.

Kesemua tanda ini merupakan tanda-tanda awal, sekiranya anda biarkan dan tidak ambil tindakan, kerosakan akan lebih teruk dan kos untuk membaiki sangat tinggi. Nak tahu cara nak baiki dengan senang dan kos yang rendah?

Bersihkan Ruang Auto Filter & Tukar Auto Filter

1) Tukar minyak auto (menggunakan ATF machine)

2) Tukar mounting gearbox

3) Tukar pin pada panel gear

4) Tukar kedua-dua oil seal gearbox

Untuk pengguna kereta manual, anda hanya perlu tukar minyak gear, mounting dan kabel gear.

Sumber: JN Automobile Service

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments