in

8 Tanda-Tanda Awal Kanser Payudara, Tapi Masih Lagi Ada Wanita Tak Ambil Peduli & Abaikan Puncanya

Kanser payudara

Kanser payudara adalah merupakan penyebab yang utama kematian pesakit kanser di kalangan para wanita di Malaysia. Sebenarnya, penyakit kanser boleh dirawat sekiranya wanita tersebut dapat menyedari dan mengesan antara tanda-tanda penyakit itu dengan lebih awal lagi.

Kanser payudara
Dua perbezaan gambar X -Ray yang menunjukkan kanser payudara.

Adalah sesuatu yang teramat penting bagi seorang wanita untuk membuat pemeriksaan sendiri ke atas payudara pada setiap bulan. Lebih-lebih lagi wanita yang berusia 20 tahun ke atas. Ini kerana pemeriksaan yang dilakukan secara berkala akan dapat mengesan kejadian punca kanser payudara pada peringkat awal serta turut memudahkan rawatan ke atas penyakit ini dengan lebih berkesan.

Terdapat berbagai cara untuk mengesan penyakit barah payudara ini dan sekiranya dapat dikesan serta dirujuk kepada pakar pasti anda akan tahu tahap penyakit ini dan mampu merawatnya dengan segera. Malahan, dengan rawatan awal juga mungkin dapat menyelamatkan dari penyakit ini terus merebak.

Tanda-Tanda Awal Kanser Payudara

1. Ketulan Di Sekitar Payudara

Kanser payudara ketulan di ketiak

Tanda paling awal ketika kanser payudara merebak adalah terdapat ketulan disekitar payudara. Tapi perlu anda tahu ada sesetengah wanita yang memang mempunyai ketulan dan boleh jadi itu bukan kanser. Walau bagaimanapun, sekiranya anda menyedari terdapat ketulan seperti itu di payudara, anda disarankan segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Pasti ada cara untuk menghilangkan benjolan di ketiak kiri atau kanan itu jika ianya bukan kanser.

a. Tanda Mungkin BUKAN Kanser

  • Ketulan akan hilang selepas haid
  • Ketulan lembut
  • Ada beberapa ketulan di payudara
  • Terdapat ketulan di payudara sebelahnya

b. Tanda Mungkin Kanser

  • Ketulan terasa keras pada payudara atau bawah ketiak
  • Ketulan hanya ada satu
  • Kulit payudara mengecut
  • Keluar cecair lelehan dari ketulan tersebut
  • Tidak ada ketulan di payudara sebelahnya

2. Cecair Keluar dari Payudara

Sebab payudara mengeluarkan darah

a. Cecair Jernih

Biasanya cecair ini tidak mempunyai warna atau jernih dan boleh agak kental, kenapa? Maksudnya, itulah tanda awal kanser payudara dan ia masih lagi boleh diubati dengan cepat.

b. Cecair Bercampur Darah

Apabila payudara anda mengeluarkan cecair berwarna merah seperti darah atau boleh juga berwarna coklat, apakah sebab keluar cecair ini dari payudara? Ini bermakna kanser sudah dalam tahap berbahaya yang mungkin seterusnya akan berada di tahap 3 atau tahap 4, segeralah bertemu doktor untuk mendapatkan rawatan.

3. Warna Kulit Payudara Menjadi Merah

Kanser payudara

Ada perbezaan dari segi warna kulit payudara seperti kelihatan merah atau gelap di salah satu sisinya.Tanda ini mempunyai tanda khas iaitu bila disentuh akan terasa hangat namun pada berdekatan yang disentuh saja. selain itu boleh juga terdapat bengkak di bahagian yang berwarna merah tadi.

4. Terasa Gatal Pada Puting Susu

Puting kanser payudara

Antara faktor lain yang dapat dijadikan sebagai tanda kanser payudara adalah seperti terasa gatal pada bahagian puting. Selain itu kulit di sekitar payudara juga akan mengelupas dan ini sangat sakit. Pada tahap ini sebaiknya segera mendapatkan rawatan kerana kulit adalah bahagian yang sangat peka lebih-lebih lagi bila ia terjadi pada bahagian payudara.

5. Saiz Payudara Menjadi Besar atau Kecil Tanpa Sebab

Rawatan kanser payudara

Biasanya bentuk payudara memang akan mengalami perubahan saiz bila anda masih dalam masa remaja ke arah dewasa. Tapi bila perubahan saiz pada satu bahagian payudara berlaku secara tiba-tiba tanpa sebab boleh jadi itu adalah tanda punca awal kanser.

BACA JUGA : Hentikan Sel Kanser Payudara Wanita Dengan Mengamalkan Buah-buahan Yang Ajaib Ini

Selain itu, salah satu bahagian payudara mengalami perubahan saiz dan bentuk dari yang dahulu agak tegang kemudian menjadi kendur ke bawah.

6. Terasa Sakit di Bahagian Payudara dan Tidak Hilang

Cara untuk mengesan punca kanser payudara

Bila anda sedang masa haid atau hamil payudara memang biasanya akan terasa sakit dan beberapa waktu kemudian rasa sakit tersebut pasti akan hilang. Sebaiknya anda tengok pada bahagian yang sakit tersebut. Bila rasa sakit tidak hilang dan saiz payudara anda terus membesar boleh jadi adalah tanda kanser payudara, jadi apa yang harus anda lakukan?

  • Elakkan penggunaan minyak pereda sakit
  • Jangan disentuh-sentuh dengan kuat
  • Segera dapatkan nasihat pada doktor

7. Puting Masuk Ke Bahagian Dalam

Puting payudara masuk kedalam dari kecil

Apabila merasakan keadaan yang sangat tidak wajar seperti puting masuk ke bahagian dalam haruslah berhati-hati. Secara normal puting akan menonjol keluar pada payudara semua wanita dan jika ini terjadi adalah lebih baik segera merujuk kepada doktor atau pakar.

8. Terjadi Kerutan di Sekitar Bahagian Payudara

Kenapa payudara berkedut

Setiap wanita yang semakin berumur pasti akan mempunyai kedutan di semua bahagian kulit termasuk payudara. Tapi bila anda masih muda namun memiliki kerutan pada payudara, anda harus berwaspada. Biasanya kedutan ini akan terasa amat kasar pada bahagian tertentu sahaja dan juga berwarna sedikit hitam.

Jika anda menghadapi dari satu atau semua tanda kanser payudara di atas, cara yang paling betul adalah dengan segera berjumpa dengan doktor agar cepat mendapatkan rawatan yang betul selain dapat mengesan puncanya dengan lebih awal sebelum menjadi dengan lebih teruk lagi.

Sebenarnya, terdapat berbagai petua dan cara untuk merawat kanser payudara sama ada secara tradisional atau rawatan alternatif dan rawatan tanpa sebarang pembedahan. Tetapi, harus diingat, jangan sesekali lupakan rawatan moden iaitu pergi ke hospital kerana doktor dan pakar sememangnya lebih tahu untuk merawat penyakit ini.

BACA JUGA : 5 Jenis Makanan Orang Perempuan Kena Amalkan Untuk Elak Kanser Payudara

Kanser biasanya memakan masa 15 – 20 tahun untuk terjadi tapi ada juga yang terjadi dalam masa yang kurang daripada itu. Cara paling mudah untuk mengetahui kanser adalah dengan Blood Test untuk Cancer Marker.

Sayangi diri, tolong sampaikan maklumat ini pada wanita yang disayangi. Semoga bermanfaat dan membantu semua wanita di luar sana yang mungkin masih belum tahu tentang tanda-tanda kanser payudara. – MW

Apakah penawar kanser payudara yang paling mujarab? Jika anda mempunyai maklumat tentang rawatan terbaik untuk hilangkan atau merawat dengan berkesan, anda digalakkan berkongsi dengan semua orang agar dapat menghilangkan penyakit yang amat digeruni ini.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.