in

Tanda-tanda Bersalin Awal Semakin Hampir Bukan ‘False Alarm’

tanda-tanda bersalin awal semakin hampir

Pasti ramai wanita yang mengandung ingin tahu tanda-tanda bersalin selepas hamil setelah sekian lama. Ada yang masih tidak tahu apakah tanda bersalin awal dan lambat terutamanya ibu yang pertama kali merasai pengalaman ini selepas berkahwin.

Setiap wanita seharusnya tidak mengambil mudah tentang tanda-tanda bersalin yang bakal mereka rasai nanti. Oleh kerana sikap yang tidak prihatin tentang tanda bersalin mungkin akan menyebabkan si ibu mengalami masalah serius seperti rahim prolaps atau rahim jatuh.

tanda nak bersalin 38 minggu
Ibu mengandung pasti tidak sabar menunggu kelahiran cahaya mata mereka.

Biasanya waktu kehamilan yang mencapai usia untuk bersalain adalah 38 hingga 42 minggu dan due date seperti yang diramalkan para doktor pula jarang sekali tepat pada waktunya. Pasti ramai ibu muda yang ingin tahu tanda nak bersalin supaya mudah untuk mereka membuat persediaan sebelum melahirkan anak sama ada di rumah atau hospital.

Oleh itu disarankan setiap wanita yang hamil mengambil tahu tentang tanda-tanda nak bersalin atau memahami tentang tanda hampir bersalin bukannya sekadar false alarm seperti yang dikongsikan oleh Nurul Diyana Kamaludin ini bagi memudahkan anda untuk elakkan sebarang masalah yang tidak diingini.

Berikutnya dikongsikan tanda-tanda nak bersalin awal dan tanda-tanda bersalin yang semakin hampir pada waktunya untuk melahirkan bayi yang selama ini dinantikan.

Tanda-tanda Bersalin Awal Makin Hampir Bukan False Alarm

cara nak tahu nak bersalin
Tanda-tanda nak bersalin akan ada biasanya pada usia 38 minggu ke atas.

TANDA AWAL BERSALIN YANG AKAN DIRASAI

Berikut adalah beberapa tanda bersalin awal sebagai persiapan ibu mengandung dan bakal ayah.

1. Rasa Seperti Kandungan ‘Jatuh’

Sejak-sejak ini rasa seperti bayi ke bawah sedikit daripada posisi biasa. Perkara ini biasa berlaku pada hujung waktu kehamilan. Perkara ini boleh berlaku antara 2 ke 4 minggu sebelum kelahiran. Hal ini berlaku kerana kepala bayi yang semakin jatuh ke pelvis.

Anda juga akan rasa tidak selesa pada bahagian ari-ari dan rasa lebih kerap ingin membuang air akibat posisi bayi yang semakin jatuh.

2. Lebih Kerap Sakit Belakang dan Kekejangan

Ibu mengandung yang sudah mencapai trimester ketiga lebih mudah berasa sakit belakang terutamanya di bahagian pinggang. Pada waktu ini, ibu mengadung juga lebih mudah berasa kejang pada bahagian rahim seakan kontraksi. Namun begitu, kekejangan ini berkala dan sakit tahap sederhana.

Kekejangan ini tidak sama dengan kontraksi saat hampir melahirkan yang jauh lebih sakit dan berlaku lebih lama.

3. Sendi Terasa Longgar

Semakin kita menghampiri saat untuk bersalin, badan akan merembeskan hormon ‘relaxin’ yang bertindak untuk menenangkan ligamen dan seterusnya membuatkan semua sendi berasa lebih longgar daripada biasa.

Tindakbalas ini berlaku kerana persediaan badan untuk memberi ruang pada bayi untuk keluar daripada rahim dengan melonggarkan sendi pada pelvis.

4. Kerap Buang Air Besar

Hormon yang dirembeskan untuk membantu kelahiran turut memberi kesan kepada pergerakan sistem perkumuhan. Hasilnya, kita lebih kerap ke tandas dan boleh mencapai tahap cirit-birit.

Semasa hendak bersalin juga kita akan rasa ingin membuang. Elakkan perkara ini dengan minum lebih air.

5. Berat Badan Menurun

Dengan segala persiapan untuk bersalin dan kekerapan ke tandas,berat badan mungkin turun sedikit atau anda mula berhenti naik berat badan. Berat badan juga boleh turun kerana perubahan hormon pada badan.

Hal ini tidak perlu dirisaukan kerana walaupun anda sudah kekurangan sedikit berat badan, bayi yang dikandungkan tidak akan terkesan atau kekurangan berat.

TANDA BERSALIN YANG SEMAKIN HAMPIR

Berikut pula adalah beberapa tanda bersalin yang lebih serius dan menandakan anda perlu ke hospital dengan segera.

1. Keluar Lendir dari Alat Sulit

Beberapa minggu sebelum melahirkan anak, kita akan perasan yang lendir lebih kerap keluar berbanding biasa. Lendir pekat yang keluar berwarna merah jambu atau coklat berserta darah adalah cecair yang menutup permukaan laluan keluarnya bayi.

Apabila cecair ini keluar, itu tandanya waktu kelahiran hampir tiba.

2. Rasa Cramp Yang Semakin Kuat dan Kerap

Tanda ini adalah yang paling ketara menandakan kita semakin hampir untuk melahirkan. Kekejangan ini tidak boleh dihapuskan dengan mengubah posisi atau mengurut. Kekejangan ini juga bersifat lebih kerap dan lama serta lebih sakit. Kekejangan ini jauh lebih perit daripada kekejangan ‘Braxton Hicks’ yang dialami pada trimester ketiga.

Kesakitan ini bermula pada pinggang dan mula merebak ke bahagian bawah abdomen dan ke kaki. Pada mulanya kekejangan ini berlaku selang beberapa minit dan masih boleh tahan lagi.

Lama kelamaan, kontraksi ini mencapai satu corak yang tetap iaitu kontraksi dalam setiap lima minit dan setiap kontraksi berlarutan sehingga seminit. Keadaan ini sangat memeritkan, tetapi adalah petanda baik yang kita akan berjumpa cahaya mata kita tidak lama lagi.

3. Badan Menggigil

Semakin hampir tempoh melahirkan, badan akan mula menggigil walaupun tidak sejuk. Perkara ini juga boleh berlaku semasa melahirkan anak. Tidak perlu risau kerana hal ini ialah cara badan melepaskan tekanan. Perkara ini mungkin juga boleh terjadi kerana terlalu gementar.

Tarik nafas dalam-dalam dan lakukan aktiviti menenangkan seperti urutan lembut.

4. Air Ketuban Mula Keluar

Air ketuban yang melindungi kandungan mula keluar tidak akan keluar banyak secara ‘dramatik’ seperti apa yang kita tonton di televisyen. Malah, ia akan keluar seperti bocoran sahaja.

Sementara sampai ke hospital, pakai tuala wanita untuk menahan bocoran. Tetapi, jika air ketuban keluar banyak, segera ke hospital kerana waktu beranak sudah sangat hampir.

5. Serviks Mula Terbuka

Sebagai persediaan untuk menyambut bayi, badan akan bertindakbalas dengan membuka laluan bayi. Dinding serviks akan mula menipis dan terbuka sedikit. Doktor akan membuat pemeriksaan pembukaan serviks sebagai langkah berjaga-jaga.

Namun begitu, serviks tidak akan terbuka serta merta melainkan waktu kelahiran sudah begitu dekat.

Semoga perkongsian tanda-tanda bersalin yang dikongsikan oleh Puan Nurul Diyana Kamaludin ini akan membantu semua ibu-ibu yang bakal melahirkan anak mereka dengan mudah disamping membuat persiapan awal berdasarkan perkongsian tanda-tanda nak bersalin ini.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments