in

Tanda-Tanda Kucing Peliharaan Anda Akan Mati (No 9 Yang Biasa Akan Terjadi)

tanda-tanda kucing akan mati

Kucing comel adalah binatang yang sangat disukai ramai orang sehingga ada yang sanggup memelihara dengan bilangan yang sangat banyak di rumah. Binatang yang sangat comel ini juga amat jinak dan suka dibelai dengan manja oleh manusia. Anak kucing peliharaan atau yang besar bagi sesetengah orang tidaklah sukar kerana cara penjagaan binatang ini sangat mudah dan ia bukannya binatang liar dan menganggu manusia.

Walau bagaimanapun, ketika kucing sakit dan tidak aktif seperti biasa, ia menjadi satu masalah besar kepada pemilik kucing sehingga tidak tahu apa yang harus dilakukan dan akhirnya mengambil keputusan untuk membawa kucing peliharaan kesayangan itu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

Selepas bertemu doktor haiwan, anda perlu meminta nasihat dari veterinar berkenaan tentang bagaimana cara merawat kucing yang sakit di rumah serta cara menjaga anak kucing dan sebagainya. Pencinta kucing juga wajib mengambil tahu secara menyeluruh tentang cara penjagaan anak kucing peliharaan supaya kucing dapat dipelihara dengan lebih baik.

Gambar kucing comel dan gebu
Kucing peliharaan biasa akan lebih bersih dan terurus kerana dijaga rapi.

Lebih menyedihkan apabila kucing peliharaan yang dijaga sejak kecil itu mati secara tiba-tiba tanpa kita tahu apakah punca yang menyebabkan ia meninggal dunia. Sebenarnya, kita boleh tahu atau dapat melihat ciri-ciri kucing yang sedang sakit atau tanda-tanda yang akan menyebabkan dia mati. Jadi, kita masih dapat menyelamatkan nyawa kucing sebelum ia mati iaitu dengan cara mengubati dengan melihat tanda-tanda kucing akan mati seperti tips yang berikutnya.

Tanda-Tanda Kucing Peliharaan Akan Mati

1. Kucing Menjadi Lemah

Penjagaan kucing peliharaan lebih mudah dan senang
Kucing oren ini kelihatan sedang tidur dengan nyenyak.

Seekor kucing yang akan mati biasanya akan baring dan tidur sehari suntuk. Ia kelihatan seperti malas untuk menggerakkan badan dan akhirnya tubuh akan mengeras dan kaku.

2. Kucing Akan Diam (Tidak Bersuara)

Apabila kucing kerap tidur dan tidak aktif pasti ada sesuatu yang tidak kena dengannya.

Kucing yang sakit biasanya kehilangan tenaga dan lemah, begitu juga dengan suaranya. Menurut pakar ada juga kucing yang mengeluarkan suara sebelum mati, ia mungkin disebabkan rasa sakit yang dirasainya.

3. Suhu Badan & Denyut Jantung Menurun

Kucing bulu lebat
Kucing comel ini sedang sakit?

Untuk makluman, kebanyakkan kucing mempunyai kadar suhu 36 darjah dan ia akan terus menurun apabila ia hampir dengan kematian, denyutan jantungnya pun juga akan semakin lemah. Denyutan jantung kucing jua akan berdenyut secara tidak teratur sebelum ia meninggal dunia.

4. Perubahan Pada Perwatakan

Kucing garang dan cute
Kucing juga akan menjadi pemarah kerana sebab-sebab tertentu.

Kebanyakan kucing tidak suka dipegang dan dibelai, ia juga akan jadi pemarah atau pun murung. Menurut pencinta kucing, ada juga sesetengah kes kucing yang bersifat independent atau sering keluar rumah, pada saat kematian mereka akan berada di rumah untuk mendapatkan perhatian tuannya sebelum mati.

5. Kucing Akan Bersembunyi

Adakah ini kucing kampung
Anak kucing yang sangat comel ini sedang bersembunyi dari tuannya.

Kucing yang sudah tahu yang mereka akan mati mula mencari tempat yang tenang dan gelap. Ada sesetengah kucing yang akan mati juga akan bersembunyi dari tuannya ia seolah-olah tidak mahu tuannya melihat dia mati.

6. Perubahan Pada Selera Makan

Kucing Malaysia tercantik di dunia
Banyak sebab mengapa kucing hilang selera makan secara tiba-tiba.

Makanan kegemarannya yang di sukai tidak lagi disentuh. Seolah-olah kucing itu tidak lalu makan atau sedang berpuasa. Sekiranya berlaku seperti ini, sebaiknya anda bawa ke veterinar iaitu doktor haiwan untuk diperiksa. Mungkin juga ada sebab tertentu atau masalah lain mengapa ia tak mahu makan seperti biasa.

7. Perubahan Penampilan

kucing yg comel dan berbulu lebat
Biasanya kucing akan menjilat bulu di badannya untuk membersihkan diri.

Kucing akan kelihatan tidak terurus dan lemah dari kebiasaannya. Sekiranya ia berlaku pada kucing anda, segeralah bawa ke klinik haiwan untuk pemeriksaan lanjut.

8. Nafas Tidak Teratur

nama kucing ini Molly
Masalah pernafasan juga boleh berlaku pada kucing jika mengalami selsema.

Pernafasannya menjadi tidak teratur dan boleh didengari. Kucing akan keluarkan lidahnya dan mulut terbuka seolah-olah ia sukar untuk bernafas.

9. Hilang Tanpa Dikesan

kucing hitam yang cantik dan comel di dunia
Apabila kucing sakit, ia suka bersembunyi dan memencilkan dirinya.

Ada juga sesetengah kucing yang pergi dan hilang atau melarikan diri tanpa meninggalkan sebarang jejak. Mungkin ia faham dan tidak mahu tuannya sedih apabila melihat ia mati.

10. Masalah Pencernaan Makanan

dua ekor anak kucing peliharaan sedang makan
Hanya seekor kucing yang sedang makan dan seekor lagi seperti tidak mahu makan.

Selain hilang nafsu makan, seekor kucing yang akan mati juga dikatakan payah untuk mengunyah makanan atau mengalami masalah pencernaan makanan. Ini kerana apabila ia semakin lemah ia tidak lagi mampu untuk mencerna makanan seperti biasa. Jadi, anda harus memberikan makanan yang mudah dicerna agar mudah ia memakannya.

Sebenarnya, masih banyak lagi tanda kucing akan mati yang boleh didapati, namun ciri-ciri di atas adalah antara tanda yang sering berlaku terhadap anak kucing atau kucing dewasa. Walau bagaimanapun, anda disarankan dengan segera mencara cara mengatasi atau mengubati kucing anda apabila anda dapat mengesan simptom atau gejala yang menandakan kucing tidak sihat seperti selsema, sakit mata, demam dan sebagainya.

Koleksi Gambar Anak Kucing Comel

Berikutnya turut dikongsikan beberapa gambar anak kucing comel dan cute untuk tatapan anda yang menyukai dan meminati kucing. Mungkin bagi sesetengah orang apabila melihat kucing serta dapat membelainya, semua masalah yang ada dalam kepala pasti akan hilang serta-merta untuk sementara.

Sekiranya, anda salah seorang darinya, lihatlah gambar-gambar anak kucing comel yang dikongsikan, mungkin stress atau tekanan yang dihadapi juga akan hilang. Jenis-jenis kucing yang terdapat dalam gambar berikut adalah jenis kucing siam berwarna putih, kucing bengal, kucing parsi dan kucing yang terdapat di Malaysia.

gambar anak kucing parsi kelabu
Kucing parsi yang berwarna kelabu seperti ini juga sangat comel.
kucing siam comel putih
Kucing siam juga amat diminati ramai pencinta kucing di Malaysia.
gambar kucing paling comel
Mungkin ini antara anak kucing yang paling comel di dunia.
anak kucing bengal
Kucing bengal atau Bengal cat dikatakan dijual dengan harga yang tinggi di Malaysia.
anak kucing sakit mata
Kucing comel yang sakit mata.

Semoga perkongsian tanda-tanda kucing akan mati ini dapat membantu anda untuk menjaga kucing kesayangan anda itu dengan lebih baik lagi.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

One Comment

Leave a Reply

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments