in , ,

Tandas Kotor Adalah Salah Satu Punca Rezeki Tersekat & Cara Cuci Bilik Air

Tandas yang tidak bersih
Mengapa kita harus mencuci tandas di rumah dengan bersih? Kerana ianya berkaitan dengan rezeki kita sekeluarga.

Pasti ada sesetengah orang yang langsung tak hiraukan keadaan bilik air atau bilik mandi dan tandas kotor sehingga sanggup menggunakan tandas tersebut tanpa rasa jijik dan asalkan masih lagi boleh digunakan untuk melepaskan hajat atau pun mandi itu sudah memadai tanpa memikirkan kebersihan.

Tetapi, tahukah anda yang sebenarnya tandas kotor atau bilik air tak bersih itu melambangkan keperibadian seseorang secara rambang yang menunjukkan seseorang itu sama ada pembersih atau pengotor dan sebaliknya yang menjadi andaian orang yang mengenali diri kita apabila berkunjung ke rumah.

Cara tradisional cuci tandas
Tandas yang kotor menunjukkan peribadi tuan rumah yang pengotor.

Semoga perkongsian daripada Puan Melati Hatta ini akan membuka mata ramai orang di luar sana tentang kebersihan tandas atau bilik mandi yang mana ianya berkait rapat dengan rezeki kita pada setiap hari.

Bilik Air Punca Rezeki Tersekat

Hari ini saya dapat satu perkongsian dan ilmu yang sangat-sangat berguna.

PERTAMA

Apa yang anda perlu lakukan adalah pergi tengok kat BILIK AIR (TANDAS) DALAM rumah anda. Mesti bilik air dalam rumah. Kalau bilik air di luar rumah – korang termasuk dalam zon selamat.

KEDUA

Tolong baca sampai habis kenapa BILIK AIR PUNCA REZEKI TERSEKAT.

Dalam Islam memang kita tahu bahawa Bilik Air adalah tempat tinggal SHAITON & JIN. Malah disitu jugalah meraka beranak-pinak.

Tadi anda dah tengok bilik air anda kan? Adakah bilik air anda ada ciri-ciri seperti dibawah?

tandas kotor
Adakah bilik air anda bersih seperti ini?

☑️ Lantai & Mangkok Tandas Kotor Kekuningan?
☑️ Bila pijak lantai rasa licin sebab dah berlumut hijau, hitam?
☑️ Sinki dalam bilik air berkerak?
☑️ Bau bilik air anda setaraf tandas awam?
☑️ PINTU BILIK AIR SENTIASA TERBUKA?

Bila bilik air kotor, Shaiton & Jin akan bersuka ria membiak dan beronggeng sakan.

Bila pintu bilik air sentiasa terbuka, maka seronoknya Shaiton & Jin keluar dan berjoget lambak dalam rumah kita.

Bilik Air Kotor Jadikan Rezeki Payah Masuk
Maka dari situ punca REZEKI KITA TERSEKAT!
MACAM MANA?

☑️ Shaiton dan Jin akan meruntuhkan KASIH SAYANG yang juga rezeki dalam sebuah keluarga. ANAK JADI BIADAP, ISTERI HILANG HORMAT PADA SUAMI, SUAMI PEMALAS!

☑️ SIFAT-SIFAT NEGATIF – akan banyak dalam diri kita contohnya – IRI HATI, CEPAT SENTAP, RASA DIRI SELALU BETUL ORANG LAIN SALAH, SOMBONG, BONGKAK, LUPA ALLAH (Tak solat, puasa dan berzakat).

☑️ BILA KITA MELAKUKAN SESUATU PERNIAGAAN, EMOSI KITA HARUSLAH STABIL. Bila emosi tak stabil, mental lemah & sifat malas berkuasa. Macam mana nak berniaga?

☑️ BERMULA HARI INI – KENA RAJIN BASUH BILIK AIR.

Cara Bersih Bilik Air Kotor

Petua cuci tandas yang kotor
Bilik mandi yang bersih akan memberikan keseronokan pada kita untuk mandi dalam keadaan yang selesa.

Anda harus luangkan sedikit masa sekurang-kurangnya lima minit untuk bersihkan bilik air anda yang kotor kekuningan di rumah anda itu. Anda boleh amalkan tugas ini pada setiap kali anda ingin mandi dan pasti tandas kotor anda akan sentiasa bersih serta terjaga.

1. Cuci jubin, dinding, lantai dan sinki bilik air dengan menggunakan sebarang pencuci yang boleh di beli di kedai runcit atau pasar raya. Tuangkan bahan cuci ke kawasan yang anda ingin cuci dan bersihkan sehingga nampak bersih dan berpuas hati.

2. Anda juga digalakan menggunakan bahan peluntur yang terbukti berkesan untuk mencuci kekotoran yang degil seperti lumut dan sebagainya.

3. Mangkuk tandas juga harus dijaga dengan rapi dan selalu dicuci kerana pastinya rakan atau saudara yang datang nanti akan menggunakan tandas rumah anda. Lebih baik gunakan berus khas untuk mencuci tandas dan ulangi cucian setiap hari atau sekali sehari sekurang-kurangnya.

4. Letakkan apa saja jenis haruman yang sesuai untuk mewangikan suasana bilik air agar kita sentiasa selesa untuk menggunakannya. Anda boleh guna petua tradisional dengan bahan yang boleh didapati di rumah seperti daun pandan yang dihiris halus dan letakkan ke dalam bekas plastik yang terbuka atau dalam karung yang terbuka ruang udaranya.

5. Hiaskan bilik air anda dengan sebarang pokok bunga atau bunga plastik yang akan menceriakan lagi bilik air anda nanti. Hiasi dengan cermin yang digantung di dinding dan juga tempat penyangkut tuala mandi.

BACA JUGA : Rupa-Rupanya, Ini Sebabnya Mengapa Rasulullah SAW Telah Melarang Kita Kencing Berdiri. Memang Sangat Bahaya & Kesannya Terhadap Kaum Lelaki. Sebarkan!

Petua Bersihkan Mangkuk Tandas

Tandas kotor
Ramai yang gunakan coke sebagai pencuci mangkuk tandas yang dikatakan sangat berkesan.

Cuka

Anda juga boleh menggunakan cuka untuk cucian bilik air dan tandas kotor iaitu dengan tuangkan sedikit cuka ke dalam mangkuk tandas dan biarkan beberapa jam. Kemudiannya gosok mangkuk tandas secara keseluruhannya menggunakan berus dan bersihkan sehingga kesan kotoran tiada lagi.

Coke

Setin atau sebotol coca cola juga bermanfaat untuk mencuci kotoran yang melekat di tandas anda. Cara untuk mencuci mangkuk tandas adalah sama seperti mana menggunakan cairan cuka iaitu tuang ke dalam mangkuk tandas dan biar untuk beberapa ketika lalu dicuci sehingga bersih.

Kapur Sirih

Gunakan kapur sirih yang dicampurkan dengan air dan tuangkan bahan campuran tersebut ke lantai serta biarkan beberapa ketika. Kemudiannya cuci dan bersihkan lantai seperti biasa, anda akan dapat lihat betapa bersihnya menggunakan bahan ini untuk mencuci lantai tandas.

Soda Bikarbonat

Anda juga boleh cuci lantai guna soda bikarbonat yang jauh lebih murah dari bahan lain malahan ia sangat berkesan untuk menghilangkan bau serta kekotoran selain mampu membersihkan lantai yang berkerak. Penggunaan soda penaik juga dikatakan sebagai petua kilatkan lantai mozek yang biasanya ada dalam tandas dan bilik air.

Bahan pencuci ini juga boleh digunakan untuk mencuci barangan isi rumah dan ia sangat mudah dilakukan dan yang penting sangat menjimatkan. Malahan, ramai yang mengatakan ianya adalah bahan pencuci mozek yang sangat berkesan untuk hilangkan kekotoran yang terdapat pada lantai.

Kerja Mencuci Menjadi Lebih Senang

Dengan trik dan teknik yang ditunjukkan akan memudahkan lagi kerja-kerja anda untuk bersihkan tandas dan barangan lain di rumah dengan cara yang telah dikongsikan. Semoga semuanya berguna dan bermanfaat.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0