in

Resepi Tart Telur Guna Kulit Roti Gardenia Simple dan Mudah

cara buat tart telur roti

Mungkin ada yang tak tahu tentang kuih tart telur guna kulit roti Gardenia yang sememangnya sangat dan rangup jika dimakan. Sebenarnya resepi tat telur ini sangat mudah dengan bahan yang tak terlalu banyak dan cara buat juga terlalu simple.

Biasanya tart telur guna kulit roti Gardenia homemade ini dibuat selepas mempunyai lebihan kulit daripada roti yang banyak maka jadilah kuih ini. Jika anda tidak tahu resepi dan cara membuat tat ini. Sila ikut resepi yang dikongsikan oleh Anna Rozza ini. Mudah sangat!

Resepi Tart Telur Guna Kulit Roti Gardenia

roti tart telur
Tart telur roti Gardenia yang telah siap untuk dibakar.

Bahan-bahan

Roti Gardenia

Bahan Adunan Telur

  • 5 biji telur
  • 300 gram susu segar
  • 50 gram susu pekat
  • 140 gram gula ising
  • Satu sudu besar tepung jagung
  • Sedikit esen vanilla
  • Sedikit pewarna kuning

Cara masak:

Kepingan roti Gardenia perlu digelek sehingga menjadi leper. Gelek dengan menggunakan cawan atau botol sos yang bersih juga boleh.

Gunting roti membulat mengikut saiz acuan tart telur yang anda pilih.

Tekan kepingan roti ke dalam acuan dan bakar lebih kurang dalam 10 minit atau agak-agak roti dah garing sedikit pasti akan rangup atau rapuh. Tujuannya supaya senang nak dimasukkan adunan telur, kalau tak bakar dulu nanti roti akan menyerap adunan telur.

Untuk menyediakan adunan telur untuk tart, anda perlu satukan semua bahannya dan pukul sehingga ia sebati.

Tuang adunan telur ke dalam acuan roti yang telah dibakar itu tadi. kemudian bakar semula sehingga ia masak.

Baca juga : Resepi Roti Burger Mini Gebu dan Lembut Buat Sendiri (Homemade)

resepi tart telur guna kulit roti gardenia
Cara buat tart telur atau Egg Tart ini sangat mudah dan simple caranya.

Setelah masak, siap untuk dihidang kepada ahli keluarga terutama anak-anak yang masih kecil pasti akan menyukai tart telur guna kulit roti Gardenia ini kerana rasanya sangat sedap.

Untuk lebih rangup dan sedap dimakan, anda disarankan makan tart ini ketika ia masih panas atau baru sahaja diangkat, anda pasti akan menikmati kesedapan dan keenakkannya yang tersendiri.

Resepi tart telur guna kulit roti yang dikongsikan Anna Rozza ini telah mendapat perhatian netizen dengan jumlah ribuan perkongsian. Selamat mencuba.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments