in

Telefon Bimbit Meletup Dalam Kereta Setelah Dibiarkan Terlalu Lama Dalam Keadaan Panas Terik

Kes telefon bimbit meletup dan terbakar pernah berlaku pada tahun lalu dan kejadian sebegini amat ditakuti ramai kerana apabila berlaku ia boleh mendatangkan kecederaan kepada sesiapa sahaja yang menggunakannya.

Selepas kes tersebut berlaku, ramai yang mempertikaikan bagaimana ianya boleh berlaku sedangkan telefon pintar itu dibeli dengan harga ribuan ringgit tetapi kualitinya menyedihkan sehingga boleh meletup mengancam pengguna.

Satu kejadian yang sama telah berlaku di Kuching, Sarawak apabila sebuah telefon bimbit dikatakan telah meletup dan turut memusnahkan sebahagian sebuah kereta yang dipercayai milik pengguna telefon berkenaan.

Kejadian tersebut dikatakan berpunca daripada pemilik telefon itu yang dipercayai meninggalkan telefonnya di dalam bonet kereta dalam jangka masa yang agak lama pada waktu panas yang melampau.

Menurut laporan media tempatan, telefon berkenaan meletup adalah disebabkan kereta itu telah diparkir di kawasan panas yang melampau sehingga menyebabkan suhu dalaman kereta tersebut dikatakan naik secara mendadak yang menjadikan punca letupan yang menakutkan itu.

Manakala, bahagian belakang serta cermin belakang kereta itu dikatakan pecah teruk dan turut mengalami kerosakan akibat terjadinya letupan yang tidak disangkakan itu.

Orang awam yang berada di lokasi kejadian menghubungi pihak bomba dengan segera untuk tindakan yang selanjutnya.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0