in

Petua dan Cara Mengatasi Telinga Tak Dengar Sebelah Kiri atau Kanan

Cara menghilangkan telinga tak dengar berdesing

Pasti ada yang pernah mengalami telinga tak dengar sebelah atau kedua-duanya tanpa tahu apakah punca yang menyebabkan deria pendengaran kita itu bermasalah. Jika kita menghadapi perkara begini dan ia kerap terjadi, apakah yang harus anda lakukan?

Kadangkala ada juga telinga berdegung dan berdesing berterusan sama ada sebelah kira atau kanan sehingga terkadang menjadi sakit kepala. Walau bagaimanapun, keadaan telinga tak dengar juga boleh berlaku akibat kemasukan air ke dalam lubang telinga sama ada ketika mandi dan sebagainya.

Sekiranya keadaan dan kesakitan di telinga berpanjangan, anda harus segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan kerana ia mungkin akan menjadi lebih teruk lagi jika dibiarkan begitu saja tanpa dirawat. Tetapi perkongsian Dr Ezairy M. Sallih ini mungkin akan membantu anda jika telinga kurang dengar dengan mengikut petua yang dikongsikan.

Cara Menyembuhkan Telinga Tak Dengar

Cara cuci telinga dengan betul

KERAP JADI TAK DENGAR, NAK BUAT APA? IKUT PETUA INI

Seorang pesakit mengadu telinga kurang dengar dah beberapa hari. Tempoh hari beliau ada beli sendiri ubat titis telinga di farmasi, letak sendiri pada telinga dan kemudian beliau korek sendiri guna cotton bud untuk bersihkan sebab rasa dah tak selesa.

Akibatnya sekarang pendengaran jadi ‘totally block’… telinga tak dengar langsung!

Apabila saya masukkan skop kamera ke dalam telinganya. Nampaklah beliau ear wax atau tahi telinganya yang telah ditolak-tolak masuk ke gegendang telinga!

Saya cuba keluarkan juga, cuba buang mana yang boleh. Tapi ia sakit tuan-tuan kalau terkena pada gegendang telinga. Dan ini yang berlaku kepada pesakit saya ini tadi. Namun menangis beliau.

Beliau baru tahu bahawa telinga ini tidak perlu dikorek. Sudah menjadi ‘habit’ katanya mengorek telinga selepas mandi. Kalau tak buat itu, rasa tidak selesa.

Baca juga : (VIDEO) Lelaki Cina Ini Buang Tahi Telinga Keras Tanpa Pesakit Rasa Sakit Jadi Perhatian Netizen

Sakit telinga jangan buat main dan jangan sekali-kali memandang remeh tentang ini. Jika ada masalah dengan deria yang amat berharga ini anda wajib merujuk kepada doktor jangan sampai telinga tak dengar lagi. Berikut adalah tips penjagaan telinga yang dikongsikan oleh doktor ini.

Tips penjagaan telinga dan pendengaran

Saya beri tip berguna ini:

1. Bersihkan guna kain bersih setiap lepas mandi. Di bahagian cuping dan luar telinga sahaja.

2. Elak masukkan air sehingga ke dalam telinga. Lebih bahaya jika gegendang telinga anda bocor.

3. Kalau terlalu gatal, boleh tekan-tekan bahagian luar telinga atau di ‘tragal area’ sahaja. Ia boleh membantu.

4. Jangan korek di dalam telinga sama ada guna besi atau putik kapas.

5. Jangan terus beli ubat di farmasi tanpa pemeriksaan doktor.

6. Jika telinga kurang dengar, pergi buat pemeriksaan doktor.

7. Doktor akan rujuk ke klinik ENT di hospital jika perlu.

Ingat ya, bahaya. Hentikanlah!

Dr Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung & tekak

Semoga perkongsian tips penjagaan telinga dan juga petua untuk telinga tak dengar yang kerap berlaku itu yang dikongsikan oleh doktor pakar ini akan membantu menyelesaikan masalah pendengaran anda dan juga kesihatan telinga anda. Semoga bermanfaat.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments