Pasti ramai yang tahu tentang Tempiras atau Kutu Babi dan Sengkenit yang biasanya menghisap darah mangsanya secara diam-diam. Serangga penghisap darah yang digeruni ini selalunya membiak di kawasan yang lembap dan suhunya tidak terlalu panas.
Biasanya tempiras akan berdamping dengan haiwan-haiwan lain iaitu haiwan mamalia atau burung dan sebagainya. Malahan kucing juga didapati mempunyai tempiras yang selalunya berada di bahagian cuping telinga kucing.
Antara mangsa yang sering ketakutan terkena gigitan tempiras adalah kanak-kanak kerana apabila digigit dan ia menghisap darah, kesakitan yang dirasai pasti akan berkekalan sehari dua untuk hilang semula dan kadangkala ia akan membengkak.
Dalam kehidupan seharian sesiapa sahaja akan menjadi mangsa tempiras dan kanak-kanak pasti terdedah dengan kutu babi ini sekiranya haiwan peliharaan kita sentiasa berada di luar rumah seterusnya membawa tempiras masuk ke dalam rumah.
Perkongsian dari pengguna Facebook iaitu Puan Sarah Rosli harus anda baca di mana beliau berkongsi bagaimana anaknya telah menjadi mangsa tempiras yang bertelur dalam telinga anaknya serta turut menghisap darah.
Tempiras Bertelur Dalam Telinga Anak
Allah. Kesiannya kat anak mamy.
Sumpah weh, mesti hampa scary dan meremang bulu roma bila dengar apa yang kami nak share ni. Tambah-tambah bila melibatkan anak sendiri.
Semalam baru first time kami dengar binatang nama ‘tempiras’. Sebelum ni tak penah dengar dan tak penah tengok pun macam mana rupa dia sampai la bila tengok sendiri depan mata bila binatang tu masuk telinga Erika.
4-5 hari lepas ada perasan jugak bila Erika lepas mandi ja dia tak bagi lap telinga dia. Lepas lap kepala dia ja, cepat-cepat dia nak lari. Ingatkan sebab dia nak tengok upin ipin kat TV, so tak peduli sangat la.
Tapi benda tu berlarutan sampai banyak hari bila setiap kali mandi ja dia tak bagi lapdan bila part nak pakai atau buka baju ja dia macam nak elak-elak bila terkuis telinga dia.
Bila asyik macam tu ja, rasa tak sedap hati jugak pastu tanya dia kenapa. Erika bagitau telinga dia sakit. Kita ni pun nak tengok la dah dia kata sakit. Tapi dia lari tak bagi pegang.
Yang si mamy ni pun bendoi, biarkan ja bila anak tak bagi tengok sampai nangis-nagis, terus tak jadi belek. Bila tanya kenapa sakit, dia kata semut gigit. Budak 3 tahun, sakit sikit semua salah semut.
Sampai la petang semalam masa drive keta Erika duduk sebelah dan cakap ‘mamy telinga Erika sakit’. Masa kat traffic light tu terus tengok-tengok telinga Erika even dia tak mau bagi. Ada nampak kecik-kecik warna hitam kat area telinga dia.
Yang si mamy ni pun sebab tengah drive kuis-kuis je lah benda hitam tu kat telinga Erika sebab Ingat habuk. (Tak boleh belek betul2 sebab tengah drive).
Lepas buka posa Erika terlena, mamy dia ni baru la boleh skodeng telinga Erika. Kalau dia tengah sedar, jangan harap la dia nak bagi sentuh. Bila tengok tak la nampak apa pun sampai la bila belek kat celah cuping telinga!
Nampak ada benda warna hijau dan biru-biru sikit. Ingatkan nanah bila panggil dedy Erika trus dia kata, “ini bukan nanah, ini tempiras, binatang ni gigit sakit ni sebab dia hisap darah.”
Ya Allah kesianya kat Erika. Patut lah nak sentuh telinga pun dia tak bagi. Ada binatang gigit rupanya. Pastu dedy Erika pun cepat-cepat ambik kepit kuku dan tarik binatang tu keluar.
Tapi sebelum tu Erika nangis jangan tanya la macam mana. Dedy dia kata selalunya kecik ja binatang tu tapi kali ni besar maybe sebab dah lama dia ada kat telinga Erika.
Lepas dah buang tempiras tu rasa la lega hati sikit dan terus rasa nak Google tengok apa tu tempiras. Bila Google ja terus naik gambar “tempiras bertelur dalam telinga manusia”.
Ada gila weh tahap meremang bulu roma tu bila tengok telur-telur tu sebijik sama macam bintik-bintik hitam yang ada kat celah-celah telinga Erika! Mati-mati ingat hitam-hitam tu darah kering kesan gigit tempiras tu lah.
Memang ingat nak cuci next time ja sebab Erika dah meraung sakit bila nak kuis telinga dia lagi. Tapi rupanya bukan. Tu telur dia. Tempiras akan bertelur bila dia dah kenyang! Ya Allah geli sungguh-sungguh lah.
Lepas tau tu telur dia, cepat-cepat panggil dedy Erika suruhh cuci bagi clear semua sebab takut masuk dalam lubang telinga. Bayangkan la Erika punya meronta masa tu tak bagi sentuh telinga dia.
Nanges ni jangan tanya lah. Nasib baik lah mamy Erika ni sado jugak. Peluk kuat sampai dedy dia polish habeh baru boleh lepas dia. Nanges sampai teresak-esak. Mamy tak dapat bayang lah Erika oii kalau telur-telur tu tak buang dari telinga Erika. Allahuakbar.
Tak tau lah mana Erika pi ambik binatang tu. Nak kata duduk dalam hutan, rumah taman. Hutan nak mai celah mana? Hmm. Tapi rupanya binatang ni suka duduk kat kucing! Erika ni suka pegang kucing walhal kami tak bela kucing pun.
Erika pun tau mamy dia akan marah bila dia pegang kucing tapi biasa lah budak-budak bila mak dia tak tengok, masa tu la dia ambik kesempatan.
Tapi nak buat macam mana, benda dah nak jadi. Harap-harap benda ni tak kena la kat budak-budak lain. Tak sangka tempiras ni bahaya rupanya. Sampai sekarang, geli geleman tak habis, jenuh garu kepala. – Sarah Rosli
Adakah Tempiras Bahaya?
Gigitan sengkenit memang amat bahaya seperti yang dilaporkan dalam Harian Metro, ia membawa virus kepada manusia iaitu virus Congo atau CCHF (Crimean-Congo haemorrhagic fever) yang boleh menyebabkan demam berdarah.
Simptom pula bermula secara tiba-tiba apabila seseorang yang telah dijangkiti virus berbahaya ini akan mendapat demam-demam, sakit otot (mialgia), pening, sakit leher, sakit belakang, sakit kepala, sakit mata dan sensitif kepada cahaya (fotofobia).
Pesakit yang telah dijangkiti virus yang dibawa oleh tempiras ini juga berkemungkinan akan mengalami kemerosotan buah pinggang dengan cepat, kegagalan hati tiba-tiba dan kegagalan pulmonari iaitu berkaitan dengan darah.
Malahan, jika keadaan semakin teruk serta tiada sebarang pencegahan atau tiada sebarang tindakan sekiranya pesakit yang terkena virus ini, ia juga boleh membawa kepada kematian seperti dinyatakan oleh Harian Metro.
Petua Hilangkan Gatal Gigitan Kutu Babi
Cara untuk hilangkan gatal dan kesakitan akibat gigitan kutu babi yang juga menyukai kucing ini adalah dengan menggunakan kapur sireh. Sapukan kapur sireh di bahagian yang terkena gigitan, insya Allah tiada lagi rasa sakit dan gatal.
Kes tempiras atau sengkenit sebegini memang banyak berlaku lebih-lebih lagi mereka yang tinggal berdekatan dengan hutan dan memelihara binatang di rumah seperti kucing. Sememangnya tempiras serangga yang menghisap darah ini memberhaya dan suka tinggal dalam telinga.
Loading…