in ,

Terhibur gelagat ‘Papa’ ajak semua ke Langkawi – “ Akan update rentetan projek Hotel didasar laut nanti

Terhibur gelagat ‘Papa’ ajak semua ke Langkawi – “ Akan update rentetan projek Hotel didasar laut nanti .

Tular sebuah video pendik, akaun milik pelakon terkenal Mustapha Kamal menjadi antara tempat melepak netizen yang terhibur menonton karakternya sebagai jutawan atau ahli perniagaan berjaya.

Video berdurasi 1 minit beliau berjaya mendapat tontonan 700k dalam masa sehari , dia yang memegang watak sebagai ‘Papa’ memaklumkan akan berkongsi kejutan dan perkembangan terkini mengenai projek pembinaan hotelnya di dasar laut yang dirancang sebelum ini.

papa akan update rentetan projek Hotel didasar laut nanti … tunggu kejutannya !!!!
Only by LeeHi COVER – Adventures of Justin

“Salam semua.. papa akan update rentetan projek hotel di dasar laut nanti … tunggu kejutannya!,” tulis Chief Executive Officer (CEO) Megah Holding itu menerusi satu muat naik video.

Malah menerusi ruangan komen,Netizen berpendapat papa tidak sombong dan rendah diri.

Malah menerusi ruangan komen, Papa turut ‘mengajak’ orang ramai ke Pulau Langkawi bagi menikmati hidangan ikan siakap yang menjadi perbualan di media sosial ketika ini.

“Joommm… papa jemput semua terbang ke Langkawi, kita makan malam di sana , kapal terbang semua sudah diatur. Cuma bagitau makan malam Megah Holding, siakap menanti,” katanya.

Video berdurasi 24 saat itu meraih lebih 700k tontonan dan hampir 5,000 komen warganet dimana rata-rata terjebak membawa watak masing-masing selain bersembang tentang projek bernilai jutaan ringgit.

Malah, terdapat juga individu memuji Papa yang mengambil tahu perihal isu semasa sekali gus dapat mengembangkan lagi jalan ceritanya sebagai CEO dalam syarikat gah tersebut.

Suka tengok dia dalam watak tu!

Papa papa papa

Projek tukar tugu helang jadi siakap

Memahami.. ‘feeling’ betul dengan watak tu!

Opss korang jangan percaya pulak! Semua cerita di atas hanyalah ‘dalam watak’ semata-mata, maklum la aura papa tu terlalu kuat sampai terbawa sembang ke realiti.

Sumber: TikTok @mustaphakamaal

 

Written by Ferdaus

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0