in

Terima Kasih Kepada Perokok Sedunia Kerana Aniaya Anak Kecil Ini

akibat asap rokok bayi sakit

Memang sejak dari dulu lagi kempen anti rokok dan juga larangan merokok sering dipaparkan untuk memberi kesedaran kepada semua perokok agar tidak terus meneruskan tabiat yang tidak begitu baik itu.

Namun, sehingga kini masih lagi tiada sebarang perubahan malahan seringkali kita didedahkan dengan kes-kes penganiayaan golongan perokok terhadap bayi kecil yang menjadi mangsa akibat masalah pencemaran udara ini.

Seperti yang terjadi kepada seorang bayi ini apabila paru-parunya telah dijangkiti kuman dek kerana terhidu asap rokok daripada golongan perokok yang tidak bertanggungjawab itu. Si kecil ini baru sahaja melihat dunia dan ingin meneruskan kehidupannya.

kesan rokok

Perkongsian dari seorang ibu iaitu Balkis Kunhi menyatakan semua bermula apabila bayinya yang berusia 3 bulan batuk-batuk dalam masa dua hari saja yang kemudiannya menjadi anak kecil itu terus mengalami sesak nafas.

Terima Kasih Kepada Semua Perokok

Ramai yang mesej tanya kenapa. Okey, Juwita kena lung infection ‘Bronchiolitis’ which is ini kali kedua Juwita kena. First masa umur tiga bulan.

This time kuman itu develop cepat sangat. Hari Sabtu batuk-batuk, Ahad malam terus sesak dada. Dada ketat saja. Padahal masa pagi Ahad pergi klinik, doktor check airway semua okey. Ambil neb seperti biasa.

Aku siap tanya, “Doktor, confirm eh bukan pneumonia or bronchio?”, doktor kata bukan.

Tetapi malam itu, Juwita terus lain dan bila ibu sendiri dah menangis teruk tengok anak semacam, bermaksud ada sesuatu yang tak kena dengan anak. Naluri ibu.

Pergi klinik semula, ambil neb pun masih tak okey. Doktor check, terus doktor kata “Paru-paru doesn’t look good. Probaly lung infection”.

kesan buruk akibat tabiat merokok

Okey, sedih sangat. Terus doktor bagi surat refer hospital. Di Jabatan Kecemasan pun doktor terkejut, Juwita baru dua hari batuk tetapi paru-paru dia berkahak macam orang dah lama batuk selesema.

Terima kasihlah kepada perokok-perokok sedunia. Ketidakperihatinan anda sangat menganiaya anak kecil ini.

Walaupun ibu memang bawa jauh-jauh Juwita, tapi apakan daya udara itu luas. Duduk jauh macam mana pun sampai juga.

Asap rokok adalah salah satu punca. Kau nak hisap rokok, kau tengok kiri kanan. Aku yang tua ini pun sesak nafas, apatah lagi budak kecil. Takkan sebab kau merosakkan udara aku kena simpan anak aku dalam rumah? Tak berkembang anak aku.

Baca : Cara Berhenti Merokok (Tips Yang Betul Guna Ubat Klinik atau Hospital)

Please la ye, pakai otak sikit. Orang nak keluar rumah sekarang pun dah takut. Dan kalau rasa diri tak sihat pun, jangan dekat-dekat dengan anak kecil. Sekian. – Balkis Kunhi

bahaya merokok

Semoga perkongsian ini memberikan sedikit kesedaran agar tidak meneruskan tabiat merokok mereka di tempat awam sehingga menjadikan orang lain yang tidak merokok menjadi mangsa.

Jika anda seorang perokok maka merokoklah di tempat yang tidak melibatkan orang lain atau elakkan tabiat ini di tempat awam sebaliknya hisaplah di tempat lain yang tidak mempunyai orang yang tidak merokok.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments